Nihao..sawadikap..annyeong..moshi-moshi..
Empat bahasa, lima drama. Review drama berjudul You Are My Destiny/Fated to Love You..
Drama original ialah drama China Taiwan yang disiarkan pada tahun 2008. Kemudian 4 negara lain buat remake iaitu negara Thailand, Korea Selatan, China Mainland dan juga Jepun.
Entah apa yang merasuk fikiranku, tengok sampai 4 versi: Mula-mula tengok versi China Mainland. Kemudian saja je nak tengok versi lain pula, nak compare2, tapi macam tak berapa menarik sangat sebab versi China Mainland dah best..hehe..
Versi original (Taiwan) - tak habis tonton, tengok episod2 akhir je; versi Korea Selatan - fast-forward, lakonan hero yang over the top; versi Thailand je yang habis ditonton, lagipun pendek je, 15 episod. Versi Jepun malas nak tengok..hehe..
versi original (Taiwan)
Storyline:
Storyline semua versi lebih kurang sama je, cuma adalah sikit-sikit olahan, tambahan sana-sini.
Cerita mengenai heroin, seorang admin staff di sebuah pejabat peguam, yang asyik kena buli dengan officemates, yang low self-esteem, yang digelar 'sticky note girl', pergi bercuti naik cruise. Semasa dalam pelayaran, ada insiden yang menyebabkan hero dan heroin berjumpa dan berlanjutan ke insiden 'one-night stand'.
Disebabkan insiden tersebut, heroin pregnant. Hero pula ialah presiden syarikat keluarga, yang jual toiletries - sabun, syampoo jenama Heritage. Kilang produk Heritage ialah di kampung heroin, di sebuah pulau.
Mak heroin panggil heroin balik kampung sebab bank telefon pasal kredit kad yang heroin guna beli tiket cruise. Pada masa yang sama juga, hero datang ke kampung heroin untuk selesaikan masalah pekerja kilang Heritage.
versi Thai
Tetiba mak heroin dapat tahu yang heroin pregnant. Hero ternampak heroin kena pukul dengan mak dia. Mak heroin paksa hero & heroin kahwin. Nenek hero setuju sebab keluarga mereka memang sedang tunggu waris ke-10 iaitu anak hero. Hero terpaksa akur walaupun dia sudah ada girlfriend. Girlfriend dia ialah seorang penari ballet yang sedang buat persembahan di luar negara.
versi China Mainland
Bermulalah hubungan hero & heroin sebagai suami-isteri sebab kahwin paksa. Hari pertama pindah ke rumah hero, heroin dah kena sign divorce agreement yang syarikat dia prepare untuk hero. Heroin pula asyik rasa bersalah sebab rosakkan hubungan hero dengan girlfriend dia.
Hero mula-mula frust, tapi akhirnya dapat terima hakikat dan mula jatuh cinta dengan wife dia. Disebabkan salah faham dan juga rancangan jahat girlfriend suami dia, heroin kemalangan jalanraya dan keguguran. Selepas keguguran, heroin bawa diri ke luar negara (dengan bantuan kawan dia) dan tukar imej. Jadi lebih cantik, berani dan popular diatas karya seni. Hero jatuh cinta dengan heroin yang berimej baru.
Cerita ni gabungan kisah keluarga, permainan emosi, hubungan suami-isteri, perniagaan, seni, friendship dan juga travel (part ni yang paling best..hehe).
Dalam banyak-banyak versi ni, bagi sayalah, yang paling best ialah versi China Mainland. Takdelah kisah sangat dengan the storyline, tapi versi China Mainland ni ada banyak benda yang best, a feast to the eyes, antaranya:
Bromance
Hubungan antara hero (Xiyi) dengan special assistant dia (Anson) lebih kepada hubungan antara best friend. Anson boleh bash Xiyi, boleh bagi nasihat tentang hubungan dengan wife & girlfriend. Heroin (Jianxin) pun boleh confide dengan dia. He is a reasonable person.
Kelakar - Anson minta cuti nak pergi dating dgn girlfriend dia
pertama kali beritau bos dia dah ada girlfriend
Bangunan pejabat hero
Suka tengok office hero, jenis low-rise detached building. depan bangunan, ada landskap, macam pokok padi, ke lalang?, dijadikan landskap, tempat rehat-rehat. Pertama kali tengok landskap macam ni. Menarik.
Suka pejabat macam ni
lanskap depan pejabat, macam pokok padi
office hero..suka office macam ni
Lunch box
Sweet je, heroin prepare lunch box untuk hero
hero obediently bawa ke pejabat
Ada macam-macam warna beg isi makanan
dekat lunchbox, heroin bubuh sticky note
hero cakap heroin 'nagging him'
Rumah BFF heroin
Kawasan rumah kawan baik heroin ni nampak sangat best, redup dengan pokok disepanjang jalan. Jiran-jiran bersantai depan rumah, main chinese chess.
suka peti ais vintage warna kuning
Pulau kampung heroin
Kampung heroin di pulau yang sangat cantik. Pulau Huaniao. Digelar Santorini of China.
Rumah mak heroin di Shanghai
Lokasi rumah mak heroin di kawasan old quarters, ada terusan. Suka2..
rumah corner lot
jambatan konkrit
terusan depan rumah mak heroin
Keluarga hero yang harmonis
Dalam versi China Mainland, mak saudara dan sepupu hero takdelah jahat sangat, harmonis je hubungan keluarga hero.
Travel ke Hungary
Lepas keguguran, heroin bawa diri ke luar negara. Versi Taiwan, heroin gi Shanghai. Versi Korea & Thailand, pergi Paris. Versi China Mainland, pergi ke Budapest, Hungary. Ada lebih kurang 4 -5 episod, shooting di Budapest. Ikut heroin jalan-jalan di Budapest.
jambatan yang femes di Budapest
Recommended for viewing ialah versi China Mainland dan Thailand. Versi Thailand pun menarik juga. Suka masa hero celebrate birthday heroin, sewa bot pergi ke pulau kampung heroin dan masak bubur chacha. Suka dengar bahasa Thai..panggil 'mek' untuk mak..
Happy watching..happy weekend..