Thursday, 29 October 2020

Salam Maulidur Rasul 1442H

12 Rabiulawal 1442H bersamaan 29 Oktober 2020

 Mari kita perbanyakkan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda dan amalkan sunnah-sunnah Baginda, sebagai tanda ingatan dan cinta kita kepada Baginda.

Salam Maulidur Rasul. Ummah Rabbani, Negara Harmoni.

Wednesday, 28 October 2020

Monday, 26 October 2020

Cubaan memasak Jjajangmyeon

Salam hari Isnin..semoga semua sihat-sihat walafiat..

Rentetan dari rasa tak puas hati dengan jjajangmyeon yang macam mee hailam dalam entri Sesekali teringin, saya cubalah masak sendiri..

Jjajangmyeon ialah masakan cina yang popular di Korea. Mee dengan kuah likat berwarna hitam.

Benda terpenting nak masak jjajangmyeon ialah sos nya yang dipanggil sos chunjang. Yang ni, saya beli di shopee. ada banyak pilihan, hati tertarik beli yang ni..

sos chunjang dari yayaaiman, klang

"Jajang paste kami tidak perlu ditumis dengan minyak lagi sebab kami dah tumis siap2 bersama minyak cili, bawang putih, halia dan bawang kuning. Bukan sahaja untuk sesuai untuk masak jajangmyun, paste ini jugak sesuai dimasak bersama ikan & ayam"

Resepi jjajangmyeon ada dilekatkan di botol.  

Bahan yang diperlukan: 

600g mee lidi/udon - saya guna mee kuning biasa
100 g daging lembu - saya guna daging ayam
2 biji bawang bombay 
1/2 biji zuccini (timun jepun) - guna kobis & carrot je
2 biji kentang 
1 sudu besar gula pasir 
4 sudu besar air bancuhan tepung jagung - tak masukkan
2 cawan air 
7 sudu besar minyak 
5 sudu besar Chunjang 

Cara membuat Jjajangmyeon: 

Mula-mula, potong daging. Potong dadu bawang bombay, kentang dan zuccini. Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak lalu tumis bawang bombay. Kemudian masukkan daging lembu, zuccini dan kentang. Setelah bahan-bahan itu matang, masukkan sos chunjang. Kacau supaya semuanya sama rata lalu tuangkan air bancuhan tepung. Setelah dididihkan selama 5 minit, matikan api. Kemudian, rebus mee. Letak mee dalam mangkuk besar dan tuangkan sos di atasnya. Sajikan Jjajangmyeon bersama dengan pickled radish.

daun bawang - RM1.00, punyalah banyak

sayur kobis, lobak merah dan ayam

hasilnya - guna mee kuning Gardenia je

takde pickled radish, perah limau kasturi. Rasanya? bolehlah, untuk makan sendiri. Kena improve lagi..