Thursday, 4 November 2021

Kegunaan 'Rooftop' dalam drama

Selamat bercuti semua.. 

Duduk dalam rumah, dalam hotel, dalam bangunan, bahagian apa yang paling tinggi? jawapan mudah je..atap lah kan...

Atap atau bumbung ialah bahagian yang paling atas bagi sesebuah bangunan. Kebanyakan rumah kediaman beratap tirus (pitched/thatched roof) supaya pengudaraan yang lebih baik..
 
Bangunan tinggi komersil ataupun kediaman selalunya berbumbung rata (flat roof). Diatas bumbung rata ni, selalunya tempat letak mechanical & electrical equipment seperti Lift Motor Room (LMR), tangki air, cooling tower (untuk air-cond), fan room, dll..

Baru-baru ni ada site inspection bangunan pangsapuri dan bangunan pejabat. Bila kena value satu bangunan, akan lawatperiksa bahagian bumbung juga. Paling best tengok view alam semesta dari atas bumbung.
 
Rooftop bangunan condominium
 
Rooftop bangunan pejabat yang tiada dinding tepi
supposed to be used as a helipad..gayat giler weii..tkt 63..
dahlah angin kuat juga..bertambah debar..
 

 
Bagi yang selalu menonton drama Korea dan China Mainland, memang familiar kan dengan rooftop ni...hehe..sebab selalu je ada scene dekat rooftop dengan pelbagai kegunaan..drama Melayu pun ada.

Jom tengok apa kegunaan 'rooftop' dalam drama..
 

 1. Menempatkan rumah/bilik

Rumah/bilik di tingkat bumbung sangat popular dalam kdrama. Samada watak utama atau watak sampingan yang tinggal atas rooftop. Contohnya drama Rooftop Prince, Flower of Evil, Master's Sun, Because This is My First Life, My Father is Strange dan banyak lagilah..

 Rooftop Prince
apartment 2 tingkat diatas bumbung
walaupun dah kaya, hero Lee Gak masih nak duduk rooftop house
rumah ni upgrade daripada rumah heroin
dengar khabar apartment ni dah dirobohkan
 
Rooftop Prince - rumah rooftop heroin
 
My Father is Strange - bilik di rooftop
 
Let's Eat 2 - kontena atas rooftop, dijadikan bilik

 
2. Tempat jemur kain
 
Yang ni juga popular, seringkali muncul dalam kdrama. Tempat yang ideal untuk jemur kain.
 
Rooftop Prince
 
Master's Sun
 
Let's Eat 2
 

 
3. Rooftop restoran
 
Restoran di rooftop dah jadi trend masa kini. Di KL pun dah banyak bangunan yang ada rooftop restaurant/cafe.
 
The Rational Life
 
 Drama Solaso Bistro


4. Event venue - gathering, party, BBQ..
 
The Rational Life

Just between Lovers @ Rain and Shine

Let's Eat 2
 
I will find you a better home
 

5. Tempat lepak & berleha-leha..
 
Yang ni selalu ada atas rooftop...pangkin kayu tempat lepak..
 
My Father is Strange
 
Just Between Lovers @ Rain and Shine
 
Because This Is My First Life
 
6. Tempat untuk bercakap dengan rakan sepejabat dan untuk take a break dari suasana pejabat

Yang ni banyak..dalam drama Melayu pun ada..
 
Drama Ganjil
 
Rooftop dalam drama Melayu ni berserabut dengan kabel M&E dan telekomunikasi. Selalunya tempat ni off limit untuk orang biasa, for safety reason, hanya maintenance je yang boleh naik ke atas bumbung..
 
The Ideal City
 
Beating Again
 
The Veil
 
Bersembang atas rooftop ni nampak best je, luas pemandangan. Tempat popular sebab takde CCTV...
 
 
7. Tempat letak pasu seramik isi sos korea

Let's Eat 2
tempat tanam pokok sayuran & pokok bunga juga

 
8. Tempat menyorok/lari dari penjahat
 
Yang ni pun kegunaan yang popular dalam drama..
 
School 2017

The Veil
 
Awaken
  
9. Tempat beriadah/training

You Are My Hero
training abseiling

The Ideal City


10. Tempat helikopter mendarat (helipad)
 
Yang ni memang betul kegunaan rooftop. Tempat untuk helikopter mendarat.

Descendant of the Sun
 
 
11. Tempat shooting muzik video

Muzik video lagu 'Darling' by Taeyang (ahli group Big Bang). Salah satu venue dalam muzik video ni ialah rooftop bangunan..


gayat giler nengoknya..


12. Tempat lompat untuk bunuh diri
 
Yang ni juga kegunaan popular...hehe..

Awaken

 
Mysterious Love

 
13. Lokasi untuk 'sniper' tembak sasaran
 
Lokasi yang strategik untuk shoot...
 
The Veil
 
Vagabond
 
Vagabond
 
14. Tempat busking/main muzik ..


Indah sungguh pemandangan sunset

 
Banyak kan kegunaan flat roof, ada lagi kan..manfaatkan ruang yang ada. Paling suka bila scene rooftop ni shoot dengan drone..bird eye view..

26 comments:

  1. semua scene tu saya pernah jumpa dalam macam2 drama dan filem, tapi sekali pun saya sendiri tak pernah naik ke rooftop mana-mana bangunan hahaha

    ReplyDelete
  2. No.12 tu tak digalakkan, menyusahkan orang lain nak uruskan selain membahayakan nyawa orang lain dan kenderaan yang kebetulan sedang berada di bawah tu juga 🙂🤐

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu dlm drama, org yg terjun bangunan ni, jatuh atas kereta atau tmpt kosong..takde yg jatuh hempap orang lain..hehe..

      Delete
  3. dulu2 pernah naik rooftop sg wang plaza kenangan remaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada restoran kan Kak Pi kt atas rooftop Sg Wang..dah lupa..

      Delete
  4. rajinnya kak nohas buat kajian. saya tak tonton drama Korea sangat jadi tak dapat beri pendapat. Teringat rooftop opis. Banyak kenangan di situ. Gambar drama Rain@Shine tu cantiknya dengan rumah warna-warni

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja suka2..hehe..banyak scene di rooftop dlm drama korea..oo..ada baca entry Sal ttg rooftop ofis..semoga tidak berulang lagi..

      Drama Rain @ Shine tu shooting kt Busan, yg femes dgn rumah warna-warni..

      Delete
    2. Oh di Busan rupanya. Tak sampai lagi.

      Terima kasih untuk doa kak Nohas. Amin

      Delete
    3. akk pun tak sampai lg di Busan..

      amiin..

      Delete
  5. Teringat pula pernah mengajar senaman untuk staffs company jerman di rooftop debar juga, sejuk berangin. Menarik perkongsian tentang ada rumah di rooftop. Lain dari yang lain kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..tempat beriadah..rumah di rooftop selalu ada dlm drama korea, mmg wujud kot di sana..

      Delete
  6. Haah memang popular. Masa tengok cerita Korea perasan seronok juga ada rumah atas sekali. Dapat tengok pemandangan tapi azab tiada lif. Selalu terfikir susah hendak bawa perabot naik atau turun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemandangan best tapi itulah, azab nak naik tangga..

      Delete
  7. Drama Korea memang banyak scene atas rooftop ni. Kalau cerita zaman sekolah korea Jepun, tempat bergaduh kat rooftop. Gayat saya kalau tinggi tinggi ni. Mahu gigil lutut nak dok tepi tengok bawah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haáh..tempat bergaduh, tempat dating budak2 sekolah dlm drama..kalau ada tebing, boleh lg lah layan view tengok bawah, yg takde dinding tepi tu yg seriau..

      Delete
  8. uncle tak boleh rooftop rooftop ni... G-A-Y-A-T!

    ReplyDelete
  9. kalau la berada di atas rasa panas...saya memang tak sanggup

    ReplyDelete
  10. seramm he hee jd tmpt lompat bunuh diri
    tp bestt jgak kan kalau betul cara tmpat lepak. ambkk angin best
    tp. akak x. mampu pandang ke bawah kalau tingi sagt seriauuu. ooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi tempat lepak yg best..berangin je..kalau ada dindng ok, yg takde dinding tepi tu yg seriau..

      Delete
  11. Haha how true. Tapi mama suka bila rooftop mcm ni di gunakan sebaiknya.tingkat 63? Oh mama pun gayat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..rooftop ni ruang yg luas, suka kalau jd tempat gathering, makan2..

      tkt 63 tu takde dinding, rasa gayat lain mcm sikit..

      Delete
  12. Tingkat 63 pastu pandang ke bawah.. Huhuhu gigil lutut

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berani pergi tepi2 sbb takde dinding..gayat dia lain mcm sikit..tengok yg jauh2 je..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!