Monday, 26 October 2020

Cubaan memasak Jjajangmyeon

Salam hari Isnin..semoga semua sihat-sihat walafiat..

Rentetan dari rasa tak puas hati dengan jjajangmyeon yang macam mee hailam dalam entri Sesekali teringin, saya cubalah masak sendiri..

Jjajangmyeon ialah masakan cina yang popular di Korea. Mee dengan kuah likat berwarna hitam.

Benda terpenting nak masak jjajangmyeon ialah sos nya yang dipanggil sos chunjang. Yang ni, saya beli di shopee. ada banyak pilihan, hati tertarik beli yang ni..

sos chunjang dari yayaaiman, klang

"Jajang paste kami tidak perlu ditumis dengan minyak lagi sebab kami dah tumis siap2 bersama minyak cili, bawang putih, halia dan bawang kuning. Bukan sahaja untuk sesuai untuk masak jajangmyun, paste ini jugak sesuai dimasak bersama ikan & ayam"

Resepi jjajangmyeon ada dilekatkan di botol.  

Bahan yang diperlukan: 

600g mee lidi/udon - saya guna mee kuning biasa
100 g daging lembu - saya guna daging ayam
2 biji bawang bombay 
1/2 biji zuccini (timun jepun) - guna kobis & carrot je
2 biji kentang 
1 sudu besar gula pasir 
4 sudu besar air bancuhan tepung jagung - tak masukkan
2 cawan air 
7 sudu besar minyak 
5 sudu besar Chunjang 

Cara membuat Jjajangmyeon: 

Mula-mula, potong daging. Potong dadu bawang bombay, kentang dan zuccini. Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak lalu tumis bawang bombay. Kemudian masukkan daging lembu, zuccini dan kentang. Setelah bahan-bahan itu matang, masukkan sos chunjang. Kacau supaya semuanya sama rata lalu tuangkan air bancuhan tepung. Setelah dididihkan selama 5 minit, matikan api. Kemudian, rebus mee. Letak mee dalam mangkuk besar dan tuangkan sos di atasnya. Sajikan Jjajangmyeon bersama dengan pickled radish.

daun bawang - RM1.00, punyalah banyak

sayur kobis, lobak merah dan ayam

hasilnya - guna mee kuning Gardenia je

takde pickled radish, perah limau kasturi. Rasanya? bolehlah, untuk makan sendiri. Kena improve lagi..

40 comments:

  1. Wah! Mudah nak masaknya sebab sudah ada panduannya. Selamat menjamu selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dibagi resepi sekali, cuma kita buat olahan sikit2, ikut citarasa..

      Delete
  2. Oh Gardenia sekarang dah keluar mee kuning ya. Baru tau lama tak dapat ke Semenanjung semenjak Covid19 ni.
    Practice makes perfect. Enjoy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, ada mee kuning Gardenia..sedap mee nya, kenyal je..
      baru sekali buat, tak tau bila nak buat lagi..huhu..

      Delete
  3. Skrg org melayu byk dh lidah mcm korea hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk sangat tengok k-drama, terpengaruh sekejap..

      Delete
  4. Baguihnya ada paste macam tu, tergoda jugak ni nak try 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni dah mudah dpt sos halal..cuba, jgn tak cuba..

      Delete
  5. Tidak pedas. Pernah makan jjajangmyeon.

    ReplyDelete
  6. wow selalu tgok orang korea makan je dlm tv siries diorang.. rajinn

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena rajinkan diri sbb yg beli tak memenuhi citarasa...hehe..

      Delete
  7. wah terernya masak makanan korea

    ReplyDelete
  8. wah nampak sedap sgt...
    byknya daun bawang tu,
    rm1 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penjual tu dah nak balik, dah tengahari..bagi banyak daun bawang..

      Delete
  9. Sedap jjajangmyeon ni.. Kami guna Taucu je..

    ReplyDelete
  10. skrg ammi kena google apa ke benda Jjajangmyeon ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..masakan cina, selalu nmpk dlm kdrama..

      Delete
  11. nohas, byk betul daun bwg seringgit byk tu..boleh lah shida cuba resepi baru ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..penjual tu dah nak balik, dia bagi banyak sbb daun tk tahan lama, cepat kuning..
      silakan mencuba..

      Delete
  12. Teringin nak rasa Jjajangmyeon. Tak pernah makan lansung. Kalau cuba buat sendiri guna pes ni tak tahu nak compare rasa yang sebenar. Banyak betul daun bawang RM1. Macam-macam boleh buat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk yg ni baru 2 kali makan jjajangmyeon...akk pun tk tau nak compare mcmana, sbb yg first tu, cair benar kuahnya...mmg banyak penjual tu bagi, a'ah..masak sayur buh daun ni..jenuh gak nk perabihkan..

      Delete
  13. Nampak sedapndan menyrlerakan

    ReplyDelete
  14. Mee kuning gardenia tu best.. rasa lagi sedap.. hehe.. senang juga ya nak buatnya.. lagi ada chunjang paste tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah..mee gardenia lebih kenyal & sedap rasanya...ada paste chunjang ni, senang nak buat kuahnya..

      Delete
  15. Wah.. sedap tu.. Buat sendiri, bolehlah diubah suai kan kak.. menarik nie..

    ReplyDelete
  16. my fiance lives in korea for more than three years and he never like korean food but i always wanted to try all of their foods. look delicious n healthy for me its quite tempting haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. some men are difficult to accept foreign foods esp korean foods which are sometimes quite bland..but you're like me, always wanted to try korean foods..hehe, yaa for me, they are healthy foods..most of them are stewed or grilled..

      Delete
  17. saya penah cuba juga buat sekali dengan sos dari kedai yang famous tu..
    x ingat da kedai apa. tataula kot saya salah ikut resepi lain rasanya.. xpela saya lepas ni kalau tingin makan kat kedai jela hahaha.. trauma dgn masakan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..akak pun kalau nak makan lg, beli kt kedai je kot..hehe..cari kedai lain pulak..

      Delete
  18. kalau masak ni kt rumah memang tak laku lah.. hehe kena mkn kt kedai juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali je teringin nk makan ni..akk pun lepas ni cari kt kedai jg..hehe..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!