Sunday, 13 December 2020

Cina, Jepun & Arab-Thai

Salam hari minggu..

Sangat busy dengan kerja lately, semuanya nak sebelum akhir tahun. YES - year end sibuk. Ni pun di pejabat, update blog sekejap. Kisah random, kisah makan-makan dalam tahun 2020...

  Restoran Mohd Chan , Seksyen 15, Shah Alam

Teringin nak makan makanan cina, lunch disini lepas habis kerja di kawasan ni.

macam manalah Rich Man Fried Rice tu

order ni - dim sum & dumpling soup - healthy food lah kononnya..

Sushi King Express, Prima Sri Gombak

mengimbau kenangan travel ke Jepun bila tengok dua gambar ni,  Osaka dan Shibuya, Tokyo..huhu..

Chicken Gyoza (ladu ayam goreng) & Nabeyaki Udon

 

Restoran Arab.Thai, eCurve, Mutiara Damansara 

 

 Pad Thai- suka tengok depa hidang macam ni, ada kacang tumbuk, cili kering kisar, taugeh & limau..kalau authentic resto Thai, ada gula pasir juga..


Sekian, selamat berhujung minggu

ada masa saya blogwalking, melawat kawan-kawan..#staysafe

Thursday, 10 December 2020

Hadiah Geng Kuat Komen dari blogger Shida

 

Terima kasih, jazakillah Shida Radzuan

tuan blog Dunia Sebenar Shida diatas kiriman hadiah yang awesome ni..

 USB flash drive and extension

* Thank you very much, I will use it well *

Tuesday, 8 December 2020

Perginya abang ipar menemui Yang Maha Pencipta

Assalamualaikum...
 
Semalam, hari Isnin 7.12.2020, telah pergi abang ipar saya menemui Penciptanya sekitar pukul 6.00 petang di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. 


 
 
Abang ipar masuk wad pada hari Sabtu lepas kerana jangkitan kuman. Kemudian diagnos ada organ failure. Pagi semalam, doktor dah panggil waris sebab keadaan tenat. Sempat ziarah arwah dalam pukul 5 lebih, dari KL naik komuter 

stesen keretapi Seremban
 
pemandangan dari koridor depan High Dependency Ward 1 
Tingkat 6 HTJ
 
kakak saya dan adik-beradik, sanak-saudara arwah abang ipar
 
menunggu untuk ke tempat mandi jenazah bhg forensik
 
Van jenazah bergerak ke Kuala Pilah
dikebumikan malam semalam juga
 
solat jenazah di kampung
 
Tamat sudah urusan dunia arwah abang ipar, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solehin..amiin..Ya Robbala'lamin