Monday, 17 May 2021

Drama Turki : Filinta (2014)

Merhaba..salam aleykum..

Cuti raya ni, teman layan drama Turki yang bertajuk Filinta di netflix. Drama penyiasatan di akhir kurun ke-19, di zaman Empayar Uthmaniyyah, dimasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. 

Mengikut maklumat, drama ni berkisar pada tahun 1850 hingga 1900. Diakhir-akhir Empayar Uthmaniyyah yang tamat pada tahun 1920.

Drama ni ada 149 episod, 2 season..fuhh..tak tau bila nak habis..baru episod 24..

Filintia maksudnya "A short, bullet-ass small rifle. Good, handsome." Memang tepat sekali tajuk drama ni. Hero ialah seorang polis yang kacak, membawa pistol yang direka khas oleh rakannya, sedikit panjang dari pistol biasa macam 'a small rifle'.

Drama mengisahkan Filinta Mustafa, seorang Field Marshall di balai polis Galata bersama ketuanya, Cadi Giyaseddin, menyelesaikan kes-kes pembunuhan yang berlaku di Istanbul.

Di episod 1, Mustafa dituduh bersubahat dengan penjahat dan menyebabkan kematian rakan sekerja, Ali apabila gudang meletup. Seorang lagi rakan sekerja, Riza berpaling tadah dengan menipu semasa menjadi saksi. Mustafa dikenakan hukuman mati Tapi Cadi Giyaseddin tak percaya dan dia jumpa Sultan minta pengampunan selama setahun untuk Mustafa mencari bukti dan membela diri.

Mustafa dan rakan sekerja, Ali

Hampir setiap episod ada je yang mati. Ada yang mati kena tembak, kena rodok dengan pisau, dengan skewer, mati kena racun, mati kena pulas tengkuk, mati kena bantai dengan kayu, mati sebab gudang meletop..macam-macam jenis cara kematian..


 Cadi Giyaseddin dengan Sultan Abdul Hamid II

Disamping kes-kes pembunuhan, kisah hidup Mustafa dengan penjahat utama, Boris Zaharyas juga jadi misteri. Boris ialah seorang ahli perniagaan yang kaya-raya, a self-made millionaire, rag-to-riches. Luar nampak baik je tapi dia sebenarnya seorang yang sangat kejam, sampaikan Sultan pun dia nak manipulate. Boris ada anak perempuan dan anak dia jatuh cinta dengan Mustafa.

 

 penjahat utama - Boris Zaharyas & assistant dia, Cemil

Yang bestnya, kisah-kisah dalam drama ni bukan tertumpu pada orang Turki saja, tapi negara lain juga. Ada kisah orang USA yang nak beli senjata, kisah Civil War di US, kisah cult Roman Catholic yang nak merusuh, kisah duta English & France, orang Greek, orang Armenia, Bosnia, Russia, Arab...wahh, betapa mashyurnya kota Istanbul..

Menarik drama ni untuk ditonton..melihat watak Cadi Giyaseddin yang tenang, sentiasa membaca Al-Quran, sentiasa berharap dgn Allah, dialog-dialog yang berbentuk nasihat, yang relatable dengan kehidupan kita seharian..sejuk je hati in contrast to adegan orang mati kena bunuh..

Recommended untuk ditonton..bagi yang minat genre penyiasatan...

Thursday, 13 May 2021

Salam Aidil Fitri 2021

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

 
Di pagi 1 Syawal yang mulia ini, saya menyusun sepuluh jari, memohon ampun & maaf atas segala salah silap, tersilap tulis, tersalah fakta, tersilap beri komen, tersilap balas komen..jika ada yang terasa hati, terguris hati, harap dimaafkan..
 
Maaf zahir & batin..
 
Marilah kita menyambut hari raya ini dengan rasa syukur & sabar..
 
Syukur diberi nikmat iman & Islam, syukur masih sihat walafiat, syukur kerana dapat menjalani ibadah di bulan Ramadhan, syukur dapat menyambut hari raya dalam keadaan aman damai..syukur ada rezeki untuk menyediakan makanan yang enak2 di hari raya..
 
Sabar menghadapi ujian pandemik, sabar tak dapat balik kampung, sabar dengan SOP, PKP..
 
Semoga kita jadi Muslim yang kuat..a strong believer..
 

Semoga Allah menerima (puasa dan amal) dari kami dan (puasa dan amal) dari kalian.
 
Amiin..Ya Robbal alamin.. 

#staysafe  #Syawalkitamestimenang

Wednesday, 12 May 2021

Menjelang hari raya

Esok dah hari raya..

Bagaimana persiapan sahabat-sahabat semua? walaupun tak dapat balik kampung, hari raya tetap disambut seadanya...

#teamrayaKL

Pagi tadi, berkejaran pi beli ayam kat tempat proses ayam, di tepi jalan..kena ambik nombor, dapat no. 8..Alhamdulillah..

beratuq nak beli ayam

asap yang berkepul-kepul tu dari tempat orang bakar lemang

 sabar menanti

memproses ayam..

Alhamdulillah, ayam dah beli. Nak masak rendang. kita ke pasar pula, nak beli daun kunyit. Misi mencari daun kunyit. barang-barang lain kakak dah beli hari Ahad. 

Pergi pasar di mini UTC Bandar Baru Sentul. Tak ramai orang. Alhamdulillah..

beratur panjang tempat jual santan dan ayam

bahagian jual sayur

misi mencari daun kunyit adalah GAGAL. Semua habis!!

yang ada misi frontliner ni..huhu.

Rendang tanpa daun kunyit, ok kot..ke kena ada juga? 

Balik rumah, tengok ada pokok kunyit yang daunnya sedang2 saja lebarnya, jadilah, Alhamdulillah..

menumbuk kelapa untuk buat kerisik malam tadi

rendang ayam in the making

Rendang ayam makan bersama nasi impit..