Wednesday, 10 March 2021

Kuih Putu Perak

Assalamualaikum..

Rindunya..

dah lama tak balik kampung..

hari ni terjumpa orang jual 'kuih putu perak'..teman pun belilah..

susah nak jumpa kat KL ni..

putu piring the Perak style

inti kelapa parut 

terbaik..rasa yang authentic macam kat Perak

Alhamdulillah..

Tuesday, 9 March 2021

Rindunya nak terbang..

 Ada satu malam tu, browsing channel tv

(dah lama tak tengok tv, selalu tengok drama di hp saja)

buka channel KBS, ada drama 'On the Way to the Airport'

drama korea yang di sponsor oleh Air Asia 

rindunya suasana ni

drama lama..dulu masa mula-mula ditayang, teruja tengok ada scene di Putrajaya. 

Tapi tak habis tonton drama ni..slow pace..

Storyline pun tak berapa best, kisah isteri yang ada affair, suami yg curang

female lead stewardess Air Asia, suami dia pilot Air Asia

-------------------------

Rindunya nak jalan-jalan, terbang sana-sini

Hopefully, boleh travel dalam masa terdekat..locally pun OK..

Sunday, 7 March 2021

Lunch hari ni Ahad 7.3.21

Salam hari minggu

Masak apa hari ni? 

hari ni teman kena ke pejabat

Sebelum tu singgah makan di restoran Minang di Jalan TAR

Restoran Nasi Kapau

pelbagai pilihan lauk-pauk

pilihan hati - ayam berlado, gulai keting, ulaman, sambal hijau
 
dengar ramai customer order 'ayam pop', next time bolehlah try ayam pop
 

Masakan minang memang tidak mengecewakan...tak pernah tak sedap..

masak lemak dia lain daripada masak lemak Melayu..

beli keropok kulit lembu, buat kudapan di pejabat
 

Dah makan sebutir, ya Allah..bau lembu yang agak kuat..

tak lalu den nak menghabiskan sebungkus ni..

yang selebihnya simpan dalam balang
 tak tahu bila nak makan...err..nak offer kat officemate lah

gastronomical adventure...hihi... 

entry lain - Restoran Nasi Kapau