Salam semua, semoga sihat walafiat..
Kisah pandemik Covid-19 masih belum berakhir. Hari Ahad dapat tahu yang sorang officemate positive covid. Hari Isnin, office tutup sebab kena sanitize...
Semalam pula, seorang lagi officemate dalam satu group disahkan positif. Makanya, HR suruh 4 orang ahli group yang lain buat swab test PCR termasuklah ahkak. Ini kali kedua buat swab test. Pertama kali dulu masa nak kena operate bulan 8 tahun lepas..
Teman malas nak gi jauh-jauh, pergi Hospital KPJ Tawakkal je sebab dekat dengan office, dekat dengan rumah, lagipun best, ada outlet Ayamas, dekat dengan Baker's Cottage, Restoran Haslam...ehehe..
Di hospital ni, boleh walk-in, boleh drive-thru. Sebab ahkak dah parking kat tempat lain, so kita ke bahagian walk-in...