Sunday, 19 July 2020

Restoran Jepun Miyagi

Minggu lepas ada kerja di Bandar Baru Bangi. Sehari sebelum tu, riki-riki restoran best di sana, ouiii..banyak sungguh pilihan tempat makan. Hati tertarik untuk mencuba makanan Jepun di Restoran Miyagi...tengok review, semua cakap sedap dan halal..

terselindung dibalik pokok


Masuk je ke dalam restoran, terasa macam di Jepun di zaman dahulu kala
setting dan dekorasi nya sungguh klasik...Japanese vibe..

 

Memang sengaja tak ambil sarapan pagi, sebab dah target nak brunch di sini.
 Jom tengok menu..pelbagai masakan Jepun ada..

teringin nak makan sushi, pilih 3 jenis saja 
sebab order juga set chicken katsu curry
kemaruk makan kari jepun..hihi..
 sushi and iced lemon tea

sushi dan set chicken katsu curry
order ikut nafsu serakah..takpe, tak habis, boleh tapau

set chicken katsu curry
lengkap - ada miso sup, coleslaw, steamed egg, buah oren
yg kaler merah tu, mcm asam boi

ingatkan pencuci mulut caramel
rupanya telur stim..hehe..cannot go, ada bau telur

order coke, nak hilangkan rasa mual...haha..

ada banyak halal certificate dilekat belakang kaunter
yang ni salah satunya
 total damage..huhu..
cukuplah sekali

Overall, oklah, cuma harga on the high side.

Thursday, 16 July 2020

Public REIT vs Private REIT

Salam semua..

Anda semua ada buat pelaburan tak? mesti ada kan, tak kiralah sikit ke banyak, dalam unit amanah ke saham atau hartanah, pelaburan ialah satu cara nak dapat extra income, passive income..money makes money, kata omputih..

Dari kecik lagi, kita didedahkan dengan unit amanah, Amanah Saham Nasional (ASN) dengan iklan 'merahnya Mak Ngah', kemudian unit Amanah Saham Bumiputra (ASB). Sekarang ni ada pilihan, unit amanah hartanah atau Real Estate Investment Trust (REIT).

Nak beli secara fizikal bangunan pejabat, kilang, hospital, tak semua yang mampu..berjuta-juta harganya. So, kita beli je saham amanah di syarikat yang mengendali aset-aset hartanah dan sebagai pelabur, akan dapat pulangan dalam bentuk dividen.

Tahukah anda di Malaysia ni ada dua jenis REIT? ada public dan private REIT.

Public REIT

Public REIT ialah unit amanah hartanah yang berdaftar dan diperdagangkan di Bursa Malaysia. Terdapat 18 syarikat pengendali REIT yang mempunyai hartanah seperti bangunan pejabat, kompleks perniagaan, hotel, kilang, gudang, hospital dan juga outlet KFC.


 REIT yang tersenarai di Bursa Malaysia

Pilihan di tangan anda, nak beli saham syarikat REIT yang mana - 

Axis - kilang, gudang, bangunan pejabat
Al-Aqar - hospital KPJ
KLCC - semua bangunan di KLCC
Hektar - shopping complex - Subang Parade, Mahkota Parade, Segamat Central
Al-Salam - outlet KFC, bangunan pejabat, gudang.

Cara beli dan jual: 

Sama seperti belian saham Bursa Malaysia, kena ada CDS account dan trading account di syarikat securities.
 
Kelebihan public REIT:
  • sebab berdaftar dengan Bursa Malaysia, maklumat mengenai aktiviti REIT sentiasa dimaklumkan kepada umum dan pelabur boleh buat perbandingan mengenai prestasi tahunan bagi setiap REIT
  • tertakluk kepada REIT guidelines yang dikeluarkan oleh Securities Commission. 
  • liquidity - mudah untuk membeli dan menjual saham.

Private REIT

Private REIT ialah unit amanah hartanah yang tidak disenarai di Bursa Malaysia. contoh yang ada di Malaysia ialah: 
 
  • Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) milik Pelaburan Hartanah Bumiputera (PHB) dan dikendalikan oleh Maybank Asset Management Sdn Bhd. Portfolio hartanah terdiri daripada bangunan pejabat, gudang, hospital dan kompleks perniagaan. Dibuka kepada umum, cara membeli dengan buka akaun di Maybank. Boleh baca disini entry Abam Kie - Melabur di dalam Amanah Hartanah Bumiputera
  • Alpha REIT dikendali oleh Alpha REIT Managers Sdn Bhd, fokus kepada sektor pendidikan - portfolio hartanah terdiri daripada sekolah-sekolah antarabangsa dan swasta. Tak dibuka untuk umum, hanya untuk pelabur institusi.

Samada public atau private REIT, bagi pelabur Muslim, yang penting, kena check samada REIT tersebut syariah-compliant (patuh syariah) ke tidak, mencari yang halal itu adalah fardu..

Selamat melabur..

Tuesday, 14 July 2020

Selayah Keringkam

Pertama kali tahu tentang selayah keringkam ni masa ronda-ronda di Kompleks Kraf, dalam entry Kompleks Kraf Kuala Lumpur - Part 2.

Selayah maksudnya selendang/tudung kepala, keringkam ialah teknik sulaman. Maknanya selendang bersulam.

Masa naik AirAsia ke Kuala Terengganu bulan Februari lepas, ada artikel tentang selayah keringkam dalam inflight magazine Travel 3sixty. 

 wanita dalam gambar ni memakai selayah keringkam

cantik selayah keringkam berwarna terang


Selayah keringkam ni rupanya warisan seni Melayu Sarawak. Patutlah jarang kedengaran di semenanjung. Dua orang adiguru kraf selayah keringkam ialah Hajah Salbiah Muhi dan Hajah Zainab Muhi. Mereka berdua menubuhkan Sazalia Warisan Craft yang masih menghasilkan selayah keringkam.

Harga sehelai selayah keringkam bergantung kepada jenis benang dan design keringkam. Ada yang mencecah RM200 sehelai. Bergantung kepada besar selendang dan design, kadang-kadang mengambil masa sehingga tiga bulan untuk disiapkan. Selayah keringkam ni kainnya jarang. Pemakaiannya cuma diletak diatas tudung sebagai hiasan kepala.

Barangan kraf keringkam telah dipelbagaikan seperti lapik kusyen, bekas pensil, bekas tisu dan juga baju kurung.

Semoga seni warisan ini kekal untuk generasi akan datang.