Sunday, 6 September 2020

Time takde air, syoknya tengok ni..

Air takde di KL dan Selangor...

Duduk depan laptop, browsing gambar-gambar lama, nyaman rasanya tengok gambar-gambar ni semua...bhaha..

Sunway Lagoon in 2011.

 Saya tiada dalam acara mandi-manda ni, tak suka mandi di khalayak ramai..hehe..

tapi aktiviti ni saya suka, sampai dua kali round..acah-acah white water rafting..

Sunway Lagoon ni adalah 3 kali pergi, 2 kali company family day, yang diatas belanja anak saudara berhuha-huha...not for me anymore..

Saturday, 5 September 2020

K.U.L.S

Masa jalan-jalan cari kartun cut-out di Jalan Raja Chulan untuk entri Kartun di Kotaraya KL, terjumpa hentian bas merangkap tempat berteduh yang canggih ni.

 K.U.L.S namanya, stands for Kinetic-Hybrid Urbanise Lifestyle Shelter

 bus stop KL 15
 
 Tak sangka ada lifestyle shelter. Meh kita tengok apa ciri-ciri lifestyle shelter ni.

ada Hypnotic Electro Xecution (HEX) yang guna ultrasound untuk memerangkap serangga, nyamuk terutamanya..huii..canggih2..
 
alat HEX
 
tempat mengumpul air hujan
design atapnya memudahkan air hujan bertakung
untuk menyiram pokok yang ditanam
 
 Masa sampai di sini, ada beberapa orang gelandangan sedang tidur. Memang nyaman tidur di sini sebab ada HEX. Bagus juga lifestyle shelter ni.

Wednesday, 2 September 2020

Lutut dan Jari

Salam semua...hello September..

Haritu masa gi Hospital Pusrawi, singgah di kedai serbaneka, terjumpa dua biskut lejen ni - biskut lutut dan biskut jari. 

Dah lama juga tak jumpa biskut ni, beli dua-dua sekali. Mengimbau kenangan.

   Biskut lutut (kiri) dan biskut jari (kanan)

Biskut lutut rasanya tawar
paling best cicah air kopi O
 
Biskut jari rasanya manis sikit
 paling sedap cicah air teh O panas
 

 Kedua-duanya keluaran Intisari Bakers Hj Mohideen. Produk Muslim, BMF, harga pun reasonable, less than RM3.00.