Thursday, 24 February 2022

10 Masakan Khas Sarawak yang Unik

Salam mesra..

Haritu ada site inspection di Gleneagles Hospital Ampang. Sementara tunggu person incharge, belek-belek majalah Business Today yang ada di coffee table di lounge..wahh, ada artikel menarik tentang masakan khas Sarawak.

Tetiba dapat message dari Mysejahtera, status dah bertukar ke 'Casual Contact No Symptom'...ngeh, ngeh...haha.. redho jelah..

the article
 
Jom tengok masakan khas Sarawak yang tersenarai dalam artikel ni - yang unik dan yang harus dicoba (bagi yang halal).. 

1. Nasi Aruk
 
Nasi goreng yang digoreng tanpa minyak (diaruk). Nasi disangrai dalam dry-wok dengan bawang dan ikan bilis hingga terbit bau 'smokey'.

2. Nasi Goreng Dabai
 
Nasi goreng yang menggunakan buah dabai sebagai bahan utama. Buah dabai hanya boleh didapai di negeri Sarawak.
 
buah dabai
 
 
3. Bunga durian
 
Masakan sayur bunga durian menjadi kegemaran orang Sarawak, selalunya dimasak kari atau goreng belacan.
 

 kredit foto: http://www.malaysiavegetarianfood.com/tag/edible-flowers/

 
Boleh intai di sini untuk resepi sayur bunga durian.
 
 
4. Sup Terung Dayak
 
Terung Dayak @ Terung Asam
 
Terung Dayak juga dikenali dengan nama Terung Asam. Rasa asamnya sangat sesuai dimakan bersama makanan laut bagi menghilangkan aroma 'fishy'.
 
 
5. Bihun belacan
 
sumber: kompilasiresepi.blogspot.com
 
 
Bihun belacan mungkin bukan kegemaran anda disebabkan kuah belacan yang pekat.
 
 
6. Mee Tomato Rangup (Crispy)
 
 

Mi kolok digoreng 'deep-fry' kemudian disiram dengan kuah tomato yang pekat.
  
 
7. Umai
 
Umai ialah makanan yang diperkenalkan oleh nelayan kaum Melanau sebagai makanan yang mudah disediakan semasa aktiviti menangkap ikan. 


Bahan utama ialah isi ikan mentah, udang atau sotong dan diperah air limau, dicampur dengan cili, bawang, bawang putih dan garam. Sedap dimakan bersama nasi panas.
 
 
8. Ayam Pansuh
 

Ayam pansuh ialah makanan kaum Dayak yang popular. Ayam diperap dengan serai, tepus (halia liar) dan daun ubi kayu, kemudian dimasukkan ke dalam buluh dan dibakar, sama seperti lemang.
 
 
9. Tebaloi
 
Cenderahati yang femes dari Sarawak. Snek khas dari kaum Melanau, diperbuat daripada sagu, kelapa parut dan gula.
 
  
10. Kacang Ma (Motherwoot Chicken) 

Kacang Ma ialah makanan Cina Hakka yang pada mulanya untuk ibu berpantang.


Bahan utama ialah ayam dan herba Motherwort (juga dikenali Ka Chian Ma), minyak bijan, halia dan arak beras atau chinese cooking wain. Makanan ni punyai rasa arak yang kuat. Sekarang dinikmati oleh lelaki dan juga wanita.

-------------------------------

Diantara makanan diatas, yang mana pernah dimakan? Saya cuma dua je - nasi aruk dan tebaloi. Nasi aruk dimakan dengan ikan terubuk masin...walawei, sedap  giler..


Laksa Sarawak takde dalam list. Itu pun unik juga kan. 
 
Sekarang ni takyah ke Sarawak pun boleh nikmati masakan dari Sarawak tapi tak sama kan, tak berapa authentic, suasana dan angin berbeza...haha..

Wednesday, 23 February 2022

Rasa Warisan Temurun

Lai, lai, lai...rapat, rapat..

Port makan sedap di mini UTC Sentul..

Setiap kali pergi, mesti ramai orang beratuq depan gerai ni..

gerai Rasa Warisan Temurun namanya..

Gerai jual mee rebus, soto, rojak

harga yang reasonable
 ada yang letak popia basah..
yang disana bahan-bahan untuk rojak
 
sabar menanti
 
Ada dua menu yang sedap - mee rebus dan rojak, yang selalu dibeli
soto biasa-biasa je
 
mee rebus - enak dong


rojak yang mabeles -harga RM4.00
kuahnya yang sedap


Sila mampir kalau ke mini UTC Sentul

Monday, 21 February 2022

Shopping Complex Mesra Autism

Salam semua, kembali bersiaran..

Kali ni kita cerita tentang Sunway Putra Mall (SPM). Bukan cerita tentang shopping atau makan-makan tapi tentang kempen kesedaran mengenai autism.


#AutismAwareness #SunwayPutraMall

SPM ialah kompleks perniagaan yang mesra autism. Pertama di Malaysia.

 

Apakah autism?

Autism, also called (ASD), is a complicated condition that includes problems with communication and behavior. It can involve a wide range of symptoms and skills. ASD can be a minor problem or a disability that needs full-time care in a special facility.

People with autism have trouble with communication. They have trouble understanding what other people think and feel. This makes it hard for them to express themselves, either with words or through gestures, facial expressions, and touch.

People with autism might have problems with learning. Their skills might develop unevenly. For example, they could have trouble communicating but be unusually good at art, music, math, or memory (source: WebMD)

Tak pernah ada pengalaman bersama atau berjumpa dengan mereka yang ada 'autism'. Tapi pernah tengok youtube seorang artis yang ada anak kembar autism...dapatlah sedikit maklumat/pengetahuan mengenai autism..

Pernah juga menonton drama Korea yang tajuknya 'Good Doctor' Kisah seorang doktor genius yang ada autism. Walaupun genius, tetap disisih dan dipandang serong oleh masyarakat disebabkan austism..

Bagus sekali SPM buat kempen ni dengan tema Autsome IS AWESOME - Educate, Advocate, Celebrate..

Bagaimana mengenali mereka yang ada autism..

  • Lack of awareness of danger
  • Inappropriate response or no response to sound
  • Apparent insensitivity to pain
  • Spins object or self
  • Inappropriate laughing or giggling
  • Hyperactivity 

Do and Don'ts jika terserempak dengan mereka yang ada autism..

Kita tengok Don'ts...jangan lakukan..

 

 
  • Jangan menjerit dekat mereka 
  • Jangan anggap anak autism ni jahat atau nakal
  • Jangan tengok, tenung dengan rasa ganjil kepada ibubapa dan anak yang ada autism
  • Jangan judge perbuatan mereka

 

Sebaliknya lakukan perkara berikut:

 

  • Kenali karakter mereka yang ada autismTanya sekiranya mereka perlukan bantuan
  • Tanggalkan objek/halangan yang mungkin memberi kemudaratan
  • Bertenang dan beri sokongan mengikut kemampuan anda
  • Lahirkan rasa simpati / keperihatinan
  • Hubungi hotline untuk meminta bantuan
 

Inisiatif yang disediakan oleh SPM untuk autism..

Autism-friendly Shopping Day

Pada hari Selasa (pukul 10 pagi hingga 5 petang)


Kemudahan yang disediakan:

  • Reserved parking
  • Dimmed lights
  • Assistance


Kemudahan yang disediakan sepanjang masa:

Calm Room dan Sensory Walls

 

Meh kita tengok macamana rupa dan bentuk dua fasiliti ni..

 

Calm Room

Calm Room ada dua - di tingkat Lower Ground (LG) dan tingkat 3

laluan ke Calm Room di LG
 
Calm Room


Sensory Walls

Ada di tingkat 2 dan 3..

  


dinding yang dilekat dengan pelbagai warna dan bentuk 3D

 
Apa fungsi Sensory Walls ni?


Benda-benda yang dilekat di Sensory Wall ni diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula (recycle).

 

Bagus sekali usaha SPM dan pelbagai pihak untuk meningkat kesedaran mengenai autism..mereka juga insan biasa..

#AutismAwareness