Thursday, 23 July 2020

Mangkuk Tingkat JEIWA

Beberapa minggu yang lepas, jalan-jalan di Sogo KL, ternampak promosi mangkuk tingkat JEIWA (Tiffin JEIWA).

Pertama kali tengok mangkuk tingkat yang cantik, colourful, berbunga-bunga, semuanya dilukis tangan (handpainted). Edisi terhad..

harga starts from RM200

Main features Mangkuk Tingkat JEIWA
  • food grade stainless steel container
  • ada penutup untuk setiap tingkat
  • leak/spill proof 
  • air-tight container
  • easy locking system - senang dikunci
  • pemegang stainless steel
 --------------------------------------------

JEIWA maknanya Johor Empowerment of Intellectual Women Association, badan NGO ditubuhkan pada 2015. Terdiri daripada golongan professional dan wanita bekerjaya dan fokus untuk menolong wanita yang terlibat dalam keganasan rumahtangga (domestic violence) dan menggalakkan penglibatan golongan professional di dalam kerja-kerja sukarela.

As a Social Enterprise, Jeiwa Global Resources (JGR) pledges to empower women, especially survivors of domestic violence, to start a new life through programmes that help improve their economic and social well-being. JGR supports JEIWA through sponsorships and fund-raising activities such as '''Buy for Impact" campaign for JEIWA Empowerment & Education Fund.

Program Tiffin JEIWA Agent (TEJA) diperkenalkan pada April 2020 untuk membantu golongan wanita bekerja dari rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ejen hanya perlu promosi mangkuk tingkat di media sosial dan mengurus order dan bayaran, untuk menerima komisen.

Maklumat lanjut, boleh baca di laman web, tiffin-jeiwa. Ada juga dijual di shopee dan carousell.

Membeli sambil beramal..

Wednesday, 22 July 2020

Nasi Lemak Motor & Satay Bikerz

Kadang-kadang terfikir macamana tuan punya bisnes dapat idea nak bagi nama untuk produk mereka..ada yang catchy, ada yang pelik..ada yang guna nama sendiri, nama mak, nama anak, nama suami/isteri, nama tempat...

Yang ni mungkin ada kaitan dengan motosikal... 

 Nasi lemak Motor di Medan Selera, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
dekat Hospital Kuala Lumpur (GH)

nasi lemak sambal sotong..terbaik..

Nasi Lemak Motor ni diantara nasi lemak yang sedap di Kuala Lumpur. Youtuber mat saleh, Rhys William ada buat review nasi lemak ni dalam The Nasi Lemak Show.

Sedap tengok mat saleh ni makan nasi lemak

Ok, yang ni pula Satay Bikerz di Bandar Baru Sentul


Rasanya owner ni peminat motosikal, jenis yang gi konvoi rasanya
banyak betul pelekat group motor kat gerai dia

 
pelbagai sticker ada

Satay Bikerz ni diantara sate yang enak di Kuala Lumpur

Teringin pulak dua-dua makanan ni...

Monday, 20 July 2020

Pejabat dalam K-drama ni sangatlah awesome!!

Annyeonghaseyo yeorobun..

Tiap kali menonton drama korea, selain plot yang best, suka tengok setting yang tak monotonous. Sentiasa ada kelainan dan kepelbagaian dalam pemilihan jenis, dekorasi untuk rumah dan pejabat bagi watak utama (hero/heroin).

Kalau dalam entry Bachelor Pad, kita intai kediaman hero, kali ni kita intai pejabat dalam kdrama pula. Ada beberapa pejabat hero/heroin yang cantik, yang lain daripada yang lain. 

Jom tengok, kajaa..

1. Secret Garden

Terpikat pandang pertama tengok pejabat hero Kim Joo Won, CEO retail mall ni. Girlish theme, berbunga-bunga, bertingkat-tingkat...bunga geranium warna ungu dipadan dengan bunga warna putih..lembut je suasana..ada water fountain belakang sofa putih tu..
 

suka warna tema pejabat ni..very soothing..

kombinasi grey & black dan tingkap warna green lime


2. Crash Landing On You

Pejabat heroin, chaebol heiress Yoon Se-Ri bertema tropika, pejabat dalam taman..penuh dengan pasu dan pokok kaktus...

unik pulak tengok pejabat ni, rasa macam nurseri..hehe

 

pintu usang, melengkapi tema 

3. She Was Pretty

Pejabat majalah The Most yang vibrant, sesuai sekali dengan syarikat penerbitan lifestyle magazine. Mezzanine floor untuk pejabat editor-in-chief
 
meeting room yang sempoi dgn egg chair with table

4. Bride of Water Habaek

Pejabat di hotel ni sangat menarik. Meja utama dan sofa di tengah-tengah, dikelilingi dengan rak-rak buku dan cenderahati


 
Kalau dapat pejabat macam ni bestkan...berangan je..hihi..