Tuesday, 14 July 2020

Selayah Keringkam

Pertama kali tahu tentang selayah keringkam ni masa ronda-ronda di Kompleks Kraf, dalam entry Kompleks Kraf Kuala Lumpur - Part 2.

Selayah maksudnya selendang/tudung kepala, keringkam ialah teknik sulaman. Maknanya selendang bersulam.

Masa naik AirAsia ke Kuala Terengganu bulan Februari lepas, ada artikel tentang selayah keringkam dalam inflight magazine Travel 3sixty. 

 wanita dalam gambar ni memakai selayah keringkam

cantik selayah keringkam berwarna terang


Selayah keringkam ni rupanya warisan seni Melayu Sarawak. Patutlah jarang kedengaran di semenanjung. Dua orang adiguru kraf selayah keringkam ialah Hajah Salbiah Muhi dan Hajah Zainab Muhi. Mereka berdua menubuhkan Sazalia Warisan Craft yang masih menghasilkan selayah keringkam.

Harga sehelai selayah keringkam bergantung kepada jenis benang dan design keringkam. Ada yang mencecah RM200 sehelai. Bergantung kepada besar selendang dan design, kadang-kadang mengambil masa sehingga tiga bulan untuk disiapkan. Selayah keringkam ni kainnya jarang. Pemakaiannya cuma diletak diatas tudung sebagai hiasan kepala.

Barangan kraf keringkam telah dipelbagaikan seperti lapik kusyen, bekas pensil, bekas tisu dan juga baju kurung.

Semoga seni warisan ini kekal untuk generasi akan datang.

Monday, 13 July 2020

Kisah keluarga di hari Sabtu

Assalamualaikum semua...

Hari Sabtu baru ni dipenuhi dengan aktiviti keluarga, dari pagi hingga ke petang. Dimulai dengan panggilan telepon pada pukul 12 malam hari Jumaat, menerima berita sedih, pemergian mak mertua adik lelaki, besan mak..

Pagi Sabtu, adik bongsu dan suami serta kakak datang dari Shah Alam, ambik saya dan mak, kemudian bergerak ke Masjid Al-Hidayah Sentul untuk ziarah jenazah. Ketika sampai jenazah sedang dimandikan..


 Kemudian ke tanah kubur Raudatul Sakinah, di tepi DUKE Highway

Imam bersedia untuk baca talkin

Selesai talkin dibaca, berjalan ke kubur arwah ayah di bahagian kubur muslimin. Dah lama tak kesini, sejak PKP bulan tiga haritu

ada pengebumian di sebelah sana
 
Balik dari sini, singgah makan di Restoran Nasi Kukus Pahlawan Merah di SkyAwani, Sentul...resipi rahsia katanya..sedap, recommended...lupa nak snap gambo..kelaparan semua..

 Sedap..harga RM6.00 satu set

Hantar adik lelaki & anak dia di Flat Sri Kelantan, terus ke Shah Alam, nak pi ambik anak-anak adik. Depa semua tak ikut pagi tadi.

   buah betik tiga biji
 
 
bayam brazil

Anak-anak dia dah siap, bergerak pula ke Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, ikut Guthrie Highway. Ke rumah mak saudara, nak melawat sepupu yang baru keluar hospital, accident on the way ke Sungai Petani.

Pak Long & Mak Long dan sepupu ada datang dari Kuantan. Pakcik & makcik dari Putrajaya pun datang juga. Berkumpul di rumah makcik.

 

Dah lama tak berkumpul saudara mara, Alhamdulillah, dapat bertemu muka, bertukar cerita, bertanya khabar. 

Kisah accident yang tidak dijangka, malang tidak berbau. Sepupu & mak saudara on the way ke Sungai Petani, sepupu yang drive. Eksiden di highway, seketul gelung konkrit saiz kecil dari lori di lorong sebelah kanan (otw ke selatan), jatuh menimpa sepupu di lorong sebelah kiri (otw ke utara). Cermin kereta retak (retak je, tak pecah berderai), gelungan konkrit tu terkena bahagian mulut belah kiri sepupu..disebabkan impak yang kuat, teruk juga bengkak dan pendarahan..kena bahagian kepala..concussion (pening2) lagi..

contoh gelung konkrit tapi yg ni saiz besar
 
Peringatan bagi kita, kemalangan berlaku di mana saja, yang tak disangka-sangka. Sentiasa minta perlindungan dari Allah swt dengan ayat penggerak/pelindung..



Alhamdulillah, pertama kali berkumpul saudara mara di masa PKPP, sungguh baik perancangan Allah, dapat bertemu dan bersilaturrahmi di hari Sabtu..

Friday, 10 July 2020

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020

Salam semua..salam Jumaat..

Banci datang lagi..

Jom tunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia...


Sekarang ni dah mudah, guna online census. Ambik dari blog nhhas..tq Huda..

Langkah-langkah menggunakan mod e-Census (www.mycensus.gov.my) :
1⃣ Daftar e-Census
Responden perlu masukkan nama, e-mel dan no. telefon.
2⃣ Masukkan invitation code (NGDBBPTK)
Yang diperolehi melalui poskad atau pra-pendaftaran.
3⃣ TERIMA One Time Password (OTP)
(DAFTAR e-Census)
4⃣ Log Masuk
Masukkan No. Tel
5⃣ Terima OTP (LOG MASUK)
melalui e-mel
6⃣ Jawab soal selidik melalui sistem e-Census
(Pengisian mengikut Isi Rumah)
7⃣ Hantar & Perakuan
Pastikan maklumat Isi Rumah telah lengkap
8⃣ Selesai
Responden menerima notifikasi selesai menjawab e-Census melalui e-mel.

Untuk makluman semua, poskad banci telah mula diedarkan pada 6 Jun 2020 ke tempat kediaman terpilih.

Sekiranya, anda tidak menerima sebarang poskad. 
Jangan risau, 
anda boleh terus membuat pra-pendaftaran e-Census banci 
mulai 7.7.2020 (Selasa) - 23.09.2020 (Rabu) 
untuk mendapatkan invitation code.

Boleh ke pautan berikut untuk mendapatkan invitation code:
https://ecensus.mycensus.gov.my/landing

https://ecensusreg.mycensus.gov.my/

Nak tau lebih lanjut? Jom layari...🔶www.mycensus.gov.my🔶

Data is king..data anda masa depan kita..