Merhaba..salam aleykum..
Cuti raya ni, teman layan drama Turki yang bertajuk Filinta di netflix. Drama penyiasatan di akhir kurun ke-19, di zaman Empayar Uthmaniyyah, dimasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II.
Mengikut maklumat, drama ni berkisar pada tahun 1850 hingga 1900. Diakhir-akhir Empayar Uthmaniyyah yang tamat pada tahun 1920.
Drama ni ada 149 episod, 2 season..fuhh..tak tau bila nak habis..baru episod 24..
Filintia maksudnya "A short, bullet-ass small rifle. Good, handsome." Memang tepat sekali tajuk drama ni. Hero ialah seorang polis yang kacak, membawa pistol yang direka khas oleh rakannya, sedikit panjang dari pistol biasa macam 'a small rifle'.
Drama mengisahkan Filinta Mustafa, seorang Field Marshall di balai polis Galata bersama ketuanya, Cadi Giyaseddin, menyelesaikan kes-kes pembunuhan yang berlaku di Istanbul.
Di episod 1, Mustafa dituduh bersubahat dengan penjahat dan menyebabkan kematian rakan sekerja, Ali apabila gudang meletup. Seorang lagi rakan sekerja, Riza berpaling tadah dengan menipu semasa menjadi saksi. Mustafa dikenakan hukuman mati Tapi Cadi Giyaseddin tak percaya dan dia jumpa Sultan minta pengampunan selama setahun untuk Mustafa mencari bukti dan membela diri.
Mustafa dan rakan sekerja, Ali
Hampir setiap episod ada je yang mati. Ada yang mati kena tembak, kena rodok dengan pisau, dengan skewer, mati kena racun, mati kena pulas tengkuk, mati kena bantai dengan kayu, mati sebab gudang meletop..macam-macam jenis cara kematian..
Cadi Giyaseddin dengan Sultan Abdul Hamid II
Disamping kes-kes pembunuhan, kisah hidup Mustafa dengan penjahat utama, Boris Zaharyas juga jadi misteri. Boris ialah seorang ahli perniagaan yang kaya-raya, a self-made millionaire, rag-to-riches. Luar nampak baik je tapi dia sebenarnya seorang yang sangat kejam, sampaikan Sultan pun dia nak manipulate. Boris ada anak perempuan dan anak dia jatuh cinta dengan Mustafa.
penjahat utama - Boris Zaharyas & assistant dia, Cemil
Yang bestnya, kisah-kisah dalam drama ni bukan tertumpu pada orang Turki saja, tapi negara lain juga. Ada kisah orang USA yang nak beli senjata, kisah Civil War di US, kisah cult Roman Catholic yang nak merusuh, kisah duta English & France, orang Greek, orang Armenia, Bosnia, Russia, Arab...wahh, betapa mashyurnya kota Istanbul..
Menarik drama ni untuk ditonton..melihat watak Cadi Giyaseddin yang tenang, sentiasa membaca Al-Quran, sentiasa berharap dgn Allah, dialog-dialog yang berbentuk nasihat, yang relatable dengan kehidupan kita seharian..sejuk je hati in contrast to adegan orang mati kena bunuh..
Recommended untuk ditonton..bagi yang minat genre penyiasatan...
Drama/filem yang diambil dari kisah sejarah, mesti seronok ditonton.
ReplyDeletedrama fiksyen, cuma sultan je yg nama betul..
DeleteOk seriously ni konpom ako tgk tertido ni 😂
ReplyDeletehehe..drama ni oklah, tak boring..
Deletetak penah layan citer Turkey tapi makcik rajin tngk kt Astro nun..
ReplyDeleteuit pacak tegak depan tv hehe..
drama turki ada yg best..first time tengok drama turki style lama..
Deletemenarik ulasan nohas teruja nk tonton tapi biasala maleh
ReplyDeleteni pun tengok slow2..
Deletemacam best.. tapi tu la.. malas nk tengok series ratusan episod nih.. hehehe
ReplyDeletedrama ni oklah, tak boring..itulah ratusan episod, tengok slow2..
DeleteTak dapat bayangkan jenis jenis pembunuhan kejam tu. Terselit watak yang tenang yang kita boleh relate dengan kehidupan kita. Tak pernah lagi tengok drama Turki. mungkin boleh layan jugak ni.
ReplyDeleteselamba je bunuh2 orang..hehe..watak Cadi Giyaseddin tu mmg sgt menenangkan..sentiasa ajak ingatkan Allah..
DeleteBoleh tengok pakaian dan latar zaman akhir Empayar Uthmaniyah.
ReplyDeletebetul..suka tengok pakaian mereka dan jg suasana di kota Istanbul zaman dulu2..
Deletesekarang ni tengok drama-drama luar lebih seronok dari menonton drama terbitan tempatan. bosan dah dgn kisah yg sama... rebut harta... rebut lelaki... rebut perempuan... orang kaya... watak mak yang di gambarkan jahat... tak boleh nak beza mana yang baik dan mana yang buruk... tuis sikit, watak bapak pula yang memilih... pusing sikit lagi, nenek pulak yang berperangai setan... gitu jelah.... pusing2 tema yang sama... cuma lain tajuk je.
ReplyDeletebenar sekali..saya jarang layan drama Melayu kt internet, cuma tengok sikit2 kt tv..drama2 luar esp Korean banyak genre, puashati tonton..
DeleteNampak menarik ni Nohas. Tapi banyak betul episod nya..hehe
ReplyDeletemenarik drama ni..setting di akhir kurun 19..plot pun interesting..cuma kena tahan tgk org kena bunuh..
Deletesatu episode tu berapa minit?
ReplyDeletedrama korea pon wak x penah tgk... 😅
satu episod lbhkurang 45 minit
Deletesesekali layan lah drama, excitement dia lain drp tengok movie..
nak pilih cerita dlm neflix pun berminit2 ..:)
ReplyDeletehehe..betul..saya trial & error je, kalau x best, remove from list..
DeleteWah... drama Turki pun nohas layan.. selamat menonton, ye. :)
ReplyDeletelayan yg best, tukar environment..
Deletekena layan ni..da la peminat filem turki
ReplyDeletemari2 kita layan sama2..
DeleteMcm best ni tgk sejarah empayar hebat di turki.
ReplyDeletedrama fiksyen cuma setting era zaman Ottoman empire..
Deletebaca review akak nie, macam menarik tapi bila tengok episod Sha surrender.. tak sanggup.. hahaha..
ReplyDeletecerita best..tengok pelan2..
Delete