Masa jalan-jalan cari kartun cut-out di Jalan Raja Chulan untuk entri Kartun di Kotaraya KL, terjumpa hentian bas merangkap tempat berteduh yang canggih ni.
Saturday, 5 September 2020
K.U.L.S
Wednesday, 2 September 2020
Lutut dan Jari
Salam semua...hello September..
Haritu masa gi Hospital Pusrawi, singgah di kedai serbaneka, terjumpa dua biskut lejen ni - biskut lutut dan biskut jari.
Dah lama juga tak jumpa biskut ni, beli dua-dua sekali. Mengimbau kenangan.
Kedua-duanya keluaran Intisari Bakers Hj Mohideen. Produk Muslim, BMF, harga pun reasonable, less than RM3.00.
Sunday, 30 August 2020
Who wish me 'Happy Birthday'
Salam semua...happy long weekend, esok cuti lagi..yeayy..
Alhamdulillah, hari ni my birthday...siapa yang pertama wish me 'Happy Birthday'?
LHDN..Lembaga Hasil Dalam Negeri...haha...emel diterima pada pukul 1.04 pagi tadi..
Yang kedua, emel daripada MAKNA...Majlis Kanser Nasional..
Di hari ulangtahun ni, nak abadikan satu puisi...nice one but not by me..
Cinta & Hati
"Ya Allah..
Ajar hatiku untuk kuat apabila diuji..
Ajar hatiku untuk rendah diri apabila dipuji..
Ajar hatiku untuk istighfar selalu pada-Mu Ya Allah..
Terima kasih ya Allah..
Kerana kasih sayangMu dibalik setiap ujian..
Terima kasih ya Allah..
Untuk teguranMu dibalik setiap permasalahan
Terima kasih ya Allah..
Kerana mengingatkan diriku bila aku lalai dari tujuan
Terima kasih ya Allah
Kerana banyak mengajar diriku erti bersabar dalam diam..
Terima kasih kepada pencipta puisi CINTA & HATI ni, tak tahu siapa, baru perasan ada dalam memo hp..
Till then, selamat bercuti..








