Thursday, 24 June 2021

Makan-makan di hari semalam

Semalam hari Rabu..23.06.21..

Takdelah makan-makan special..saja nak update blog.. 

dimulai dengan sarapan pagi

nasi lemak bungkus
 
roti putih dengan peanut butter coklat
 
Untuk makan tengahari, gulai pisang dengan udang
 
gulai pisang + udang
 
Minum petang..special sikit..beli raja buah
 
DURIAN 
 
not the Musang King but Udang Merah
 
 
RM30 per kg, beli 3 biji
 
semua ok
 
Alhamdulillah, atas nikmat Allah

Monday, 21 June 2021

Tak selamanya MILO

MILO..

Household name yang lejen, dari kecik lagi dah kenal produk ni...time sukan sekolah, kerumun van milo..paling best dapat minum milo ais free..

Minuman berasaskan coklat memang sedap. Nak perkenalkan satu produk Muslim/Bumiputra yang berasaskan coklat - Jawahir Chocomalt..keluaran Jawahir Food Industry..


Yang menariknya chocomalt ni, bukan coklat sahaja, ada tambahan bahan lagi seperti yis beras merah, ubi bit merah, buah tin dan dimaniskan dengan kurma dan madu.


Sedap..rasa coklat yang kuat..

takyah letak susu & gula pun dah lemak manis berkrim

bolehlah..ganti Milo..

harga RM25 untuk satu peket tu, ntah berapa gram
beli dengan kawan

Banyak lagi produk keluaran Jawahir seperti tepung kek, buah ceri dari Uzbekistan, kurma pelbagai jenis, daging perap

bolehlah riki-riki facebook Jawahir Food Indusry HQ

Saturday, 19 June 2021

Drama Korea : A Piece of Your Mind (2020)

Annyeonghaseyo..

Yeorobun chingu! sapa ada layan drama korea ni? 

Drama ni ditayangkan pada bulan Mac 2020, masa kita tengah sibuk-sibuk PKP 1.0..tengah havoc dengan covid-19..  

Tajuk drama ni -  A Piece of Your Mind

Teman tertarik nak tengok drama ni bila baca post mydramalist bertarikh 7 Jun 2021, yang tajuknya '5 underrated korean drama that are definitely worth your time' and voila, love it to bits. a deep love story, so beautifully told..

Can't get enough..baca pula review dekat dramabeans, bitches over drama and the fangirl verdict, make you love this drama more and repeat balik untuk lebih kefahaman....

Genre melodrama, slice of life, slow-burn romance, healing drama that warms your heart & soul.

Male lead : Jung Hae-in
Female lead : Chae Soo-bin
Episod : 12
Platform : iQiyi

Drama mengisahkan hero, Moon Ha Won, Artificial Intelligent (AI) master dan heroin Han Seo Woo, sound engineer, yang hidup dibayangi dengan kenangan pahit masa lalu. Mereka berjumpa dan saling membantu mengatasi perasaan sedih dan move on in life.
 
Ha Won terlalu obses dengan kenangan bersama kawan masa kecil dia bernama Kim Jisoo. Kenangan ketika mereka tinggal dan bersekolah di Oslo, Norway. Jisoo tinggalkan Ha Won dan berkahwin dengan lelaki lain. Selama 10 tahun, Hawon tak berjumpa dan bercakap dengan Jisoo tapi dia stalk instagram Jisoo. Jisoo jual pinggan mangkuk di instagram.

Sebagai AI master, dia cipta satu device yang boleh rakam suara dan analisa pengalaman hidup dan boleh bersembang-sembang untuk tujuan terapi (medical). Dia test device ni dengan suara dia untuk kisah hidup dia dengan Jisoo.
 
AI device bagi reaksi sepertimana Hawon nak
kisah dia dengan Jisoo
 
Pada suatu petang, semasa berjalan kaki, Hawon terdengar muzik klasik dari sebuah bangunan. Dia terpandang heroin sedang minum kopi di tepi tingkap. Muzik klasik tu ialah kenangan dia dengan Jisoo.
 

Hawon naik ke studio dan ternampak Seowoo tengah berkemas barang sebab owner nak jual studio tu. Seowoo ialah sound engineer di studio tersebut. Daripada pertemuan pertama tu, Hawon rasa Seowoo ni match dengan Jisoo.
 
Episod 1 ni macam confusing sikit. Takde introduction, macam jump terus ke tengah-tengah story. Kita dapat tahu Hawon beli bangunan tu (bila nama tukar jadi Studio Moon) dan suruh makcik dia (Sunho) incharge. Dia sebenarnya nak Seowoo rakam suara Jisoo sebab dia nak cipta AI device yang guna suara Jisoo. 

Untuk capai matlamat dia, Hawon cadang kat Sunho suruh Seowoo beli mangkuk dari Jisoo. Dalam masa yang singkat, Jisoo dan Seowoo jadi kawan baik.
 
pertama kali Jisoo dan Seowoo berjumpa 
masa Jisoo hantar sendiri mangkuk yang Seowoo beli
 
 
Seowoo berjaya rakam suara Jisoo dan bila dia bagi alamat untuk hantar mangkuk (2nd purchase), Jisoo tahu yang Hawon dibelakang semua ni tapi Seowoo tak kenal Hawon. Dia cuma deal dengan Sunho je.
 
Dipendekkan cerita, Jisoo mati di Norway. Seowoo depressed dan delete semua rakaman suara Jisoo. Tapi Hawon & the gang dapat retrieve balik deleted files dan teruskan projek AI device guna suara Jisoo. 

Disebabkan AI device Jisoo, hubungan Hawon dan Seowoo semakin rapat. Seowoo dapat rasakan cinta Hawon kepada Jisoo sangat dalam dan sincere,  dia suka tengok Hawon bila dia obses dengan Jisoo. Seowoo dah tersuka dengan Hawon (secret crush).

 Hawon dapat tahu yang Seowoo suka kat dia
bila AI Jisoo tanya Seowoo..gelabah Seowoo masa ni

Kenangan pahit Seowoo ialah ibubapa dia mati dalam kebakaran hutan. Sejak peristiwa tu, dia dah 7 tahun tak balik kampung. Dia tiada kekuatan untuk balik ke rumah dia di kampung.

Dua supporting aktor yang lain juga ada kenangan pahit. Sunho menyembunyi diri di ladang bunga kerana putus tunang. In-wook, suami Jisoo, pula dihantui rasa bersalah pada Hawon diatas kematian mak Hawon di Norway dan sentiasa rasa yang wife dia masih ada rasa sayang pada Hawon.

Rasa kasihan Seowoo kepada Hawon suruh dia give up on Jisoo 
sebab Jisoo dah mati


Overall, drama ni soothing, slow pace but not boring. How they (the leads) find solace with each other, helping each other to overcome grief, are really nice to watch. Their effort to know each other, the awkwardness, the teasing, the shyness are very sweet & cute..arghh, I'm in love.
 
Semua OST sangat daebak dan cinematografi yang awesome. OST yang paling suka ialah "Who I Strolled With" by Phoetic Narrator. Soothing..Banyak piano recital dalam drama ni. Nice one.

Nak recommend ke tak? 
 
Bagi yang suka slow-paced drama, melodrama, it's worth check this out. Not a fluffy romantic drama but a soft and warming drama..soothing your heart & mind..