Friday, 12 November 2021

5 hari makan Laksa Johor

Cuti hari Deepavali, teman masak laksa Johor, tetiba teringin..dah lama tak makan..

Resepi dah ada, kawan ofis bagi, lamaaa dulu. Ni kali ke-4, masak laksa johor.

Tinggal saya sorang kat rumah. Mak dan kakak dah balik kampung awal bulan haritu. Dekat2 nak pukul 12 tengahari, baru pergi pasar di mini UTC, beli ikan dan segala mak nenek bahan-bahan yang takde di rumah..

Untuk kuahnya,  guna 2 ekor ikan sardin besar dan 3 ekor ikan kembung...dapat seperiuk..

kuah laksa johor...pekat, likat..
 
condiment - kacang panjang, taugeh, sambal belacan, bawang besar, timur (tak reti buat ring), limau kasturi, daun pudina
 
Alhamdulillah, nikmat sungguh. Hari pertama tu, 3 kali makan, 2x petang, 1x malam
 
Kuah yang lebih disejukbekukan. Setiap hari untuk dinner, makan laksa johor. Sampai dinner hari Isnin..5 hari berturut-turut makan laksa johor..haha..tak jemu..
 
mangkuk terakhir - dinner hari Isnin 8-11-2021
taugeh & daun pudina dah habis
 
Rasa berbaloi buat laksa johor dengan kos lebih kurang RM20.00. 

Masak sendiri lagi jimat...puas makan..

Oklah, simpan di sini resepi nya:

2 ekor ikan sardin saiz besar, 3 ekor ikan kembung
dibersihkan, direbus dan dikisar halus

bahan2 untuk dikisar halus
kunyit hidup - sebesar ibu jari
serai - tiga batang
halia - 1 inci
lengkuas - 1 inci
bawang merah - 3 ulas
bawang putih - 5 ulas
udang kering - sepeket kecil 

Lain-lain bahan
cili kering blend
kerisik - 1 bungkus kecil
santan - 1/4 kilo
5 sudu serbuk kari (saya guna serbuk kari daging)
bunga kantan
asam keping / cuka epal
minyak untuk menumis 
 
ulam-ulaman
kacang panjang, taugeh mentah, timun, bawang besar, limau kasturi, cili merah/ cili padi, daun pudina dan sambal belacan

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau yang harum.
2. Masukkan cili kering blend dan biarkan sampai masak
3. Masukkan ikan yang kisar dan masak sebentar
4. Masukkan serbuk kari dan kemudian masukkan santan
5. Kawal air supaya kuah tidak terlalu cair
6. Selepas mendidih, masuk kerisik dan bunga kantan, 
7. Nak bagi masam sikit, bubuh asam keping (saya bubuh cuka epal)
8. Perasakan garam

Makan dengan spagetti dan ulam-ulaman..bon appetit..

41 comments:

  1. LAKSA JOHOR TERBAIK SEDAP ULANG SELALU

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jemu kak..hihi..sampai 5 hari makan yg sama..

      Delete
  2. dah 20 thn x mkn laksa johor....

    ReplyDelete
  3. wah terer lah buat laksa johor. Timun tu ada cara nak potong keliling dia. Nampak kuah dia likat dan pekat tu yang memang sodap

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut resepi, notie..follow closely..hehe...dulu pernah potong jd ring..dah terlupa..huhu..ha'ah..kuah dia pekat..

      Delete
  4. betul berbaloi klu buat sndri kan.. bole ulang byk kali ehhhe

    ReplyDelete
  5. Uncle laksa Johor ni makan dengan tangan je.... Nak nak kalau bahan lengkap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak biasa mkn dgn tangan..rasa kuah mengalir celah2 jari..

      Delete
  6. Aduh!! Pekat memikat kuah laksa johornya.. memang best dna puas bila masak sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..puas betul makan kali ni..

      Delete
  7. tak pernah makan laksa Johor.Nak resepi boleh.Hi2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah update letak resepi, selamat mencuba ya..

      Delete
  8. Hehe pernah ulang-ulang makan laksa Johor sebab lama tidak makan. Adik ipar buat masa balik sini setelah sekian lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jemu kan makan laksa johor..berulang kali pun ok..

      Delete
  9. nampak sedap. lagi berbaloi dari beli di kedai

    ReplyDelete
  10. Tudiaaa kak..ulang ulang sampai 5 hari tanpa jemu. Laksa Johor memang sedap kuah pekat gitu. Buat sendiri ikut selera sendiri lagi sedap, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..nikmat sungguh makan sampai 5 hari...masak ikut citarasa sendiri, lg berbaloi.

      Delete
  11. wahh sedapp tu dan puas mkan ulang ulang2 ni.
    tak penah buat tp nk teringin mkn beli kat setiawangsa ada kedaii. sedapp. situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. puas makan..hehe..ooo..ada jual laksa sedap di Setiawangsa..tq..

      Delete
  12. laksa johor pekat memikat tu sedap mak.. 😅

    ReplyDelete
  13. Waaah…nampak sedap Nohas buat tu. Rajin!
    Aritu dapatlah makan masa balik Johor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetiba rajin sbb teringin..haha..
      sedap tu..authentic laks johor di negeri Johor..

      Delete
  14. Pandainya masak, kuah pekat mesti sedap, suka laksa johor, tkasih kongsi resepi sini, senang, teringin pula nak makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takle brp pandai, ikut resepi..sama2, sila cuba..hehe..

      Delete
  15. Setuju tu kalau masak sendiri memang puashati bila menjadi lagi satu puas makan tu yang paling seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, berbaloi masak sendiri..puas makan..hehe..

      Delete
  16. sedapnyaaa laksa johor.. puas hati makan kalau homemade kan?

    ReplyDelete
  17. Tak pandai bt kuah laksa. Haha .. nmpk sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk ikut bulat2 resipi yg kwn bagi..Alhamdulillah, mnjadi..

      Delete
  18. Sedapnya.. Lama dah tak makan Semenjak takde org sponsor. Dulu ada bos ofis lama rajin beli utk makan ramai2 kat ofis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..kena beli sendiri lah nampaknya..huhu..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!