Thursday 24 February 2022

10 Masakan Khas Sarawak yang Unik

Salam mesra..

Haritu ada site inspection di Gleneagles Hospital Ampang. Sementara tunggu person incharge, belek-belek majalah Business Today yang ada di coffee table di lounge..wahh, ada artikel menarik tentang masakan khas Sarawak.

Tetiba dapat message dari Mysejahtera, status dah bertukar ke 'Casual Contact No Symptom'...ngeh, ngeh...haha.. redho jelah..

the article
 
Jom tengok masakan khas Sarawak yang tersenarai dalam artikel ni - yang unik dan yang harus dicoba (bagi yang halal).. 

1. Nasi Aruk
 
Nasi goreng yang digoreng tanpa minyak (diaruk). Nasi disangrai dalam dry-wok dengan bawang dan ikan bilis hingga terbit bau 'smokey'.

2. Nasi Goreng Dabai
 
Nasi goreng yang menggunakan buah dabai sebagai bahan utama. Buah dabai hanya boleh didapai di negeri Sarawak.
 
buah dabai
 
 
3. Bunga durian
 
Masakan sayur bunga durian menjadi kegemaran orang Sarawak, selalunya dimasak kari atau goreng belacan.
 

 kredit foto: http://www.malaysiavegetarianfood.com/tag/edible-flowers/

 
Boleh intai di sini untuk resepi sayur bunga durian.
 
 
4. Sup Terung Dayak
 
Terung Dayak @ Terung Asam
 
Terung Dayak juga dikenali dengan nama Terung Asam. Rasa asamnya sangat sesuai dimakan bersama makanan laut bagi menghilangkan aroma 'fishy'.
 
 
5. Bihun belacan
 
sumber: kompilasiresepi.blogspot.com
 
 
Bihun belacan mungkin bukan kegemaran anda disebabkan kuah belacan yang pekat.
 
 
6. Mee Tomato Rangup (Crispy)
 
 

Mi kolok digoreng 'deep-fry' kemudian disiram dengan kuah tomato yang pekat.
  
 
7. Umai
 
Umai ialah makanan yang diperkenalkan oleh nelayan kaum Melanau sebagai makanan yang mudah disediakan semasa aktiviti menangkap ikan. 


Bahan utama ialah isi ikan mentah, udang atau sotong dan diperah air limau, dicampur dengan cili, bawang, bawang putih dan garam. Sedap dimakan bersama nasi panas.
 
 
8. Ayam Pansuh
 

Ayam pansuh ialah makanan kaum Dayak yang popular. Ayam diperap dengan serai, tepus (halia liar) dan daun ubi kayu, kemudian dimasukkan ke dalam buluh dan dibakar, sama seperti lemang.
 
 
9. Tebaloi
 
Cenderahati yang femes dari Sarawak. Snek khas dari kaum Melanau, diperbuat daripada sagu, kelapa parut dan gula.
 
  
10. Kacang Ma (Motherwoot Chicken) 

Kacang Ma ialah makanan Cina Hakka yang pada mulanya untuk ibu berpantang.


Bahan utama ialah ayam dan herba Motherwort (juga dikenali Ka Chian Ma), minyak bijan, halia dan arak beras atau chinese cooking wain. Makanan ni punyai rasa arak yang kuat. Sekarang dinikmati oleh lelaki dan juga wanita.

-------------------------------

Diantara makanan diatas, yang mana pernah dimakan? Saya cuma dua je - nasi aruk dan tebaloi. Nasi aruk dimakan dengan ikan terubuk masin...walawei, sedap  giler..


Laksa Sarawak takde dalam list. Itu pun unik juga kan. 
 
Sekarang ni takyah ke Sarawak pun boleh nikmati masakan dari Sarawak tapi tak sama kan, tak berapa authentic, suasana dan angin berbeza...haha..

38 comments:

  1. Ada beberapa makanan yang saya tahu kerana akal ipar saya orang Sarawak. :)

    ReplyDelete
  2. Unik dan menarik masakan Sarawak.
    Buah dabai tu selain di Sarawak, ada juga pokoknya di Sabah. Saya sempat beli 1 kg di Ranau dua minggu lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maknanya ada dijual di seluruh Borneo..belum pernah makan buah dabai..

      Delete
  3. Ayam pansuh tu pernah makan kat Sarawak. Buah dabai sampai sekarang tak dapat nak rasa.

    ReplyDelete
  4. Pernah makan tebaloi dan ayam pansuh. Istimewa ayam pansuh tu sebab dapat makan semasa ke rumah adik di Sarawak, kawan2nya orang sana datang masak untuk kami merasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh..bestnya, authentic, dimasak oleh org Sarawak sendiri..

      Delete
  5. Suami saya pun dah beberapa hari dapat notification Casual Contact No Symptom tu. Redho je lah sebab ke sana kemari ada urusan.

    Dalam banyak banyak menu yang pernah dengar ayam pansuh tu je lah. Unik cara masakan dia dalam buluh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..tak dapat nak elak, terkena tempat panas..

      teringin nak makan ayam pansuh, selalu mkn lemang je..

      Delete
  6. Bihun belacan itu sekali pindang macam asam laksa pula.
    Semua disenaraikan belum pernah cuba. Mi kolok pernah makan tapi tiada pula dalam senarai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih kaler coklat mcm asam laksa...ha'ah mi kolok & laksa sarawak takde dlm senarai..tak brp unik kot..

      Delete
  7. makanan unik n lazat semua tu

    ReplyDelete
  8. casual contact still boleh ke sana kesini..cuma kena hari2 update my sejahtera status kesihatan kita...
    Jaga diri kak. Kat ofis teman dah 2 orang positif..jangkit dari isteri(ofis isteri depa ramai yg positif).

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10 hari kena update...kt ofis, tahun lepas 5 org positive, tahun ni baru sorang...kdg2 tak tau jangkit dari mana..kena jaga SOP..

      Delete
  9. sedap juga makan laksa sarawak. yg lain pun sedap belaka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. laksa sarawak mmg sedap..kegemaran ramai..

      Delete
  10. Sedih betul, satu pun tak pernah rasa lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih boleh cuba, dah ada di semenanjung..

      Delete
  11. tak pernah lagi ke sarawak. makanan sarawak pun belum try..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba di sini, restoran Dapur Sarawak yg paling dekat..

      Delete
  12. Banyak juga yang uncle tak tau rupanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak masakan negeri2 lain yg kita tak tahu..especially Malaysia Timur..

      Delete
  13. tebaloi tu sedap!! kadang tu teringin sangat nak makan mee kolok.. sedapnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..sedap, tak boleh nak stop...mee kolok pun sedap..

      Delete
  14. semua pun tak pernah makan kak. nampak la memang betul unik. hehe. teringin nak try Tebaloi dan Mi kolok crispy tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg boleh dicari di semenanjung..tebaloi tu sedap..

      Delete
  15. macam2 ek. i takat laksa dia pernah lah. sekali dua. tu pun 12 years ago kot. lama sungguh. nnt nak tgk kat youtube. mana tau boleh mencuba masak kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. laksa sarawak femes jg kt sini...lama tu 12 thn yg lepas...ada jual perencah laksa sarawak..boleh dicuba masak..

      Delete
  16. Tudiaaa.. memang unik. Cheq tak pernah merasa satu pun lagi. Teringin nak cuba umai dan ayam pansuh tu 🤩🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, boleh cari kt semenanjung, ada resto masakan Sarawak..

      Delete
  17. salam kenal. saya orang sarawak pun tak khatam lagi semua makanan tu hehehe. Tapi faveret saya nasi aruk, nasi goreng dabai, umai dgn sup terung dayak. kalau terung dayak tu, kami suka campur sardin smiling fish (ada kat Sarawak je) pastu bagi kuah banyak. Sedapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali...banyak masakan unik Sarawak..tetiba teringin nak rasa sup terung dayak..kena gi sana nampaknya..

      Delete
  18. mama tak penah makan semua tu la

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg dijual di semenanjung..boleh dicuba..

      Delete
  19. Sha tak pernah mencuba lagi makanan-makanan dari Sarawak.. nampak menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada restoran jual makanan Sarawak di sini tapi limited menunya..boleh dicuba..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!