Sunday, 11 July 2021

Royale Chulan Kuala Lumpur

Assalamualaikum...selamat berhujung minggu..

Dengar berita yang Hotel Istana dah nak ditamatkan operasi. Terkesan dengan pandemik Covid-19. Tak dapat bertahan lagi..

Kenangan di Hotel Istana..dalam entry Sua Sue Kemoning Istimewa Raja.

Kali ni nak review satu hotel resort di kota metropolis Kuala Lumpur.

Royale Chulan Kuala Lumpur.

Kenapa resort hotel? 

Sebab senibinanya ala-ala resort, senibina Melayu-Terengganu, dihiasi dengan ukiran kayu..

Hotel 5-bintang di Jalan Conlay ni ada dua pilihan, ada bilik hotel dan juga apartment servis. Jumlah kesemuanya ialah 402 bilik.

Jom tour hotel...suka interior pun Malay-inspired architecture..banyak kemasan kayu, ukiran kayu...

main entrance
 
lounge
 
reception
 
cafe
 
Laman Mahsuri
 
Jom tengok bilik hotel..semua ni ialah suite room..
 
cool..ada balcony..
 
jengok ke bawah 

swimming pool
 
 jom ke apartment servis

laluan ke bilik-bilik apartment
 
 
antara restoran yang ada di sini
 
TaiPing Chinese Restaurant & Bunga Emas
 
Jom keluar..ke tengah kawasan..
 
swimming pool

Royale Chulan Kuala Lumpur diantara hotel milik syarikat Bumiputra yang ada di tengah kotaraya. Semoga dapat bertahan..

Wednesday, 7 July 2021

Edisi Kenangan: 1901

Assalamualaikum..

Kembali bersiaran dengan edisi kenangan sebelum berpindah ke pejabat baru.

Memandangkan keadaan sekarang ni, tak tahulah bila boleh masuk pejabat semula. Entah2 masuk pejabat untuk kemas barang je, kemudian terus masuk pejabat baru..hehe..

Edisi kenangan kali ni ialah outlet fastfood 1901 di Wisma FGV, Jalan Raja Laut. Outlet jual sosej, juga dipanggil 'hotdog'. Ada ke yang pernah beli? Pernah makan hotdog jenama ni?

Dulu femes fast food ni, lepas tu senyap, sekarang muncul semula..sejak tahun lepas..syarikat Bumiputra..

di sudut bangunan
photo ni diambil pada bulan Mac 2021
harap-harap masih wujud lagi
 
tempat membeli
 
macam-macam jenis - harga RM7.00  & RM8.00
 
coney hotdog

Sedap juga, tapi biasalah tak kejap perut makan ni berbanding makan nasi. Buat minum petang bolehlah kan..atau yang nak makan something yang ringan..

Kalau ikut perancangannya, September nanti dah boleh ucap selamat tinggal kat kawasan ni, InshaaAllah..ooo..dah tak lama lagi..sayonara..

Tuesday, 6 July 2021

Khemah dibelakang rumah...#PKPD

Assalamualaikum..harap baik-baik semuanya.. 

Kawasan rumah saya termasuk dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang bermula hari Sabtu 03.07.21...huhu..

Daripada pukul 12 tengah malam sampai 2 pagi hari Jumaat lepas, dengar macam-macam bunyi kat luar rumah..bunyi orang bersembang, bunyi orang bertukang..rupanya..blok den dah kena kepung...

khemah pos kawalan di belakang rumah
tali kuning 'do not cross' dipasang sekeliling blok
ada polis jaga di jalan masuk
 
pagi Ahad..masa den nak pi pasar
parking kereta dibelah sana tali kuning
tibai je..ambik kereta terus blah pi pasar
 
semalam dah ada pos kawalan polis ni
 
SOP kawasan PKPD
 
- cuma seorang saja wakil rumah yang dibenarkan keluar membeli barang keperluan di kawasan kedai berhampiran dan tempoh masa pergerakan yang dibenarkan ialah satu jam sahaja
- wakil rumah kena mendaftar diri di pos kawalan sebelum keluar dari kawasan PKPD
- dibenarkan keluar sekali sahaja dari pukul 10 pagi hingga 2 petang
- khidmat e-hailing dan penghantaran makanan dibenarkan
- semua jenis bantuan bekalan makanan hendaklah diselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
- yang nak pi appointment doktor & vaksinasi, kena tunjuk dokumen, kad appointment, sms, laman sesawang atau apa-apa bukti kepada petugas di pondok kawalan polis..

Setiap hari ada je pengumuman dibuat. Hari ni pengumuman untuk swab test bagi mereka yang ada kontak rapat dengan kes positif covid-19. Saringan swab test dibuat di blok sebelah.

Bertabahlah sampai 16.07.2021..

#dudukrumah  #kitajagakita