Friday, 12 November 2021

5 hari makan Laksa Johor

Cuti hari Deepavali, teman masak laksa Johor, tetiba teringin..dah lama tak makan..

Resepi dah ada, kawan ofis bagi, lamaaa dulu. Ni kali ke-4, masak laksa johor.

Tinggal saya sorang kat rumah. Mak dan kakak dah balik kampung awal bulan haritu. Dekat2 nak pukul 12 tengahari, baru pergi pasar di mini UTC, beli ikan dan segala mak nenek bahan-bahan yang takde di rumah..

Untuk kuahnya,  guna 2 ekor ikan sardin besar dan 3 ekor ikan kembung...dapat seperiuk..

kuah laksa johor...pekat, likat..
 
condiment - kacang panjang, taugeh, sambal belacan, bawang besar, timur (tak reti buat ring), limau kasturi, daun pudina
 
Alhamdulillah, nikmat sungguh. Hari pertama tu, 3 kali makan, 2x petang, 1x malam
 
Kuah yang lebih disejukbekukan. Setiap hari untuk dinner, makan laksa johor. Sampai dinner hari Isnin..5 hari berturut-turut makan laksa johor..haha..tak jemu..
 
mangkuk terakhir - dinner hari Isnin 8-11-2021
taugeh & daun pudina dah habis
 
Rasa berbaloi buat laksa johor dengan kos lebih kurang RM20.00. 

Masak sendiri lagi jimat...puas makan..

Oklah, simpan di sini resepi nya:

2 ekor ikan sardin saiz besar, 3 ekor ikan kembung
dibersihkan, direbus dan dikisar halus

bahan2 untuk dikisar halus
kunyit hidup - sebesar ibu jari
serai - tiga batang
halia - 1 inci
lengkuas - 1 inci
bawang merah - 3 ulas
bawang putih - 5 ulas
udang kering - sepeket kecil 

Lain-lain bahan
cili kering blend
kerisik - 1 bungkus kecil
santan - 1/4 kilo
5 sudu serbuk kari (saya guna serbuk kari daging)
bunga kantan
asam keping / cuka epal
minyak untuk menumis 
 
ulam-ulaman
kacang panjang, taugeh mentah, timun, bawang besar, limau kasturi, cili merah/ cili padi, daun pudina dan sambal belacan

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau yang harum.
2. Masukkan cili kering blend dan biarkan sampai masak
3. Masukkan ikan yang kisar dan masak sebentar
4. Masukkan serbuk kari dan kemudian masukkan santan
5. Kawal air supaya kuah tidak terlalu cair
6. Selepas mendidih, masuk kerisik dan bunga kantan, 
7. Nak bagi masam sikit, bubuh asam keping (saya bubuh cuka epal)
8. Perasakan garam

Makan dengan spagetti dan ulam-ulaman..bon appetit..

Tuesday, 9 November 2021

Drama China : I Will Find You A Better Home (2020)

Nihao..

Calling all those working in real estate industry, you're strongly advised to watch this awesome Chinese Mainland drama. Yang bukan dalam industri ni, boleh juga menonton. Best drama ni dan banyak pengajaran dalam bidang hartanah dan juga kehidupan.

Jumlah episod : 53
Platform : WeTV 
Co-planned by NIPPON TV,"Your Home is My Business!" produced by NIPPON TV and written by Shizuka Oishi is used as the basis material for this drama.
 
Maknanya versi original ialah drama Jepun. Kena cari juga ni..

Drama mengenai cabaran kerja sebagai ejen hartanah (estate agents), tentang kehidupan, macam-macam kisah dan tujuan orang jual-beli rumah dan sewa rumah. Someting very relatable in our life.. 

Estate agency is one of company's core businesses, so watching this drama is like menyelami pahit manis kehidupan, occupational hazard seorang estate agent. Setiap kali lalu di agency department, teringat kat drama ni...hehe..

ejen hartanah Anjia Tanjia and ex-wife bos mereka
 
Drama mengisahkan Fang Si Jin, seorang top estate agent di company Anjia Tanjia HQ di Beijing, yang diarahkan bertugas sebagai co-branch manager di Anjia Tanjia, cawangan Jingyi di Shanghai. Aktres yang sama berlakon jadi female lead dalam drama The Ideal City.

Fang SiJin

Anjia Tanjia cawangan Jingyi ni selalu je rugi. Tugas Fang Si Jin ialah untuk up sales cawangan, belajar cara-cara jual banglo lama daripada branch manager dan singkirkan branch manager (rancangan jahat bos Beijing yang juga classmate branch manager). Branch manager cawangan Jingyi ialah Xu Wen Chang.
 
Xu Wen Chang
 
Xu Wen Chang ialah seorang bos yang sempoi dan baik hati, gaya makcik-makcik, sampai dipanggil 'Auntie Xu'. Dia takdelah strict dengan dress code company yang nak setiap ejen kena pakai blazer dan seluar warna gelap. 
 
Bagi dia, asalkan dapat close sales, dia ok je. Mereka semua macam a big, happy family, relax mode. Ada 5 ejen hartanah - seorang ejen senior, 3 ejen lelaki dan seorang ejen perempuan.

Setiap pagi dimulai dengan sesi nyanyian, boss main ukelele 

Company estate agent lain siap ada sesi motivasi kat luar pejabat setiap pagi
 
agensi hartanah Red Riding Hood
 
agensi hartanah Aladdin
 
 
Bila Si Jin jadi co-manager, dia very strict dan berdisplin. Dia hati kering, cuma fokus nak close sales dan buat duit je dengan tagline 'takde rumah yang dia tak boleh jual'..sampaikan dia sailang deal ejen lain, lepas tu buat muka tak bersalah..
 
Drama ni best sebab related dengan real estate. Macam-macam ragam manusia dalam proses jual-beli rumah, sewa rumah, jenis-jenis rumah yang client cari & yang client nak jual, disamping kisah peribadi ejen-ejen Anjia Tianjia. 
 
Kisah keluarga Si Jin yang very toxic terutama mak dia...rasa Ya Allah, teruknya mak dia. Dahlah masa kecik tak suka Si Jin, tak bagi belajar, sampai Si Jin lari dari rumah. Bila dia dah kerja, suka hati je minta duit 1 juta sebab nak beli rumah untuk anak lelaki dia, kemudian suruh Si Jin bayar tiap bulan..
 
Yang menarik dalam drama ni :
 
1. Client nak cari rumah underground tapi nak ada cahaya matahari. Agensi lain cakap client tu mengarut tapi Fang Si Jin dapat cari. Dalam drama ni, mereka guna Shenkeng International House yang menempatkan Intercontinental Hotel, Shanghai Wonderland, yang dibina underground di tapak bekas kuari. 
 
Intercontinental Hotel, Shanghai Wonderland
17 floors underground, 2 floors underwater
 source: www.straitstimes.com
 
2. Nak jual rumah yang ada kes orang mati kena bunuh, depa buat marketing di hospital. Last2 doktor forensik yang beli rumah tu. Siap describe macamana orang mati dibunuh..haha..

3. Xu Cheng tolak urusan beli rumah untuk mistress kawan dia tapi Si Jin diam2 close deal.

4. Xu Cheng ajar Si Jin cara-cara jual bungalow lama yang tersenarai dalam listed building. Client tipu, diam-diam pakat dengan waris sign agreement sebab taknak bayar agent fee.

laki bini jual pau dan air soya, simpan duit nak beli rumah, 
tetiba anak lelaki suruh bubuh nama bini dia dalam title
kendian bawa mak mertua datang duduk sama, rumah dahlah kecik
terpaksa laki-bini ni tidur dalam kedai pau
 
pasangan warga emas nak jual rumah lama mereka
yang isteri nak guna duit untuk rawat sakit suami
yang si suami pula nak beli rumah lain, yang ada lif, sebab wife sakit lutut
tapi dalam geran, ada 2 nama anak saudara
anak saudara pulak tamak, nak bolot semua duit
suami meninggal, isteri donate rumah (yang bahagian dia) 
lepas tu si isteri pula meninggal, rumah takleh dijual
melepas anak saudara yang tamak tu, nak kena lawan dlm court pula
 
ok lah, banyak spoiler dah nih...silalah tonton ya..