Saturday 16 October 2021

Bangsar South @ Kampung Kerinchi

Dulu semasa pemerintahan kerajaan yg dulu (baca: PH), ada cadangan nak tukar nama Bangsar South kepada nama asal tempat ini iaitu Kampung Kerinchi.

Sekarang ni dah tak dengar pula..jadi ke idok? entahlah...

Tapi sesuai ke tempat ni dipanggil Kampung Kerinchi lagi..landskap sudah berubah..

Pembangunan di Bangsar South 
semuanya menjulang ke langit

Lenyap nama sebuah kampung ditelan arus pembangunan. Sama seperti rakannya di seberang jalan, Kampung Abhdullah Hukum, dah jadi KL Eco City...sama bentuk pembangunan..komersil..semuanya highrise..
 
Tiada lagi nama dua kampung ini dalam peta Kuala Lumpur. Cuma diabadikan sebagai nama stesen LRT Kelana Jaya line.
 
Stesen Kerinchi dan stesen Abdullah Hukum..dan juga nama jalan - Jalan Kerinchi..
 
Bila guna nama mat salleh, terasa urban sikit dan harga pun mencanak naik..ribu raban sekaki persegi..itu biasalah, dah tukar ke perdagangan..lokasi pun ok..KL fringe..

Yang terpinggir, terus terpinggir...hanya mampu tengok...huhu..

30 comments:

  1. uncle masih panggil kampung kerinchi... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nostalgia..kampung dah jd bangunan2 pejabat..

      Delete
  2. Sedih pula tengok perkembangan Kampung Kerinchi.

    ReplyDelete
  3. Bangsar South x prnh dgr, Kampung Kerinchi ya. Tukaq p nama mat salleh, yg nama kampungan jg diingat

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg dah lama duduk di KL, masih ingat Kampung Kerinchi...Bangsar South nama baru utk projek komersil di sini..

      Delete
  4. Teringat abg despatch ofis lama.. Bos suruh pegi "Salak South".. Dia call office selepas 2 jam..dan kata

    Cik, kenapa sy tak jumpa salak South.. Sy jumpa salak selatan je. Kesian abg tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kesian dia, 2jam lama jg..selalu panggil Salak South jg..

      Delete
  5. Arwah atuk saya dulu penduduk rumah setinggan di situ. Sekarang tinggal kenangan. Saya masih panggil Kampung Kerinchi, tapi hanya dengan orang dah lama duduk Kl. kalau baru sampai memang blur

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, org baru tak kenal Kpg Kerinchi..akk pernah pergi kwsn rumah setinggan Kpg Kerinchi, pergi kenduri kahwin kawan pejabat...dia dulu berjiran dgn keluarga seorang pelakon terkenal..sekrg pelakon tu dah jadi producer & businessman yg brjaya..

      Delete
    2. oh..saya tau pelakon tu. classmate makcik saya. hehe. memang kebanggaan orang setinggan Kampung Kerinchi

      Delete
    3. oo..jd jutawan dia sekrg..Alhamdulillah..

      Delete
  6. kg moden
    sayanggg diyelan arus pembangunan hilangg nama kampung
    sikit2 terus berubahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. berubah secara total..dah jadi komersil area..takde langsung ciri2 kpg..

      Delete
  7. Sayangnya..lenyap nama sebuah perkampungan dek pembangunan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua kpg dah tiada kt kwsn ni...harga yg perlu dibayar kerana lokasi dkt bandaraya..

      Delete
  8. Cantik gambar-gmambar, nama kampung tukar village pun ok, masih glam kan, atau Heights kan, tula market tumpang original Bangsar terkenal di mata luar, belakangkan asal usul tempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. spill over effect dari pembangunan di Bangsar..nama main peranan utk marketing..

      Delete
  9. Naik lrt selalu dengar nama Abdullah Hukum dan Kg Kerinchi disebut. Mungkin tak lama lagi nama ni dah tak dapat didengar lagi even dalam lrt..

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. nama main peranan...Kpg Kerinchi dgn Bangsar South..berbeza persepsi pembeli utk dua2 nama ni..

      Delete
  11. sedihkan pembangunan mengorbankan kenangan silam

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dapat nak menahan arus pembangunan...sesuatu terpaksa dikorbankan..

      Delete
  12. Sayang rasanya bila nama kampung tu digantikan dengan nama urban.. harga usah cakaplah.. memang mampu pandang je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga sebuah pembangunan komersial, terpaksa lenyapkan nama kpg yg dah lama bertapak di situ..

      Delete
  13. Dulu selalu datang ke pasar malam Kampung Kerinchi. Ada lagikah flat Kampung Kerinchi di situ.

    ReplyDelete
  14. Confused jadinya. Kalau orang lama mesti tercari cari nama lama kan. Dah naik pembangunan pesat nama kampung pun berubah sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tinggal Jalan Kerinchi, stesen Kerinchi..nama kpg dah tak selari dgn pembangunan mencakar langit..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!