Saturday, 16 October 2021

Bangsar South @ Kampung Kerinchi

Dulu semasa pemerintahan kerajaan yg dulu (baca: PH), ada cadangan nak tukar nama Bangsar South kepada nama asal tempat ini iaitu Kampung Kerinchi.

Sekarang ni dah tak dengar pula..jadi ke idok? entahlah...

Tapi sesuai ke tempat ni dipanggil Kampung Kerinchi lagi..landskap sudah berubah..

Pembangunan di Bangsar South 
semuanya menjulang ke langit

Lenyap nama sebuah kampung ditelan arus pembangunan. Sama seperti rakannya di seberang jalan, Kampung Abhdullah Hukum, dah jadi KL Eco City...sama bentuk pembangunan..komersil..semuanya highrise..
 
Tiada lagi nama dua kampung ini dalam peta Kuala Lumpur. Cuma diabadikan sebagai nama stesen LRT Kelana Jaya line.
 
Stesen Kerinchi dan stesen Abdullah Hukum..dan juga nama jalan - Jalan Kerinchi..
 
Bila guna nama mat salleh, terasa urban sikit dan harga pun mencanak naik..ribu raban sekaki persegi..itu biasalah, dah tukar ke perdagangan..lokasi pun ok..KL fringe..

Yang terpinggir, terus terpinggir...hanya mampu tengok...huhu..

Thursday, 14 October 2021

Update : Dah nampak pokoknya

Update entry Tumbuh...kisah tapak semaian di rumah jiran..

Dah ada bentuk pokok, dah keluar daunnya

rasanya tak lama lah kat sini

Wednesday, 13 October 2021

Swab Test kali ke-2

Salam semua, semoga sihat walafiat..

Kisah pandemik Covid-19 masih belum berakhir. Hari Ahad dapat tahu yang sorang officemate positive covid. Hari Isnin, office tutup sebab kena sanitize... 

Semalam pula, seorang lagi officemate dalam satu group disahkan positif. Makanya, HR suruh 4 orang ahli group yang lain buat swab test PCR termasuklah ahkak. Ini kali kedua buat swab test. Pertama kali dulu masa nak kena operate bulan 8 tahun lepas..

Teman malas nak gi jauh-jauh, pergi Hospital KPJ Tawakkal je sebab dekat dengan office, dekat dengan rumah, lagipun best, ada outlet Ayamas, dekat dengan Baker's Cottage, Restoran Haslam...ehehe..

Di hospital ni, boleh walk-in, boleh drive-thru. Sebab ahkak dah parking kat tempat lain, so kita ke bahagian walk-in...

tempat scan QR code dan isi Google form
kena isi borang fizikal juga 
 
Bayaran untuk ujian PCR ialah RM250, keputusan dapat dalam masa 24 jam.
Ujian RTK pun ada, harga RM150 je
 
bilik untuk ambil sample 
perit juga kena jolok hidung dan kerongkong
 
Lepas dah habis, terus balik rumah, kena kuarantin dalam bilik.
takde mood nak sambung kerja WFH..
 
Keputusan pun dah keluar, Alhamdulillah...negatif..
Esok dah boleh masuk pejabat..hari ni WFH...