Saturday, 23 May 2020

Di hari terakhir Ramadan 1441H

Assalamualaikum...Salam 30 Ramadan..

Hari ni last puasa untuk Ramadan 2020. Semalam last terawih, last sahur.  

Ku lihat Ramadan sedang berkemas.

Aku tanya dia nak kemana? 

Dengan lembut dia menjawab "Aku ingin pergi jauh, sangat jauh, selama 11 bulan ke depan. Aku akan menghilang darimu, sampaikan pesan ku pada semua.

Terima kasih kerana menyambut kehadiran ku dengan gembira, menghias hari-hari ku dengan sabar dan istiqamah. Jika kamu rindu akan diriku, maka perbanyakkan doa, semoga kita bertemu lagi pada Ramadan akan datang.

Di hari terakhir Ramadan ini, doaku: 

Ya Allah, 

Janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan puasa yang sia-sia. 

Ya Allah...terimalah puasaku dengan sebaik-baik penerimaan, kemurahan, pengampunan dan keredhaan-Mu. 

Aamiin..Ya Rabbal'Alamin.. 

 solat Jumaat di masa Perintah Kawalan Pergerakan

Jangan lupa menunaikan zakat fitrah ya sahabat semua!

Zakat Fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan dalam bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. 
 
Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya. 

Waktu-waktu mengeluarkan zakat fitrah :

Waktu harus:  bermula dari awal bulan Ramadan sehingga akhir bulan Ramadan
Waktu wajib : selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan
Waktu Afdhal : selepas solat Subuh akhir Ramadan sehingga sebelum mengerjakan solat sunat Aidil Fitri
Waktu makruh: selepas solat sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari 
Waktu haram : selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri

sumber: MAIJ
 

Thursday, 21 May 2020

Kuih ''Kacau-Kacau" Tradisi Nenek Moyang

Pagi tadi, mak cakap arwah tok kalau time-time nak raya ni mesti buat halwa maskat. Sapa pernah makan halwa maskat? orang utara mesti kenal kuih ni kan. Saya pun dah lupa macamana rasa kuih ni, lama benor tak makan..
 
Jom review kuih-muih old skool yang bila dimasak secara tradisional, mesti kena kacau, bukan kacau (ganggu) tapi kacau dengan sudip atas api daa..
 
1. Dodol 
 
Kuih liat-liat lemak manis kegemaran ramai, evergreen...kuih serumpun Nusantara..diperbuat dari tepung pulut, santan, gula..
 

mengacau dodol
sumber: thestar

dodol dalam tampin, Melaka style
sumber : bharian
2. Wajik 

Kuih dari pulut ini  juga kegemaran ramai, selalu didapati di majlis-majlis keramaian.
 sumber: carousel.sg
 
Ada juga wajik sirat, rasa berbiji-biji sebab pulut digoreng dan dikisar kasar

 
wajik sirat
 
3. Lempok durian 

 Kuih tradisi guna dua bahan - durian dan gula.

ada dijual di shopee & lazada

4. Halwa Maskat 


Kuih daripada tepung gandum, gula dan minyak. Halwa maskat original warna kuning emas. Katanya asal-usul dari timur tengah, maskat tu dari 'Muscat', ibunegara Oman.
 
 ada dijual di shopee


Inilah kuih-muih tradisi yang sentiasa ada permintaan, yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Sekarang ni dodol dah boleh dimasak guna 'pressure cooker', guna Noxxa..takdelah berpeluh-peluh depan api, nak mengacau berjam-jam lamanya..

Semoga kuih-kuih ni kekal zaman-berzaman..

Wednesday, 20 May 2020

Kata nak Raya

Assalamualaikum...

Hari raya menjelang tiba, marilah kita buat kuih raya. Hari Isnin, balik kerja, tengok mak tengah buat biskut kelapa. Kuih tradisi, setiap tahun ada.

 in the making

 in the oven

kuih kegemaran cucu

pagi tadi nampak mak dah keluarkan butter dari freezer, biskut apakah yang nak dibuatnya hari ni..semalam, ingatkan moreh nak makan aiskrim potong perisa durian, mak beli sekotak (20 pieces), mak cakap tunggu budak-budak (cucu2) datang raya...mak mengharap anak cucu datang berkunjung di hari raya..dah plan juadah di hari raya..

walaupun hari raya dlm pkpb, semangat nak celebrate raya tetap ada, hari raya tanpa baju raya, duit raya pun tak sediakan, mak bising, setahun sekali sedekah kat budak-budak..kena juga le pi cari sampul raya..huhu..

bunyi mercun dah berdentum-dentam dua tiga malam ni..rumah jiran-jiran dah pasang lampu lip-lap..nak raya kan..