Pertama kali tahu tentang selayah keringkam ni masa ronda-ronda di Kompleks Kraf, dalam entry Kompleks Kraf Kuala Lumpur - Part 2.
Selayah maksudnya selendang/tudung kepala, keringkam ialah teknik sulaman. Maknanya selendang bersulam.
Selayah maksudnya selendang/tudung kepala, keringkam ialah teknik sulaman. Maknanya selendang bersulam.
Masa naik AirAsia ke Kuala Terengganu bulan Februari lepas, ada artikel tentang selayah keringkam dalam inflight magazine Travel 3sixty.
wanita dalam gambar ni memakai selayah keringkam
cantik selayah keringkam berwarna terang
Selayah keringkam ni rupanya warisan seni Melayu Sarawak. Patutlah jarang kedengaran di semenanjung. Dua orang adiguru kraf selayah keringkam ialah Hajah Salbiah Muhi dan Hajah Zainab Muhi. Mereka berdua menubuhkan Sazalia Warisan Craft yang masih menghasilkan selayah keringkam.
Harga sehelai selayah keringkam bergantung kepada jenis benang dan design keringkam. Ada yang mencecah RM200 sehelai. Bergantung kepada besar selendang dan design, kadang-kadang mengambil masa sehingga tiga bulan untuk disiapkan. Selayah keringkam ni kainnya jarang. Pemakaiannya cuma diletak diatas tudung sebagai hiasan kepala.
Barangan kraf keringkam telah dipelbagaikan seperti lapik kusyen, bekas pensil, bekas tisu dan juga baju kurung.
Barangan kraf keringkam telah dipelbagaikan seperti lapik kusyen, bekas pensil, bekas tisu dan juga baju kurung.
Semoga seni warisan ini kekal untuk generasi akan datang.
Aku juga mendukung kegiatan keterampialan tangan seperti menyulam ini ada generasi penerusnya, tidak berhenti kelangsungannya.
ReplyDeletesemoga ada anak2 muda yang berminat meneruskan kegiatan ini..
DeleteSelayah keringkam..bunyi yang asing. Rupanya warisan kita.
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi info ni.
sama2..warisan seni di bumi kenyalang..
Deletewoah, menarik info ni. rasa mcm selalu nampak tapi baru tahu ada namanya
ReplyDeleteya, ada namanya..yang ni dari Sarawak..
DeleteMaklumat baru lagi.
ReplyDeleteTerima kasih kongsi maklumat.
sama2..mengenali budaya seni Melayu Sarawak..
DeleteKERINGKAM SELENDANG TRADISI SERAWAK YG CANTIK
ReplyDeletecantik..tapi tak ramai yg pakai di Semenanjung..
DeleteDapat belajar sesuatu yang baru harini :)
ReplyDeletegeneral knowlegde...warisan seni Melayu Sarawak..
Deletekeringkam adalah tradisi lama yang harus dan perlu untuk dihidupkan kemabali
ReplyDeletesemoga ada generasi muda yg berminat meneruskan seni ini..
DeleteTak pernah dengar dah tak tahu pun pasal ni. Tahu g KL, g jalan TAR je. Kan dah tahu benda baru hari ni
ReplyDeletedulu akk pun tk tau jg, masa gi Kompleks Kraf baru tahu..kt semenanjung jarang nampak..
DeleteSelayah pernah dengar keringkam tak pernah baru tahu rupanya sejenis tudung bersulam.
ReplyDeleteAda yang ambil masa 3 bulan untuk disiapkan huhuhuu.... gigih betul
sulaman nya nmpk detail, sbb tu kot ambik masa lama nak siapkan...kat semenanjung jarang dengar..
DeleteTq
ReplyDeletepertama kali dgr nama selayah keringkam ni..
ReplyDeletefemes di Sarawak..jarang dgr di semenanjung..
DeleteJujur cakap, ini baru pertama kali dengar perkataan selayah keringkam tu. Menarik juga hasil seni macam ni. Patulah kita lansung tak tahu sebab asalnya dari Sarawak. Nice lah art macam ni, kalau tak diketengahkan memang ramai yang tak tahu.
ReplyDeletesaya pun tahu akhir tahun lepas, selama ni tak pernah tahu..cantik selayah keringkam ni..tak pernah nmpk org pakai di Semenanjung..
DeleteOwh.. selendang bersulam rupanya.. Ingatkan apa la tadi.. menarik..
ReplyDeletecantik hasil seni selayah keringkam ni..
Deletetrend dulu2 mmg seni tinggi dan rajin orang nak bersulam.. tapi skrng ni rasanya ada juga trend ni kembali sbb ada juga shawl yang bersulam sikit2 orng jual..
ReplyDeletefashion ni kadang x lari mana. pusing2 situ juga..
ha'ah..fesyen yg cantik sentiasa evergreen..tudung bawal banyak yg bersulam, shawl pun ada nmpk yg bersulam..
Deletetq..
ReplyDeleteDi Sarawak kita panggil tudung keringkam d semenanjung panggil kelinkan. Kalau melayu riau di panggil tudung mento. Penggunaan benang emas yg sama cuma motif bunga berbeza...warisan melayu kita
ReplyDeleteTerima kasih atas info nya. Panggilan berbeza...patut dikekalkan utk generasi muda..
DeleteOuhh pernah dengar.. harga pun wow
ReplyDeletehehe..benang emas..harga pun on the high side..berbaloi..
DeleteHi nak tanya, ada tak tokoh sulaman kelinkan yang boleh saya temuramah?
ReplyDeletedlm artikel tu tulis SazaLia Warisan, boleh try tengok kat facebook..
Delete