Tuesday, 30 June 2020

Legal Drama Suits

Hola, drama review again..

Diantara legal, workplace drama yang saya suka tengok ialah drama 'Suits'. Asalnya drama US, kemudian ada remake versi Korea dan Jepun. Dah tengok semua versi, suka semuanya..memang best drama ni.

the US original Suits drama

Drama ni mula ditayang di US pada June 2011. Lepas tu ada ditayang di tv Malaysia. Ada la tengok dua, tiga episod, sebab tak berapa faham, tak sambung tengok. Lepas tengok yang remake versi Korea dan Jepun, baru rasa nak tengok semula versi US. 

 Suits versi Korea

 Suits versi Jepun

Masa cuti PKP haritu, tengok balik Season 1 versi US di netflix. Yang US dah final season, sampai Season 9, setiap season ada 12 episod. Meghan Markle yang bawa watak paralegal Rachel pun dah lama kahwin dengan Prince Harry. Versi Jepun, dah buat Season 2, baru 2 episod, stop shooting sebab Covid-19.

 Suits Jepun Season 2

Drama ni mengisahkan seorang college drop-out, lawyer wannabe, yang punyai photographic memory, secara tak sengaja lulus interview dan diambil bekerja sebagai junior associate di top legal firm. 
 
Selain dia, 5 watak utama yang lain ialah ladyboss tuanpunya law firm, senior partner yang ambik dia jadi associate,  setiausaha senior partner tu, seorang paralegal dan seorang peguam yang jadi archrival kepada senior partner tersebut. Kisah workplace, biasalah ada dengki-mendengki, tikam belakang, kipas mengipas, pilih kasih, dan juga suasana pejabat peguam dengan kes-kes yang perlu diselesaikan dan suasana dalam mahkamah.

Drama ni taklah terlalu berat. Walaupun bukan dalam bidang legal, bolehlah faham kes-kes  dalam drama ni. Ada probono case - welfare work, peguam bekerja secara percuma menyelesaikan kes-kes mereka yang tidak mampu bayar yuran guaman.

Bila dah ada tiga versi, tendency nak buat comparison tu adalah tinggi..haha..lain budaya kerja di US berbanding dengan versi Jepun dan Korea. Kalau di timur, ada rasa hormat pada bos, takde panggil nama, mesti ada honorific..Mr, Sir, Encik, Puan, Cik, Senpai, Sajangnim..tapi tengok drama US, panggil bos panggil nama je..

Walaupun remake drama US, versi Jepun dan Korea masih lagi mengekalkan budaya timur, masih sopan...takdelah sesak fikiran compared yang US original..tapi cari sisi positif..

Sunday, 28 June 2020

Cherry Blossoms & Tealive BOBA-licious

Ramai yang up entry tentang dua aiskrim ni, Magnum Cherry Blossoms dan Walls Tealive BOBA-licious...

Teman pun teringin nak rasa, maka belilah dua-dua aiskrim ni..

dua-dua sedap, kurang manis

Setiap tahun, bila tiba musim bunga (spring time) ramai lah yang buru flight ticket untuk berhanami, bersakura-san menikmati view cherry blossoms yang indah, di Jepun & Korea Selatan. Spring 2020, kita dok rumah, buat spring cleaning, makan aiskrim Cherry Blossoms..haha..

Ais krim ni memang sedap..sakura flavoured ice-cream coated with pink belgian chocolate and cherry pieces..ada rasa masam-masam sikit..gabungan rasa coklat pink dan ais krim...

Tealive BOBA-licious pun sedap..rasa teh susu dengan bijian boba yang kenyal..



Yang bestnya tak berapa manis..rasa teh susu yang sedap


Happy Weekend

Friday, 26 June 2020

Doa Selalu Mengingati Allah

Salam Jumaat, perkongsian di whatsapp group

 semoga dimakbul Allah swt

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 

Tazkirah dari hati ke hati Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa

Latih diri cakap..
...YA ALLAH...Pandanglah aku... 

Renung-renungkan.
SolunAlan Nabiiyiin.Biiznillah.Fi Amanillah.
In Syaa Allah.aamiin.