Hari Rabu lepas, ada urusan di Taman Melawati, so kita hunting kuliner di sini..kali ni mencoba masakan Cina Muslim di restoran Kungfu Ramen..
Sunday, 27 February 2022
Restoran Mee Tarik Kungfu Ramen
Restoran Kungfu Ramen di Jalan Bandar 2
Jom tengok menunya..
Menunya..lebih kurang sama dengan restoran cina muslim yang lain
Order braised beef noodles dan dry dumplings
Harga : RM11.50
Recommended, enak masakannya..portion pun besar..
Thursday, 24 February 2022
10 Masakan Khas Sarawak yang Unik
Salam mesra..
Haritu ada site inspection di Gleneagles Hospital Ampang. Sementara tunggu person incharge, belek-belek majalah Business Today yang ada di coffee table di lounge..wahh, ada artikel menarik tentang masakan khas Sarawak.
Tetiba dapat message dari Mysejahtera, status dah bertukar ke 'Casual Contact No Symptom'...ngeh, ngeh...haha.. redho jelah..
the article
Jom tengok masakan khas Sarawak yang tersenarai dalam artikel ni - yang unik dan yang harus dicoba (bagi yang halal)..
1. Nasi Aruk
Nasi goreng yang digoreng tanpa minyak (diaruk). Nasi disangrai dalam dry-wok dengan bawang dan ikan bilis hingga terbit bau 'smokey'.
2. Nasi Goreng Dabai
Nasi goreng yang menggunakan buah dabai sebagai bahan utama. Buah dabai hanya boleh didapai di negeri Sarawak.
3. Bunga durian
Masakan sayur bunga durian menjadi kegemaran orang Sarawak, selalunya dimasak kari atau goreng belacan.
kredit foto: http://www.malaysiavegetarianfood.com/tag/edible-flowers/
Boleh intai di sini untuk resepi sayur bunga durian.
4. Sup Terung Dayak
Terung Dayak juga dikenali dengan nama Terung Asam. Rasa asamnya sangat sesuai dimakan bersama makanan laut bagi menghilangkan aroma 'fishy'.
5. Bihun belacan
Bihun belacan mungkin bukan kegemaran anda disebabkan kuah belacan yang pekat.
6. Mee Tomato Rangup (Crispy)
Mi kolok digoreng 'deep-fry' kemudian disiram dengan kuah tomato yang pekat.
7. Umai
Umai ialah makanan yang diperkenalkan oleh nelayan kaum Melanau sebagai makanan yang mudah disediakan semasa aktiviti menangkap ikan.
Bahan utama ialah isi ikan mentah, udang atau sotong dan diperah air limau, dicampur dengan cili, bawang, bawang putih dan garam. Sedap dimakan bersama nasi panas.
8. Ayam Pansuh
Ayam pansuh ialah makanan kaum Dayak yang popular. Ayam diperap dengan serai, tepus (halia liar) dan daun ubi kayu, kemudian dimasukkan ke dalam buluh dan dibakar, sama seperti lemang.
9. Tebaloi
Cenderahati yang femes dari Sarawak. Snek khas dari kaum Melanau, diperbuat daripada sagu, kelapa parut dan gula.
10. Kacang Ma (Motherwoot Chicken)
Kacang Ma ialah makanan Cina Hakka yang pada mulanya untuk ibu berpantang.
Bahan utama ialah ayam dan herba Motherwort (juga dikenali Ka Chian Ma), minyak bijan, halia dan arak beras atau chinese cooking wain. Makanan ni punyai rasa arak yang kuat. Sekarang dinikmati oleh lelaki dan juga wanita.
-------------------------------
Diantara makanan diatas, yang mana pernah dimakan? Saya cuma dua je - nasi aruk dan tebaloi. Nasi aruk dimakan dengan ikan terubuk masin...walawei, sedap giler..
Sekarang ni takyah ke Sarawak pun boleh nikmati masakan dari Sarawak tapi tak sama kan, tak berapa authentic, suasana dan angin berbeza...haha..
Wednesday, 23 February 2022
Rasa Warisan Temurun
Lai, lai, lai...rapat, rapat..
Port makan sedap di mini UTC Sentul..
Setiap kali pergi, mesti ramai orang beratuq depan gerai ni..
gerai Rasa Warisan Temurun namanya..
Gerai jual mee rebus, soto, rojak
harga yang reasonable
ada yang letak popia basah..
yang disana bahan-bahan untuk rojak
Ada dua menu yang sedap - mee rebus dan rojak, yang selalu dibeli
soto biasa-biasa je
mee rebus - enak dong
rojak yang mabeles -harga RM4.00
kuahnya yang sedap
Sila mampir kalau ke mini UTC Sentul
Subscribe to:
Posts (Atom)