Friday 24 September 2021

Piknik @ Taman Botani Perdana

Cuti Hari Malaysia minggu lepas, adik bongsu ajak piknik di Taman Botani Perdana di Taman Tasik Perdana...piknik di padang..

Tiga famili setuju join event kecil-kecilan ni. Famili adik & kakak dari Shah Alam. Dah boleh merentas negeri, sesudah subuh, mereka dah gerak.

 

Alhamdulillah, pagi yang cerah
ikut Jalan Parlimen
 
Banyak jalan tutup dalam kawasan Lake Garden, last2 kena parking di bangunan parkir bertingkat, yang ada Restoran Rebung. Adik dah sampai..perghh..laju benor dari Shah Alam. Dia dah banyak kali datang sini. Hari Sabtu lepas pun ada  datang sini.
 
Jenuh gak cari padang, tapi takpe, exercise...dah lama tak exercise..sambil-sambil melihat kehijauan alam..

mencari jalan masuk ke Taman Botani
 
dah jumpa entrance
 

kena scan juga
 
banyak tempat menarik yang boleh dilawati disini
 
Air terjun Tembusu
 
Setelah berjalan naik bukit, turun bukit, akhirnya jumpa padang yang dicari
 
tak ramai orang lagi
 
port makanan
 
ada nasi lemak, makaroni goreng, kacang kuda rebus
mangga asam boi, kuih karipap, agar2, buah2an
 
breakfast - nasi lemak
 
big boy melayan little boy
 
dah semakin ramai yang datang piknik di sini
berkelompok sana-sini
ada yang buat taichi, ada yang main badminton
ada yang main frisbee
 
biru dan hijau
 
Takde aktiviti khusus, cuma lepak-lepak, tengok pemandangan, hirup udara segar.
Tinggal mak dengan saya, yang lain-lain pergi ronda-ronda kawasan, tengok rusa.
 Saya ada program online haritu
 
sunken garden
 
Ada yang menjual alat permainan belon buih ni, tengok ramai juga yang beli 
bertambah meriah kanak-kanak mengejar buih
 
 
 Dah pukul 10 lebih, bergerak balik. Ikut laluan lain ke tempat parking, perghh..kena mendaki bukit, letih giler, singgah beli air milo di van ni

good business

Driving balik nak keluar dari Taman Botani, banyak pulak jalan tutup, siap ada polis trafik yang jaga. Pusing2, ikut kereta depan..haha..sesat barat..keluar ikut sebelah Masjid Negara. Tengok jalan depan Dataran Merdeka pun ditutup, tak faham betul, kenapa mesti tutup. Tak bagi orang ramai lepak kot time public holiday. Terpaksa pusing ikut Lebuh Ampang, ronda-ronda kotaraya kekdahnya.
 
Sampai di rumah, tak larat sungguh, terus landing atas katil. Tak fit langsung. Lama juga tak exercise, hampir setahun lebih (sejak kena operate bulan 8 tahun lepas), tetiba kena pulak mendaki bukit, memang letih yakamat..hehe..
 
Taman Botani Perdana ni memang sesuai untuk exercise, untuk bersiar-siar, tengok-tengok pokok, mengenali alam semulajadi..

38 comments:

  1. alhamdulillah, seronok nampak semuanya dapat piknik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rasa lega dapat beriadah..

      Delete
  2. Alhamdulillah hari yang sangat indah, menarik pilihan tempat, langit biru, cantik gambar-gambar, kena adjustkan bila kembali beriadah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..tq..cuaca baik, kena start balik exercise, badan dah kurang fit..

      Delete
  3. Haha saya keluar sekejap, balik rumah pening. Lama betul tidak keluar waktu jalan sesak!
    Apapun penat kan kalau jalan jauh apabila lama tidak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sangka kena berjalan kaki begitu jauh, sbb jalan tutup..kena mendaki lagi..mmg penat..hihi..

      Delete
  4. lamanyaa x kunjung sini
    byk perubahan, tmpt2 menarik
    seronokk. kan. dpt. piknic rama2 tu
    ingat zaman. ank2 sek rzndah rajin. melawat tmn2 tasik he hee aktiviti hari ahad lepak taman biar ank2 bermain

    ReplyDelete
    Replies
    1. semakin cantik tmn tasik ni..ada mcm2 tarikan..
      adik pun byk kali datang sini, sbb anak2 dia nak main bola, nak main kejar2..

      Delete
  5. wah bestnya. lama sungguh tak pi situ. Dulu geng ulat buku pernah piknik kat situ 2 kali lain-lain tempat. Best kan dah cantik Taman Botani tu. Rindu piknik dengan geng Ulat Buku dan Geng Kicap

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok jg piknik di sini, udara sejuk & segar...ha''ah, dah semakin cantik, byk tarikan..

      Delete
  6. Seonoknya picnic di dlm kota raya. Masa study di UM 30 thn lps mmg selalu la outing ke taman tasik perdana, tugu negara, tmn orkid dsb. Memori lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak pi sungai, laut, sesak dgn orang ramai..kt sini oklah, kawasan luas..
      tasik perdana ni mmg femes..

      Delete
  7. good idea juga picnic kat taman. biasa picnic by the beach atau sungai, air terjun

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawasan luas, tak bersesak dgn orang ramai..udara pun segar..ramai jg yg piknik di sini..

      Delete
  8. Jenuh gak ni kalau parking jauh... Pastu nak kluar dr kawasan tu pun klu jln byk ttp, ermm klu x biasa mau mengagau gak tu.. Tp best dpt piknik ramai2 camtu kan.. Pasni bole try titiwangsa plak or putrajaya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kena berjalan jauh, dahlah kawasan berbukit..mmg mengagau cari jalan kluar, ikut keta depan, dia pun sesat gak..hihi..titiwangsa bolehlah, putrajaya tu jauh beno..huhu..

      Delete
  9. Good idea la lepak kat lake garden..kat putrajaya ni pun banyak lakenya..tapi klu berdua kurang best..klu ramai2 + acara makan2..haaa..tu yg best..
    At least boleh hilangkan tepu minda..hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..rasa segar minda & hilang stress...kena organise family outing ramai2, baru best piknik tepi tasik..

      Delete
  10. Anak2 memang seronok kalau dpt join aktiviti mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka yg seronok..tak berenti main, berlari..

      Delete
  11. Alhamdulillah..seronok dapat berkelah dengan family. Jauh jugak tu pusing pusing cari parkir dan nak menapak tu. Sekali berjalan jauh tu yang rasa penat lain macam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg jauh parking dgn padang ni, kira kena turun bukit, dah lama tk mendaki, penat giler..haha..

      Delete
  12. wahh nmpk nyaman je taman botani nih.. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. udara segar..kereta tak dibenarkan masuk, lg bertambah nyaman..

      Delete
  13. Seronoknya kak nohas. Saya hari tu pandang je taman ni, masa nak masuk parking ke Restoran Rebung. Tak pernah piknik di sini. Nampak best pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pun prtama kali piknik di sini, adik bongsu byk kali bw famili..

      jauh nak menapak, tempat parking atas bukit..

      Delete
  14. Cantik tempatnya.
    Walaupun penat, tapi seronok dapat berkumpul bersama keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dikelilingi pokok2 hijau..pokok2 depa letak tanda nama, boleh buat educational tour..

      Delete
  15. Lama dah tak keluar, sesekali keluar memang seronok. Yang penting jaga SOP yang telah ditetapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kwasasn luas, tak bersesak, duduk sama keluarga masing2..

      Delete
  16. Nikmat menghirup udara luar yang segar..

    ReplyDelete
  17. Seronoknyaaa boleh piknik! Saya yang baca ni pun rasa letih bila akak cakap kena jalan naik bukit, turun bukit, cari parking lagi, jalan tutup lagi >.< Letih memang letih, tapi seronok kannn hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok jumpa adik-beradik, tengok ramai yg riang bermain..yg meletihkan tu kena jalan jauh, sbb parking jauh, ramai yg parking tepi jalan, semua kena saman..

      Delete
  18. Replies
    1. rasa segar minda dpt piknik dikelilingi kehijauan alam..
      berjalan tu yg letih..haha..

      Delete
  19. Seronok piknik tempat terbuka nie.. tambah bila lihat hijau..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!