Nihao..
Rasa boring time lockdown ni?
Jom tengok drama My Dear Guardian dari tanah besar China. Drama ni sangatlah best. Genre military-medical, action, slow-burn romance, workplace drama, crime. Secukup rasa drama ni.
Drama ni best sebab tak terlampau fokus pada kisah percintaan tetapi lebih menonjolkan profession tentera dan doktor. Banyak life lesson yang boleh dipelajari dalam drama ni dan banyak dialog yang memberi motivasi, emotional support dan untuk kita lebih memahami kerjaya seorang askar dan doktor yang berkhidmat untuk negara dan masyarakat.
Drama ni lebih kurang macam kdrama Descendant of the Sun, tapi lagi intense plot ceritanya...lagi best dari DOTS. Dah lama tak tengok drama military-medical yang menarik, penuh aksi..
Sinopsis
Drama mengisahkan hero, Liang Mu Ze (LMZ), kapten Special Forces (Team Thunder), yang bersikap dingin dengan perempuan apabila ketua dia, Kapten Liu Long mati ditembak semasa menyelamatkan dia dalam satu operasi tentera 8 tahun yang lalu. Sejak peristiwa tu, dia hanya menumpukan perhatian kepada kerjaya dan berlatih keras untuk jadi askar professional. Dia juga sentiasa mengambil berat kebajikan isteri dan anak Kapten Liu Long.
Semasa menyelamat tahanan, XC telah menyebabkan Leftenan Tian Yong cedera parah. LMZ sangat marah dan mereka bertengkar. Apabila balik ke China, ibu mereka berpakat untuk menjodohkan mereka berdua. Ibu LMZ suruh XC sewa bilik di apartment LMZ sebab LMZ selalu tiada dirumah sebab tinggal di base askar.
XC tak tahu yang itu ialah apartment LMZ. Bermulalah episod 'push & pull' diantara mereka berdua. LMZ jadi lembut hati bila XC setuju rawat anak Kapten Liu Long, Xiao Jun di rumah sebab Xiao Jun tak mahu pergi hospital. Jenis yang keras kepala, lepas tu jealous kat XC sebab kawan dengan LMZ. LMZ anggap Xia Jun sebagai anak dia tapi Xiao Jun nak LMZ kahwin dengan mak dia.
LMZ juga terpaksa minta XC jadi 'fake girlfriend' dia sebab tak nak mak dia hantar gambar2 perempuan kat base askar dan arrange blind date. LMZ juga minta tolong XC jaga sepupu perempuan dia, Shao Xue yang ada penyakit ADHD (Attention Deficit/Hyperactive Disorder). Shao Xue sangatlah annoying wataknya..tapi ada cerita sedih disebaliknya..
Zhuo Ran (ZR), bekas kekasih XC muncul kembali dan mengejar XC. ZR sebenarnya penjahat yang bekerja dengan Old Master, ketua kartel dadah T4. Sejak umur 18 tahun, Zhuo Ran terpaksa ikut telunjuk Old Master sebab Old Master ugut dan tahan ibu dia yang ada penyakit jantung.
Zhuo Ran juga sedang menyiasat tentang kematian bapa dan saudara kembar dia. Old Master cakap tentera China yang tembak bapa dan kembar dia. Dia berdendam dengan LMZ sebab dia nampak gambar LMZ dalam suratkhabar dalam operasi tentera tu.
Misi kali ni Old Master suruh ZR dekati XC untuk dapatkan research paper bapa XC, seorang pensyarah dan penyelidik di sebuah universiti. Apabila tak dapat dekati XC, ZR pura-pura jatuh cinta dengan kawan baik XC iaitu Mi Gu, seorang wartawan. Mi Gu ni head over heal, jatuh cinta pandang pertama dengan ZR, sanggup buat apa saja arahan ZR...hishh..geramnya..
Menarik juga kisah percintaan ketua Jabatan Cardiologi, Dr Zhang dengan Meng Zhen (balu Kapten Liu Long/ibu tunggal), biasalah kan, ibubapa tak setuju bila anak bujang nak kahwin dengan ibu tunggal. Kisah sedih percintaan Leftenan Tian Yong dengan Shuo Xue.
Drama penuh aksi militari dan polis, dengan peralatan militari yang canggih dan juga hospital scenes. Enjoy millitary mission oleh tentera China..