Saturday, 19 June 2021

Drama Korea : A Piece of Your Mind (2020)

Annyeonghaseyo..

Yeorobun chingu! sapa ada layan drama korea ni? 

Drama ni ditayangkan pada bulan Mac 2020, masa kita tengah sibuk-sibuk PKP 1.0..tengah havoc dengan covid-19..  

Tajuk drama ni -  A Piece of Your Mind

Teman tertarik nak tengok drama ni bila baca post mydramalist bertarikh 7 Jun 2021, yang tajuknya '5 underrated korean drama that are definitely worth your time' and voila, love it to bits. a deep love story, so beautifully told..

Can't get enough..baca pula review dekat dramabeans, bitches over drama and the fangirl verdict, make you love this drama more and repeat balik untuk lebih kefahaman....

Genre melodrama, slice of life, slow-burn romance, healing drama that warms your heart & soul.

Male lead : Jung Hae-in
Female lead : Chae Soo-bin
Episod : 12
Platform : iQiyi

Drama mengisahkan hero, Moon Ha Won, Artificial Intelligent (AI) master dan heroin Han Seo Woo, sound engineer, yang hidup dibayangi dengan kenangan pahit masa lalu. Mereka berjumpa dan saling membantu mengatasi perasaan sedih dan move on in life.
 
Ha Won terlalu obses dengan kenangan bersama kawan masa kecil dia bernama Kim Jisoo. Kenangan ketika mereka tinggal dan bersekolah di Oslo, Norway. Jisoo tinggalkan Ha Won dan berkahwin dengan lelaki lain. Selama 10 tahun, Hawon tak berjumpa dan bercakap dengan Jisoo tapi dia stalk instagram Jisoo. Jisoo jual pinggan mangkuk di instagram.

Sebagai AI master, dia cipta satu device yang boleh rakam suara dan analisa pengalaman hidup dan boleh bersembang-sembang untuk tujuan terapi (medical). Dia test device ni dengan suara dia untuk kisah hidup dia dengan Jisoo.
 
AI device bagi reaksi sepertimana Hawon nak
kisah dia dengan Jisoo
 
Pada suatu petang, semasa berjalan kaki, Hawon terdengar muzik klasik dari sebuah bangunan. Dia terpandang heroin sedang minum kopi di tepi tingkap. Muzik klasik tu ialah kenangan dia dengan Jisoo.
 

Hawon naik ke studio dan ternampak Seowoo tengah berkemas barang sebab owner nak jual studio tu. Seowoo ialah sound engineer di studio tersebut. Daripada pertemuan pertama tu, Hawon rasa Seowoo ni match dengan Jisoo.
 
Episod 1 ni macam confusing sikit. Takde introduction, macam jump terus ke tengah-tengah story. Kita dapat tahu Hawon beli bangunan tu (bila nama tukar jadi Studio Moon) dan suruh makcik dia (Sunho) incharge. Dia sebenarnya nak Seowoo rakam suara Jisoo sebab dia nak cipta AI device yang guna suara Jisoo. 

Untuk capai matlamat dia, Hawon cadang kat Sunho suruh Seowoo beli mangkuk dari Jisoo. Dalam masa yang singkat, Jisoo dan Seowoo jadi kawan baik.
 
pertama kali Jisoo dan Seowoo berjumpa 
masa Jisoo hantar sendiri mangkuk yang Seowoo beli
 
 
Seowoo berjaya rakam suara Jisoo dan bila dia bagi alamat untuk hantar mangkuk (2nd purchase), Jisoo tahu yang Hawon dibelakang semua ni tapi Seowoo tak kenal Hawon. Dia cuma deal dengan Sunho je.
 
Dipendekkan cerita, Jisoo mati di Norway. Seowoo depressed dan delete semua rakaman suara Jisoo. Tapi Hawon & the gang dapat retrieve balik deleted files dan teruskan projek AI device guna suara Jisoo. 

Disebabkan AI device Jisoo, hubungan Hawon dan Seowoo semakin rapat. Seowoo dapat rasakan cinta Hawon kepada Jisoo sangat dalam dan sincere,  dia suka tengok Hawon bila dia obses dengan Jisoo. Seowoo dah tersuka dengan Hawon (secret crush).

 Hawon dapat tahu yang Seowoo suka kat dia
bila AI Jisoo tanya Seowoo..gelabah Seowoo masa ni

Kenangan pahit Seowoo ialah ibubapa dia mati dalam kebakaran hutan. Sejak peristiwa tu, dia dah 7 tahun tak balik kampung. Dia tiada kekuatan untuk balik ke rumah dia di kampung.

Dua supporting aktor yang lain juga ada kenangan pahit. Sunho menyembunyi diri di ladang bunga kerana putus tunang. In-wook, suami Jisoo, pula dihantui rasa bersalah pada Hawon diatas kematian mak Hawon di Norway dan sentiasa rasa yang wife dia masih ada rasa sayang pada Hawon.

Rasa kasihan Seowoo kepada Hawon suruh dia give up on Jisoo 
sebab Jisoo dah mati


Overall, drama ni soothing, slow pace but not boring. How they (the leads) find solace with each other, helping each other to overcome grief, are really nice to watch. Their effort to know each other, the awkwardness, the teasing, the shyness are very sweet & cute..arghh, I'm in love.
 
Semua OST sangat daebak dan cinematografi yang awesome. OST yang paling suka ialah "Who I Strolled With" by Phoetic Narrator. Soothing..Banyak piano recital dalam drama ni. Nice one.

Nak recommend ke tak? 
 
Bagi yang suka slow-paced drama, melodrama, it's worth check this out. Not a fluffy romantic drama but a soft and warming drama..soothing your heart & mind..

36 comments:

  1. tgk awal2 je sbb mcm slow sikit ... mybe akan cuba continue blk tgk drama ni ehheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..slow sikit..tapi still ok..bolehlah follow..

      Delete
  2. Pernah terbaca drama ni tak dapat sambutan daripada penonton, sebab tu jadi pendek je drama ni. Macam slow jugak lah hehehe. Jung hae in kot berlakon tu >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..dipendekkan drpd 16 ke 12 ep..oklah suka tgk Jung hae-in berlakon..chemistry yg bagus dgn Soo-bin..

      Delete
  3. Ada masa dan rezeki boleh juga saya cuba tonton nanti

    ReplyDelete
  4. cerita kkorea ni menarik ditonton

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik Kak PI..tak mcm drama korea yg lain..beautifully-written..

      Delete
  5. Ini cerita makan dalam hati, akan teringat-teringat kesedihan apabila selesai menonton.

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama yg deep & soothing..teringat the cuteness between the leads..hihi..

      Delete
  6. suka citer style macam ini. tapi nak tengok citer korea, tunggu bila betul2 free.takut kang semua kerja tak jalan hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama ni kena tengok slow2..enjoy every bits of it..ha'ah..kalau dah start, susah nak stop..hehe..

      Delete
  7. best best. I love it. it's very slow but I really enjoy it. too bad the episodes kene cut. I wished i could've watch more episodes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. it's true..love it to bits..walaupun slow tapi tak boring..rasanya dah repeat 3x..haha..ya, too bad only 12 ep..can't get enough..

      Delete
  8. Agak complicated jugak jalan cerita drama ni. Kena layan dari first episod, kalau tak mesti pening kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 tu rasa complicated sbb takde introduction..ep 1 tu bila baca review kt blog 'bitches over dramas' baru faham..hehe..

      tapi best drama ni..should give it a try..

      Delete
  9. Tengah layan find me in your memory di 8tv dan baru selesai layan welcome 2 life pelakon rain yang berlakon best sangat kat channel hello 702

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah baca review 2 drama ni..nampak best..boleh layan lepas ni..thank you for sharing..

      Delete
  10. oooo... best juga layan korean love story, mesti sedih. Teringat winter sonata. Tiber..

    ReplyDelete
  11. Menariknyaaa tp sedih jln cerita dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak brp sedih sangat..oklah..healing drama..

      Delete
  12. Replies
    1. kesian tengok main leads..tapi depa ni cute & sweet je bila jd couple..

      Delete
  13. Boleh masuk senarai tontonan ni. Thanks, kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're welcome..recommended..suka sangat drama ni..

      Delete
  14. Seronok layan drama yang tak boring ni.

    ReplyDelete
  15. drama korea ni best sebenarnya tapi tula panjang ba satu episod pun mau sejam hahahha lepastu konflik intense sungguh..hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..standard kdrama satu episod tu sejam lamanya...drama ni tak intense sgt konfliknya..more to cute & sweet relationship..

      Delete
  16. Promosi device pulak kut no, suka surreal light drama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. device ni rasanya takde dlm pasaran, cuma utk drama ni...best jg layan drama slow pace mcm ni..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!