Saturday 12 February 2022

Drama China : Reset (2022)

Nihao!

Sementara tunggu episod terbaru drama City of Streamer, kita layan drama Reset. Dua drama yang best dari Mainland China.

Drama ni 15 episod je, tengok di youtube.

Tertarik nak tengok drama ni sebab ramai yang cakap best. Dapat 1 billion view. Genre time loop. First time tengok genre ni. Best juga. Drama mengisahkan hero dan heroine yang mengalami beberapa siri time loop semasa menaiki bas. 

Heroin, seorang pelajar university bernama Li Shiqing (lakonan Zhoa Jinmai) menaiki bas no. 45 untuk ke bandar. Hero, seorang game architect bernama Xiao Heyun (lakonan Bai Jingting) juga menaiki bas yang sama sebab ada mesyuarat di bandar.

Heroine duduk sebelah hero, dua-dua tertidur.

Dalam episod 1, kita dapat tahu yang heroine beberapa kali mengalami time loop bila dia bercerita dengan pegawai polis. Dia dapat tahu bas akan kemalangan dengan lori minyak dan meletup. Tapi setiap kali bas meletup, heroine akan terjaga di tempat yang sama di dalam bas dan masa pada haritu berulang balik. Inilah dinamakan reset. Kembali semula ke titik mula.

Heroine beberapa kali cuba convince pemandu bas untuk berhenti di pertengahan jalan tapi tak berjaya, hinggalah dia buat scene yang hero tersentuh dia dan dia nak buat report polis. Dia berjaya paksa hero keluar dari bas dan tetiba hero termasuk dalam time loop juga.

Bila hero dah masuk dalam time loop, mereka berdua cari jalan untuk halang bas daripada kemalangan dengan lori minyak. Bila berjaya, ingatkan dah habis, tetiba time loop berlaku lagi. Dalam time loop kali ni, mereka dapati akan ada letupan dalam bas di atas jambatan.


Mereka menyiasat penumpang mana yang bawa bom dalam beg mereka. Setiap kali time loop berlaku, mereka kumpul maklumat. Beberapa kali mereka kena soal siasat dengan polis. Ada backstory penumpang-penumpang yang ada dalam bas. Kenapa mereka naik bas tu..

Menarik plot drama ni. Tak boring. Pace pun ok, tak slow. 

Sangat recommended!

16 comments:

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!