Selamat bercuti semua..
Duduk dalam rumah, dalam hotel, dalam bangunan, bahagian apa yang paling tinggi? jawapan mudah je..atap lah kan...
Atap atau bumbung ialah bahagian yang paling atas bagi sesebuah bangunan. Kebanyakan rumah kediaman beratap tirus (pitched/thatched roof) supaya pengudaraan yang lebih baik..
Bangunan tinggi komersil ataupun kediaman selalunya berbumbung rata (flat roof). Diatas bumbung rata ni, selalunya tempat letak mechanical & electrical equipment seperti Lift Motor Room (LMR), tangki air, cooling tower (untuk air-cond), fan room, dll..
Baru-baru ni ada site inspection bangunan pangsapuri dan bangunan pejabat. Bila kena value satu bangunan, akan lawatperiksa bahagian bumbung juga. Paling best tengok view alam semesta dari atas bumbung.
Rooftop bangunan condominium
supposed to be used as a helipad..gayat giler weii..tkt 63..
dahlah angin kuat juga..bertambah debar..
Bagi yang selalu menonton drama Korea dan China Mainland, memang familiar kan dengan rooftop ni...hehe..sebab selalu je ada scene dekat rooftop dengan pelbagai kegunaan..drama Melayu pun ada.
Jom tengok apa kegunaan 'rooftop' dalam drama..
1. Menempatkan rumah/bilik
Rumah/bilik di tingkat bumbung sangat popular dalam kdrama. Samada watak utama atau watak sampingan yang tinggal atas rooftop. Contohnya drama Rooftop Prince, Flower of Evil, Master's Sun, Because This is My First Life, My Father is Strange dan banyak lagilah..
Rooftop Prince
apartment 2 tingkat diatas bumbung
walaupun dah kaya, hero Lee Gak masih nak duduk rooftop house
rumah ni upgrade daripada rumah heroin
dengar khabar apartment ni dah dirobohkan
2. Tempat jemur kain
Yang ni juga popular, seringkali muncul dalam kdrama. Tempat yang ideal untuk jemur kain.
Rooftop Prince
3. Rooftop restoran
Restoran di rooftop dah jadi trend masa kini. Di KL pun dah banyak bangunan yang ada rooftop restaurant/cafe.
The Rational Life
Drama Solaso Bistro
4. Event venue - gathering, party, BBQ..
The Rational Life
Just between Lovers @ Rain and Shine
Let's Eat 2
5. Tempat lepak & berleha-leha..
Yang ni selalu ada atas rooftop...pangkin kayu tempat lepak..
My Father is Strange
6. Tempat untuk bercakap dengan rakan sepejabat dan untuk take a break dari suasana pejabat
Yang ni banyak..dalam drama Melayu pun ada..
Drama Ganjil
Rooftop dalam drama Melayu ni berserabut dengan kabel M&E dan telekomunikasi. Selalunya tempat ni off limit untuk orang biasa, for safety reason, hanya maintenance je yang boleh naik ke atas bumbung..
The Ideal City
Bersembang atas rooftop ni nampak best je, luas pemandangan. Tempat popular sebab takde CCTV...
7. Tempat letak pasu seramik isi sos korea
Let's Eat 2
tempat tanam pokok sayuran & pokok bunga juga
8. Tempat menyorok/lari dari penjahat
Yang ni pun kegunaan yang popular dalam drama..
School 2017
The Veil
9. Tempat beriadah/training
You Are My Hero
training abseiling
10. Tempat helikopter mendarat (helipad)
Yang ni memang betul kegunaan rooftop. Tempat untuk helikopter mendarat.
Descendant of the Sun
11. Tempat shooting muzik video
Muzik video lagu 'Darling' by Taeyang (ahli group Big Bang). Salah satu venue dalam muzik video ni ialah rooftop bangunan..
gayat giler nengoknya..
12. Tempat lompat untuk bunuh diri
Yang ni juga kegunaan popular...hehe..
Mysterious Love
13. Lokasi untuk 'sniper' tembak sasaran
14. Tempat busking/main muzik ..
Indah sungguh pemandangan sunset
Banyak kan kegunaan flat roof, ada lagi kan..manfaatkan ruang yang ada. Paling suka bila scene rooftop ni shoot dengan drone..bird eye view..