Friday 10 July 2020

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020

Salam semua..salam Jumaat..

Banci datang lagi..

Jom tunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia...


Sekarang ni dah mudah, guna online census. Ambik dari blog nhhas..tq Huda..

Langkah-langkah menggunakan mod e-Census (www.mycensus.gov.my) :
1⃣ Daftar e-Census
Responden perlu masukkan nama, e-mel dan no. telefon.
2⃣ Masukkan invitation code (NGDBBPTK)
Yang diperolehi melalui poskad atau pra-pendaftaran.
3⃣ TERIMA One Time Password (OTP)
(DAFTAR e-Census)
4⃣ Log Masuk
Masukkan No. Tel
5⃣ Terima OTP (LOG MASUK)
melalui e-mel
6⃣ Jawab soal selidik melalui sistem e-Census
(Pengisian mengikut Isi Rumah)
7⃣ Hantar & Perakuan
Pastikan maklumat Isi Rumah telah lengkap
8⃣ Selesai
Responden menerima notifikasi selesai menjawab e-Census melalui e-mel.

Untuk makluman semua, poskad banci telah mula diedarkan pada 6 Jun 2020 ke tempat kediaman terpilih.

Sekiranya, anda tidak menerima sebarang poskad. 
Jangan risau, 
anda boleh terus membuat pra-pendaftaran e-Census banci 
mulai 7.7.2020 (Selasa) - 23.09.2020 (Rabu) 
untuk mendapatkan invitation code.

Boleh ke pautan berikut untuk mendapatkan invitation code:
https://ecensus.mycensus.gov.my/landing

https://ecensusreg.mycensus.gov.my/

Nak tau lebih lanjut? Jom layari...🔶www.mycensus.gov.my🔶

Data is king..data anda masa depan kita..

30 comments:

  1. camane kat kampong hutan belantara yg xde internet access erk? ade org dtg umah ketok pintu bagi salam mcm dulu2? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada e-census, ada jg yg bersemuka..yg jauh tepi hutan belantara, ada pegawai banci yg akan poei..

      Delete
  2. thanks for the info. sy belum terima poskad lagi. daftar on9 je senang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're welcome..buat online lg mudah..

      Delete
  3. Sekarang banci mudah. Senang .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..ada internet, boleh jwb survey..

      Delete
  4. Tak tahu pasal banci ni. Tak pernah buat. So boleh buat lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banci ni 10 tahun sekali...boleh buat utk tahun 2020..

      Delete
  5. mudah skarang ni semua hujung jari..
    tekan2 jawab2 isi2 semua settle da..

    ReplyDelete
  6. BAGI YG TAHU GUNAKAN CARA GINI XJADI MASALAH TAPI TERPULANG KEPADA KEMAHUAN KAN..KAHWIN PUN BOLEH ONLINE XKAN NAK BANCI PENDUDUK XBOLEH PULAK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Komen kak PI ni saya suka

      Delete
    2. setuju dgn Kak PI..ada jg pegawai banci yg pergi dari rumah ke rumah..

      Delete
  7. urusan sekarang lebih dipermudahkan

    ReplyDelete
  8. tunggu seminggu lagi tengok cemana kot2 poskad tu sampai. kalau tak sampai nanti kena daftar la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. katanya poskad dah dihantar by pos/hand..kalau takde, kena daftar online..

      Delete
  9. wah terima kasih bagi panduan. boleh cuba walaupon confirm terkial2 lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertama kali buat e-census..inshaaAllah, boleh..

      Delete
  10. senang cara bancian zaman sekarang. macam tak ada dapat pulak.

    ReplyDelete
  11. poskad banci pos ke kediaman terpilih tu apa maksudnya? bukan semua ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang by pos, ada yang by hand..mungkin tak semua dapat poskad..wallahua'lam..

      Delete
  12. Dah buat juga banci ini..
    Adoi.. pening nak menjawabnya berbanding bila dia datang tanya.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..dah buat..bagus2..akk blm lg..tak sabar nk tgk soalan2 dia..

      Delete
  13. Belum buat lg.. banyak soalan yg ditanya last2 tinggal separuh jalan 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..byk soalannya..blm tengok lg..huhu..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!