Tuesday, 28 September 2021

Random Photo : Makanan

Haloo..

Koleksi gambar-gambar makanan yang dimakan sejak kembali ke pejabat, sejak boleh dine-in dan juga at random...

#kes malas nak buat entry..hehe..

 

Laksa Sarawak sempena promosi Hari Kemerdekaan 
oleh Hotel Grand Continental
 
Yong Tau Fu - Haal's Kitchen
 
ayam goreng & nasi jepun by Four Fingers
 
officemate belanja
 
meatball & french fries order from FoodPanda
 
 

Sezchuan Mapo Tofu from Restaurant Mohd Chan
 
homemade kupang bercili

cantik cengkerangnya...rasa nak buat kraftangan..
 
inti karipap
teringat teka-teki di radio era, kuih apa inti diluar?
 
 sushi raja...sushi dok lalu-lalang
 
 nak makan udon juga

 
udon black pepper @ sushi raja
 
burger @ the Cabin Taman Melawati
 
Seoul Garden 
 
Teristimewa...
 
yong tau fu by my friend
sos kicap & sos pedas buat sendiri

 
Alhamdulillah, syukur nikmat..

Monday, 27 September 2021

Terjumpa bunga seiras virus Covid-19

Salam petang Isnin, 

Semasa cari padang di Taman Botani Perdana, KL

tetiba terjumpa bunga yang familiar ni...uhuh...

gerun pulak menengoknya..haha..

lupa nak check apa nama pokok ni

Friday, 24 September 2021

Piknik @ Taman Botani Perdana

Cuti Hari Malaysia minggu lepas, adik bongsu ajak piknik di Taman Botani Perdana di Taman Tasik Perdana...piknik di padang..

Tiga famili setuju join event kecil-kecilan ni. Famili adik & kakak dari Shah Alam. Dah boleh merentas negeri, sesudah subuh, mereka dah gerak.

 

Alhamdulillah, pagi yang cerah
ikut Jalan Parlimen
 
Banyak jalan tutup dalam kawasan Lake Garden, last2 kena parking di bangunan parkir bertingkat, yang ada Restoran Rebung. Adik dah sampai..perghh..laju benor dari Shah Alam. Dia dah banyak kali datang sini. Hari Sabtu lepas pun ada  datang sini.
 
Jenuh gak cari padang, tapi takpe, exercise...dah lama tak exercise..sambil-sambil melihat kehijauan alam..

mencari jalan masuk ke Taman Botani
 
dah jumpa entrance
 

kena scan juga
 
banyak tempat menarik yang boleh dilawati disini
 
Air terjun Tembusu
 
Setelah berjalan naik bukit, turun bukit, akhirnya jumpa padang yang dicari
 
tak ramai orang lagi
 
port makanan
 
ada nasi lemak, makaroni goreng, kacang kuda rebus
mangga asam boi, kuih karipap, agar2, buah2an
 
breakfast - nasi lemak
 
big boy melayan little boy
 
dah semakin ramai yang datang piknik di sini
berkelompok sana-sini
ada yang buat taichi, ada yang main badminton
ada yang main frisbee
 
biru dan hijau
 
Takde aktiviti khusus, cuma lepak-lepak, tengok pemandangan, hirup udara segar.
Tinggal mak dengan saya, yang lain-lain pergi ronda-ronda kawasan, tengok rusa.
 Saya ada program online haritu
 
sunken garden
 
Ada yang menjual alat permainan belon buih ni, tengok ramai juga yang beli 
bertambah meriah kanak-kanak mengejar buih
 
 
 Dah pukul 10 lebih, bergerak balik. Ikut laluan lain ke tempat parking, perghh..kena mendaki bukit, letih giler, singgah beli air milo di van ni

good business

Driving balik nak keluar dari Taman Botani, banyak pulak jalan tutup, siap ada polis trafik yang jaga. Pusing2, ikut kereta depan..haha..sesat barat..keluar ikut sebelah Masjid Negara. Tengok jalan depan Dataran Merdeka pun ditutup, tak faham betul, kenapa mesti tutup. Tak bagi orang ramai lepak kot time public holiday. Terpaksa pusing ikut Lebuh Ampang, ronda-ronda kotaraya kekdahnya.
 
Sampai di rumah, tak larat sungguh, terus landing atas katil. Tak fit langsung. Lama juga tak exercise, hampir setahun lebih (sejak kena operate bulan 8 tahun lepas), tetiba kena pulak mendaki bukit, memang letih yakamat..hehe..
 
Taman Botani Perdana ni memang sesuai untuk exercise, untuk bersiar-siar, tengok-tengok pokok, mengenali alam semulajadi..