Wednesday, 24 June 2020

Kenangan mengusik jiwa - Masjid Kyoto

Assalamualaikum...
 
Sudah dua tiga kali post yang sama muncul di group whatsapp yang berbeza, setiap kali memandangnya...hati rasa sayu, kenangan kembali menerpa minda..

 usaha Muslim Care Malaysia mencari dana untuk pembinaan masjid di Kyoto, Jepun
 
Ada whatsapp terbaru yang mengatakan sudah ditutup sebab dana sudah mencukupi, Alhamdulillah, MasyaAllah..hebatnya kuasa infaq..

Bila tengok poster ni, teringat masa travel di Jepun pada tahun 2014. Singgah solat di Islamic Cultural Centre, Kyoto, entry Japan : Day 5 - Kyoto: Mengintai Geisha

 Islamic Cultural Centre di Kyoto (anak panah warna merah)

Masa tu sudah ada peti infaq untuk bina masjid ni. Masjid yang diberi nama Kyoto Central Masjid. Enam tahun sudah berlalu, semoga dipermudahkan usaha Kyoto Muslim Association (KMA) ini. aamiin, aamiin..Ya Rabbal'alamin..
 
Risik-risik maklumat di internet, ternyata menarik sekali senibinanya. Direka oleh Engineer Osama Ahmad Elfar, Design Director of UNii Engineering consultancy, UAE, Qatar, menampakkan ciri senibina Jepun-Kyoto.

 
 
sumber : UNii Designs

Kyoto Central Masjid akan jadi masjid pertama di Jepun yang bercirikan Japanese Kyoto style architecture. Bahagian exterior bangunan masjid berciri Islamic entity yang mematuhi Kyoto City architectural regulation. (sumber: www.kyotomosque.jp).

Kyoto bandar yang menarik, sebagai cultural capital of Japan, ada banyak bangunan-bangunan lama yang dikekalkan sebagai UNESCO World Heritage Site.
 
Semoga Allah swt memakbulkan usaha murni ini dan semoga syiar Islam terus berkembang mekar di bumi sakura..

Walau terpisah oleh sempadan geografi, ikatan akidah menyatukan kita semua..Hasbunallah wa ni'mal wakil..

Monday, 22 June 2020

Bestnya MyTOWN Shopping Centre !

Hola!

Dah lama tak cerita tentang shopping complex. Jom ikut ronda-ronda MyTOWN Shopping Centre di Jalan Cochrane, dekat Kampung Pandan.

Mytown ni dibina oleh developer yang sama dengan the Curve Mutiara Damansara. Yang bestnya, shopping centre in bersambung dengan IKEA dan hampir semua retail stores yang popular di pasaran ada disini.
 

 IKEA Cheras & MyTOWN Shopping Centre

Baru pertama kali, bulan Februari 2020, jejak kaki di sini, itupun sebab hal kerja. IKEA baru sekali pergi. Shopping complex ni besar juga, 4-tingkat dan basement 1, jenuh juga nak jalan..


 Jom tengok apa yang menarik di MyTOWN.
  • Bersambung dengan bangunan IKEA dibahagian barat, yang dipanggil The Link, tempat playground kanak-kanak. Ibarat to kills two birds with one stone. Boleh lawat dua tempat beli-belah dalam satu masa.


The Link
  • Stesen MRT Cochrane di tingkat bawah tanah, memudahkan perjalanan, tak perlu risau nak bayar parking.


  • Pilihan tempat makan yang banyak dan selesa di tingkat Basement 1

  • Banyak pilihan cafe & restoran di semua tingkat, restoran Jepun, Thai, Vietnam, Korea, semua ada. Foodcourt pun ada

  • family's friendly mall - banyak entertainment untuk kanak-kanak dan orang dewasa - ada pawagam, pusat kecantikan, home accessories, makan-makan outlets


  • Kemudahan strollers, wheel chair dan locker disediakan


  • tempat photoshoot yang menarik di dalam dan luar bangunan

  • Ruang pameran Taobao yang terbesar di Malaysia ada disini - Taobao Store by Lumahgo

source: internet

Ruang pameran barang-barang perniagaan online dan offline oleh Alibaba Group baru dibuka akhir tahun 2019.

Taobao is a Chinese online shopping website, headquartered in Hangzhou and owned by Alibaba. It is the world's biggest e-commerce website and the eighth most visited website according to Alexa.


Secara keseluruhan, shopping centre ni tidak terlalu high class dan sesuai dilawati oleh semua lapisan masyarakat. Bersiar-siar bawa keluarga dan juga untuk membeli-belah. 

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ni, kenalah patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

#kitajagakita 

Thursday, 18 June 2020

Terjumpa makhluk halus

orang utara cakap haluih (halus), maknanya kecil
memang halus sungguh

 kumbang polka dot @ ladybird beetle
cantik warnanya merah hitam

Kisah semalam, pagi-pagi lagi berkejaran ikut 3 highway - NKVE, Elite & SKVE ke Jenjarom, untuk ke ladang kelapa sawit..


2 bulan lebih berkurung dalam rumah, terasa bestnya menikmati kehijauan alam, bersama flora & fauna, dendangan unggas rimba

 
 
unggas-unggas rimba

Nikmati kehijauan sebelum ianya dimajukan