Tuesday, 23 March 2021

Sudah tiba musimnya - buah kundang

 Hari Sabtu minggu lepas 13.3
 
jalan-jalan cari buah
 tenampak buah kundang @ buah remia @ buah setar
buah staq cakap orang utara
 
RM15 sekilo, besar-besar buahnya
very juicy
 
 bijinya cantik - warna ungu/biru
orang selalu sebut warna biji kundang 
 
warna biji kundang

sedapnya..masam-masam manis..

Monday, 22 March 2021

Churros Onde-Onde

 Di satu petang di pejabat

ofismate ambik order, sapa nak join beli Street Churros

via foodpanda

Tak sangka ada Churros Onde-Onde...

harga RM8.40

 

Churros onde-onde, perisa pandan

disalut dengan kelapa kering (dessicated coconut), cicah dengan air gula melaka


churros bites

sedap juga tapi macam keras sikit

boleh dicuba

Thursday, 18 March 2021

Eat, Fun & Pray @ Xi'an, China


Assalamualaikum...

Haritu tengok rancangan 'Eat, Fun & Pray' di Xi'an, China, yang dihost oleh Fadzly Fuad. Rancangan makan-makan dan ziarah & solat di masjid-masjid di negara China. Travel dokumentari ni produced by Metrowealth International Group Sdn Bhd..

Bila tengok host mencuba makanan halal di Muslim Quarter, Xi'an, mengimbau kenangan travel di sana pada tahun 2016. Muslim Quarter ialah syurga makanan halal di Xi'an, ramai berniaga di sepanjang jalan depan deretan kedai-kedai.

Jom tengok apa makanan yang menarik di Muslim Quarter ni..a feast to the eyes..jamuan secara virtual..hehe..

 

kuih yang menarik, dari jauh dah nampak
rupa paras macam kuih bingka
tetapi bukan, ni ialah kuih pulut, dengan sos buah delima
 
aktiviti gula tarik
untuk buat kuih bepang
 
kuih bepang kacang & bijan
sedap & lembut bepang Xi'an
tak keras macam bepang Malaysia
 
roti bercorak
 
stinking tofu - sedap
 
abam jual kuih pisang kaki
 
kuih pisang kaki pelbagai inti
manis giler

kole kacang versi cina
 
baozi (dumpling) inti sup kambing
 
mi sejuk kuah kacang
 
Xinjiang chicken dengan belt mee

The highlight - mesti try sate kambing kalau ke China
sedap - secukup rasa rempah ratus nya


dan jangan lupa try kaki kambing..juicy, succulent...
 
makan dengan penuh curiosity
Host Fadzly pun ada makan kaki kambing
 
Ada banyak lagi makanan halal Cina di Muslim Quarter Xi'an..
boleh terjah entry lama..
Ziarah masjid pula..ada lebih kurang 10 masjid di kawasan Muslim Quarter..
termasuk Masjid Besar Xi'an
 
bolehlah masukkan Xi'an dalam bucketlist travel you'all..check it out