Monday, 22 June 2020

Bestnya MyTOWN Shopping Centre !

Hola!

Dah lama tak cerita tentang shopping complex. Jom ikut ronda-ronda MyTOWN Shopping Centre di Jalan Cochrane, dekat Kampung Pandan.

Mytown ni dibina oleh developer yang sama dengan the Curve Mutiara Damansara. Yang bestnya, shopping centre in bersambung dengan IKEA dan hampir semua retail stores yang popular di pasaran ada disini.
 

 IKEA Cheras & MyTOWN Shopping Centre

Baru pertama kali, bulan Februari 2020, jejak kaki di sini, itupun sebab hal kerja. IKEA baru sekali pergi. Shopping complex ni besar juga, 4-tingkat dan basement 1, jenuh juga nak jalan..


 Jom tengok apa yang menarik di MyTOWN.
  • Bersambung dengan bangunan IKEA dibahagian barat, yang dipanggil The Link, tempat playground kanak-kanak. Ibarat to kills two birds with one stone. Boleh lawat dua tempat beli-belah dalam satu masa.


The Link
  • Stesen MRT Cochrane di tingkat bawah tanah, memudahkan perjalanan, tak perlu risau nak bayar parking.


  • Pilihan tempat makan yang banyak dan selesa di tingkat Basement 1

  • Banyak pilihan cafe & restoran di semua tingkat, restoran Jepun, Thai, Vietnam, Korea, semua ada. Foodcourt pun ada

  • family's friendly mall - banyak entertainment untuk kanak-kanak dan orang dewasa - ada pawagam, pusat kecantikan, home accessories, makan-makan outlets


  • Kemudahan strollers, wheel chair dan locker disediakan


  • tempat photoshoot yang menarik di dalam dan luar bangunan

  • Ruang pameran Taobao yang terbesar di Malaysia ada disini - Taobao Store by Lumahgo

source: internet

Ruang pameran barang-barang perniagaan online dan offline oleh Alibaba Group baru dibuka akhir tahun 2019.

Taobao is a Chinese online shopping website, headquartered in Hangzhou and owned by Alibaba. It is the world's biggest e-commerce website and the eighth most visited website according to Alexa.


Secara keseluruhan, shopping centre ni tidak terlalu high class dan sesuai dilawati oleh semua lapisan masyarakat. Bersiar-siar bawa keluarga dan juga untuk membeli-belah. 

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ni, kenalah patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

#kitajagakita 

22 comments:

  1. Kalau akak kesana,sah2 kena dok atas wheelchair..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenuh nak berjalan..2 tempat shopping..

      Delete
  2. Cantik pula tempat nak ambil gambar.
    Ada rezeki boleh pergi. Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenuh tunggu mereka ni bangun...naik KL, boleh singgah sini..

      Delete
  3. wahh besaq betol mall ni kalah ikea ^_^

    done follow blog ini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. besaq..ketaq kaki jalan dari basement ke rooftop..

      dah follow u back..

      Delete
  4. Wah canggih, kemudahan pun ada macam2, satu tarikan baru nih.

    ReplyDelete
  5. puas nknk ronda shoping mall yg luas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus utk exercise...lembik kaki nk cover 2 tmpat..hehe..

      Delete
  6. Bestnya.. nampak selesa. Boleh dok dalam ni dari pagi sampai petang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok, macam2 ada..dua tempat nak cover..

      Delete
  7. tempat hilangkan stress dan terapi jiwa. window soping pun apa salahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..terapi jiwa..window shopping pun best..

      Delete
  8. Hi good night, how are you? Do you accept one following the other's blog? We can be friends (there is no distance for friendship) and partner with our blogs. https://viagenspelobrasilerio.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, good evening..I'm ok with your suggestion..

      Delete
  9. Seronok pergi mall yang besar2 mcm tu walaupun tak beli apa, suka jalan2 buat lawatan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..jalan2 dlm mall bawa keluarga pun seronok..bonding time..kekdg ada free event,lg meriah..

      Delete
  10. Tak pernah jenjalan situ, sebab bila dah masuk ikea..dah penat..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..betul2..lembik kaki nak cover dua2 retail mall ni..

      Delete
  11. Cantik.. Sha sempat singgah Ikea je aritu..
    Tak tersinggah ke MyTown.. Kesuntukkan masa.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak cover 2 retail mall ni mmg kena spend byk masa..dua2 best utk di explore..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!