Wednesday, 16 February 2022

Akha Thai Tea & Coffee

Sawadikap..

Mengopi di Akha Thai & Coffee di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya..

 Tertarik tengok logo outlet ni, logo wanita kaum Akha yang comel..


Pertama kali tahu kaum Akha ni masa travel ke Chiang Mai, Thailand dan pernah mengopi di Akha Ama cafe di Chiang Mai. Boleh riki-riki entry Chiang Mai : The Old City and Halal Street

Kaum Akha ialah kaum pribumi yang tinggal di kawasan-kawasan bukit di sempadan Thailand/Burma..pekerjaan utama mereka ialah bercucuk-tanam termasuklah pokok kopi

pakaian tradisi kaum wanita Akha

 

Tak sangka ada outlet kopi Akha di sini. Pengasasnya ialah....

Pekin Ibrahim dan Mona Allen
Pekin Ibrahim ni pelakon rasanya

banyak pilihan teh dan kopi
 
Order yang original Akha Thai coffee
 
suka container akha ni...kawaii..
ada juga warna hitam, tapi tiada di outlet ni
kalau ada, nak beli, cantik...

oklah rasanya, semua sama kot..haha..kopi susu..

busy sikit minggu ni, tak sompek nak blogwalking...
khob khun ka

Saturday, 12 February 2022

Drama China : Reset (2022)

Nihao!

Sementara tunggu episod terbaru drama City of Streamer, kita layan drama Reset. Dua drama yang best dari Mainland China.

Drama ni 15 episod je, tengok di youtube.

Tertarik nak tengok drama ni sebab ramai yang cakap best. Dapat 1 billion view. Genre time loop. First time tengok genre ni. Best juga. Drama mengisahkan hero dan heroine yang mengalami beberapa siri time loop semasa menaiki bas. 

Heroin, seorang pelajar university bernama Li Shiqing (lakonan Zhoa Jinmai) menaiki bas no. 45 untuk ke bandar. Hero, seorang game architect bernama Xiao Heyun (lakonan Bai Jingting) juga menaiki bas yang sama sebab ada mesyuarat di bandar.

Heroine duduk sebelah hero, dua-dua tertidur.

Dalam episod 1, kita dapat tahu yang heroine beberapa kali mengalami time loop bila dia bercerita dengan pegawai polis. Dia dapat tahu bas akan kemalangan dengan lori minyak dan meletup. Tapi setiap kali bas meletup, heroine akan terjaga di tempat yang sama di dalam bas dan masa pada haritu berulang balik. Inilah dinamakan reset. Kembali semula ke titik mula.

Heroine beberapa kali cuba convince pemandu bas untuk berhenti di pertengahan jalan tapi tak berjaya, hinggalah dia buat scene yang hero tersentuh dia dan dia nak buat report polis. Dia berjaya paksa hero keluar dari bas dan tetiba hero termasuk dalam time loop juga.

Bila hero dah masuk dalam time loop, mereka berdua cari jalan untuk halang bas daripada kemalangan dengan lori minyak. Bila berjaya, ingatkan dah habis, tetiba time loop berlaku lagi. Dalam time loop kali ni, mereka dapati akan ada letupan dalam bas di atas jambatan.


Mereka menyiasat penumpang mana yang bawa bom dalam beg mereka. Setiap kali time loop berlaku, mereka kumpul maklumat. Beberapa kali mereka kena soal siasat dengan polis. Ada backstory penumpang-penumpang yang ada dalam bas. Kenapa mereka naik bas tu..

Menarik plot drama ni. Tak boring. Pace pun ok, tak slow. 

Sangat recommended!

Friday, 11 February 2022

Bakso Beranak @ Warung Sidomulyo

Cuti hari Khamis minggu lepas, cadang nak jumpa kawan di Kampung Sungai Mulia, Gombak.

Cari lokasi di Google map. Biasalah kan, bila scroll map tu, akan muncul disana sini icon sudu & garpu (lambang tempat makan). Kita pun riki-riki lah tempat makan kat kampung tu..ternampak kedai makan Sidomulyo ni..

Baca review ada jual bakso, mi ayam, ayam penyet..makanan dari seberang..

Tak jadi jumpa kawan sebab dia kerja, jom singgah kedai makan Sidomulyo..sudi mampir...

Kedai makan Sidomulyo

Tricky juga nak mencari kedai makan ni. Maklumlah, jalan dalam kampung, lorong-lorong kecik je, seriau juga kalau berselisih dengan kenderaan lain..

Macam-macam bakso ada - bakso mercun, valcano, beranak
ok, nak try bakso beranak

Jom kita masuk duduk. Kedai makan depan rumah.  Ada dua pilihan. Nak duduk di meja atau lesehan (makan bersila)..pilih makan dimeja aja..

tempat lesehan
 
Yang dipesan sudah tiba
 
sebiji bakso beranak. Yang senyum tu bekas air minuman
 
menunggu masa

dah beranak. ada tiga empat biji telur puyuh dan juga tauhu
 
ada mee juga, macam mee segera
 
the verdict: enak juga dong baksonya..cuma sup dia banyak bahan perasa..
kalau supnya macam sup utara, perghh..lagi mantop..
 
harga : bakso - RM12.00
 
Bolehlah..recommended !