Thursday, 28 May 2020

Kambing Bakar @ Restoran Cik Tri Sahara

Assalamualaikum semua..

Kisah sebelum PKP, jalan-jalan cari makan di Bandar Setia Alam, terjumpa restoran kambing bakar ni. Sebenarnya, tekan waze, cari McDonald's.



Restoran Cik Tri Sahara

Tengok ramai orang, rupanya ada signature dish - kambing bakar. Menarik ni, jomlah singgah. Lupakan McDonald's.


order di kaunter

set kambing bakar

sedap giler..suka kambing bakarnya yang 'juicy'
order air kelapa

Di luar pula, ada orang menjual goreng-gorengan, kuning merah warnanya gerainya, dari jauh dah nampak..

ada pisang goreng, keropok lekor
ada sambal kicap johor

food panda pun singgah

Lama tak makan pisang goreng, time PKP, beli pisang emas je.

 First entry guna new blogger format. Menggagau juga.
Sekian, jumpa lagi..

Sunday, 24 May 2020

Salam Syawal 1441H / 2020M

Salam Syawal 1441H

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 
Maaf zahir dan batin

Taqabbalallahu minna wa minkum


Dikesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan di atas salah dan silap, kalau ada yang terguris perasaan, terkecil hati dengan tulisan saya, komen saya samada dalam blog ini atau blog-blog sahabat semua, ampun dan maaf dipinta..

Duduk di rumah patuhi arahan
kekal selamat amalkan penjarakan
Eratkan silaturahim walau berjauhan
Salam lebaran saya ucapkan

#dudukrumah  #staysafe

Saturday, 23 May 2020

Di hari terakhir Ramadan 1441H

Assalamualaikum...Salam 30 Ramadan..

Hari ni last puasa untuk Ramadan 2020. Semalam last terawih, last sahur.  

Ku lihat Ramadan sedang berkemas.

Aku tanya dia nak kemana? 

Dengan lembut dia menjawab "Aku ingin pergi jauh, sangat jauh, selama 11 bulan ke depan. Aku akan menghilang darimu, sampaikan pesan ku pada semua.

Terima kasih kerana menyambut kehadiran ku dengan gembira, menghias hari-hari ku dengan sabar dan istiqamah. Jika kamu rindu akan diriku, maka perbanyakkan doa, semoga kita bertemu lagi pada Ramadan akan datang.

Di hari terakhir Ramadan ini, doaku: 

Ya Allah, 

Janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan puasa yang sia-sia. 

Ya Allah...terimalah puasaku dengan sebaik-baik penerimaan, kemurahan, pengampunan dan keredhaan-Mu. 

Aamiin..Ya Rabbal'Alamin.. 

 solat Jumaat di masa Perintah Kawalan Pergerakan

Jangan lupa menunaikan zakat fitrah ya sahabat semua!

Zakat Fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan dalam bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. 
 
Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya. 

Waktu-waktu mengeluarkan zakat fitrah :

Waktu harus:  bermula dari awal bulan Ramadan sehingga akhir bulan Ramadan
Waktu wajib : selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan
Waktu Afdhal : selepas solat Subuh akhir Ramadan sehingga sebelum mengerjakan solat sunat Aidil Fitri
Waktu makruh: selepas solat sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari 
Waktu haram : selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri

sumber: MAIJ