Wednesday, 9 March 2022

Drama makan-makan Jepun di Netflix

Konichiwa! 

Ada siapa layan drama Jepun ala-ala drama Korea 'Let's Eat' di netflix? 

Drama yang fokus kepada 'hunting kuliner', ada juga diselit genre slice of life, workplace, relationship, keluarga. Plot cerita fiksyen, tapi tempat makan is 'real'..real restaurant..

Pelakon utama dalam drama ni sangatlah 'meh'..tapi foods nya awesome..jom tengok lima yang best.

 1. The Road to Red Restaurant Lists (2020)

Jumlah episod : 12

Mengisahkan Suda, seorang eksekutif yang setiap hujung minggu akan tinggal sendirian walaupun sudah berkahwin dan ada seorang anak perempuan. Isteri dan anak dia peminat tegar kumpulan idol 'Tear Drops'. Mereka berdua akan pergi ke setiap konsert kumpulan tu dan tinggalkan Suda seorang diri dirumah.

Suda pula cipta aktiviti sendiri. Dia akan pergi mengembara seorang diri dengan menaiki kereta. Dia akan keluar pada Jumaat malam dan balik ke rumah sebelum isteri & anak dia balik. Dia akan bercamping dalam kereta.

Suda mengembara dengan Honda Freed
 

Setiap kali keluar mengembara, Suda mengelak untuk makan di restoran yang femes dan viral. Dia akan cari restoran off mainstream, hidden gems, yang hampir pupus sebab tiada generasi penerus. Semua restoran ni jual makanan yang sedap. Endangered foods, forever..

Mengikut penerbitnya, kriteria restoran yang terpilih dalam drama ni ialah:

  • Elderly owner(s)
  • “Worn out” or aging premises
  • No firm prospects for someone to take over
  • And, most importantly, serves great food

Semasa keluar outing, dia bertemu dengan seorang yang sama minat dengannya tapi lagi kental, yang sanggup berhabis duit untuk modify kereta. Lelaki ni dalam perjalanan nak pujuk isteri dia sebab isteri dia balik kampung. Merajuk sebab tak setuju dia habiskan duit modify kereta...hehe..

pengembara tegar yang habis duit berjuta untuk modify kereta

 

2. The Way of the Hot & Spicy (2021)

Jumlah episod :  12

 

Senak perut tengok drama makan2 ni..ultra pedas..

Drama mengenai seorang eksekutif jualan dari Osaka, Kenta Sarukawa, yang berpindah ke Tokyo. Syarikat dia menjual pelbagai jenis minuman botol dan yang paling popular ialah minuman sukan (sports drink).  

Bos dan rakan sekerja dia di Tokyo semuanya penggemar makanan pedas..bukan pedas biasa-biasa..ultra pedas..Bos dia siap tanam pokok cili habanero, cili yang paling pedas dalam dunia.

 

Kenta yang pada mulanya tak makan pedas, dah terikut dengan tabiat rakan sekerja dia. Drama ni ada diselit juga pahit manis jadi eksekutif jualan serta cabaran dan dugaan dalam bidang pemasaran.


3.  Kantaro : The Sweet Tooth Salaryman (2017)

Jumlah episod : 12

  

Drama mengisahkan Kantaro, seorang IT engineer yang sanggup tukar kerjaya jadi eksekutif jualan/pemasaran untuk syarikat penerbitan sebab nak 'hunting dessert (manisan)'.

Mak Kantaro bekerja sebagai doktor gigi. Kantaro dari kecik memang dilarang keras untuk makan makanan manis. Bila dah besar dan bekerja, dia jadi craving dessert yang popular lagi sedap. 
 
Kerja sebagai eksekutif jualan selalu je keluar pejabat. Setiap kali nak keluar, dia akan riki-riki tempat menarik untuk makan manisan. Lepas habis tugasan, dia akan pergi ke outlet tersebut dan kemudian update dalam blog....haha..macam biasa buat je..
 
Drooling tengok dessert yang dia makan, semuanya jenis premium...chocolate eclair, peach parfait, caramel pudding.. 
 
 
Cara Kantaro describe dessert, bisa bikin penasaran..



4. Izakaya Bottakuri (2018)

 Jumlah episod : 11

 

Yang ni bukan drama 'hunting kuliner' tapi kisah makan-makan dalam cafe tradisional Jepun. Drama berkisar dalam Izakaya Bottakuri yang diwarisi oleh dua orang beradik, Mine dan adik dia, Kaoru. Mine yang chef utama.
 
Walaupun nama tempat makan ni macam scary sikit, 'Izakaya Bottakuri' maknanya 'cafe yang mencekik pelanggan'..mencekik dari segi harganya...tapi ramai pelanggan tetap. Kebanyakan jadi pelanggan sejak izakaya ni dikelola oleh ibu bapa Mine dan Kaoru.

pelanggan tengah malam
tak jadi nak tutup kedai kalau pelanggan cenggini ..haha..

Selain kisah makan-makan, diselit juga kisah kehidupan dan masalah pelanggan tetap yang selalu bertandang.


5. Samurai Gourmet (2017)

 Jumlah episod : 12


Kisah hunting kuliner orang pencen. Kasumi yang dah pencen, mula meneroka kawasan tempat tinggal dia dengan berjalan kaki dan jumpa pelbagai restoran menarik. Episod yang kelakar masa Kasumi jadi 'extra' untuk satu drama, dah petang baru dapat makan, dapatlah makan free dekat set penggambaran...
 
Makanan yang familiar - Oden
 
Kasumi dan wife keluar makan oden di restoran. Cara depa makan oden berbeza dengan kita. Kita makan style berkuah, depa makan isi saja. Tak makan semua sekaligus. Lepas habis makan satu jenis, baru minta yang lain pula. Ada telur rebus juga.
 
----------------------------------------
 
Selain 5 drama diatas, ada juga drama makan-makan Jepun yang lain di Netflix. Tapi teman malas nak tengok. Antaranya drama The Curry Songs dan What Do You Eat Yesterday.
 
The Curry Songs tu adalah tengok sikit. Entah, sakit hati je tengok hero yang asyik nak makan free, kemudian pau orang lain sebab nak makan kari. Lepas tu dia pulak yang over, perangai pelik. Drama What Do You Eat Yesterday, ialah cerita 'gay couple'..pasangan pelangi..baca sinopsis je..tak teringin nak tengok..haha..
 
Menarik drama makan-makan ni...kuliner Nippon..

Tuesday, 8 March 2022

Nasi Kalut Jitra Mai

Hari Ahad lepas, revisit Gleneagles Hospital Ampang. Kali ni ambik gambar luar, panorama view dari Jalan Ampang. Kerja dah siap, jom kita 'hunting kuliner' pula.

Banyak pilihan di sini. Berjalan menuju ke Great Eastern Mall, nampak ramai orang sedang makan di bawah khemah...apakah ini semua? Jom kita singgah..

ooo..outlet Nasi Kalut Jitra Mai cawangan Ampang... 

makan di bawah khemah
 
khemah lagi..yang depan jual otak-otak 
otak-otak boss namanya
 
OKlah, makan di sini lah, curious juga nak tahu apa dia nasi kalut tu. Jom beratuq.

order di sini..belah kanan jual rojak/pasembor, belah kiri nasi kalut
ooo..ada cendol juga..

kita order nasi, lapaq ni..

dari jauh dah nampak ayam goreng
 
ayam goreng
 
lauk pauk yang lain - ada sotong, daging, yang lain tu nampak kuah je
 
 ayam goreng dia special kot, siap ada jual rempah ayam goreng
 
boleh beli, buat kat rumah
 
oklah, kita order set biasa, lauk ayam goreng, harga RM12.00
 
air minuman, standard RM2.00 gelas besaq, self service
 
sebungkus nasi kalut & air sirap limau
air sirap macam invisible..hehe..
 
dengan lafaz Bismillah, jom kita mamam..
 
macam nasi kandaq, kuah banjir, ada cili hijau, bendi
kalau ada sayur kobis, lagi best
 ayam goreng - kulitnya keras, dalamnya lembut
oklah rasanya, ayam dia saiz besaq
 
konsep layan diri, lepas makan, bungkus balik, buang dalam tong sampah yang disediakan
 
sinki cuci tangan & tong sampah di sinun
 
kawasan ni luas, parking pun super banyak
 
di sana tu tempat makan juga namanya Mainroad
buka petang - malam
 
 
 Alhamdulillah, dah makan, nak pi riki-riki Great Eastern Mall pula
tak pernah lagi jejak kaki di mall ni.

Sebelum balik, kita tapau rojak/pasemboq pula..nak merasa..

harga RM5.00
 
lalu depan khemah jual otak-otak, ada sata juga...err..hehe..sabaq, sabaq..
next time pula..
 
rojak @ pasembor
oklah rasanya, sebab pernah makan yang lebih sedap


Kalau lalu di Jalan Ampang menuju ke kotaraya, bolehlah singgah makan di sini
yang penting, jangan kalut-kalut...tenang-tenang saja...hehe..

Monday, 7 March 2022

Dulu basikal, sekarang benda ni pula

Dulu2, sebelum covid melanda, ada company yang supply basikal yang guna apps. Masihkah kau ingat, suatu masa dulu?

Basikal-basikal tu diletak di tempat awam untuk kegunaan orang ramai. Rasanya sekejapan je...habis punah ranah, rosak binasa basikal tu semua..dah hilang di mata, dihati jangan..

Sekarang muncul yang ni pula..harap bertahan lama lah kan..

electric scooter jenis berdiri
 
ada bran?
 
imbas QR code utk guna
 
 
Tengok ramai juga yang guna, melayang sana-sini diatas jalanraya, seriau teman tengok...ada lorong laluan basikal masih ok lagi..

lorong basikal di Jalan Sultan Ismail
 
Tapi tak semua jalan ada lorong ni, nampak macam bahaya je naik scooter ni, kalau buat emergency break, mesti terjongkit, terjerumus...hehe..
 
Ada haritu, abam foodpanda guna benda ni hantar piza dari Quill City Mall..
 
berlalu pergi
 
kat sini macam-macam transport depa guna, motorbike tu biasa..ada yang datang naik basikal, e-scooter, pernah nampak yang naik electric unicycles...lalu lalang kat Lorong Haji Taib..depan police beat..
 

 Apa-apa pun, keselamatan itu penting..