Wednesday 9 March 2022

Drama makan-makan Jepun di Netflix

Konichiwa! 

Ada siapa layan drama Jepun ala-ala drama Korea 'Let's Eat' di netflix? 

Drama yang fokus kepada 'hunting kuliner', ada juga diselit genre slice of life, workplace, relationship, keluarga. Plot cerita fiksyen, tapi tempat makan is 'real'..real restaurant..

Pelakon utama dalam drama ni sangatlah 'meh'..tapi foods nya awesome..jom tengok lima yang best.

 1. The Road to Red Restaurant Lists (2020)

Jumlah episod : 12

Mengisahkan Suda, seorang eksekutif yang setiap hujung minggu akan tinggal sendirian walaupun sudah berkahwin dan ada seorang anak perempuan. Isteri dan anak dia peminat tegar kumpulan idol 'Tear Drops'. Mereka berdua akan pergi ke setiap konsert kumpulan tu dan tinggalkan Suda seorang diri dirumah.

Suda pula cipta aktiviti sendiri. Dia akan pergi mengembara seorang diri dengan menaiki kereta. Dia akan keluar pada Jumaat malam dan balik ke rumah sebelum isteri & anak dia balik. Dia akan bercamping dalam kereta.

Suda mengembara dengan Honda Freed
 

Setiap kali keluar mengembara, Suda mengelak untuk makan di restoran yang femes dan viral. Dia akan cari restoran off mainstream, hidden gems, yang hampir pupus sebab tiada generasi penerus. Semua restoran ni jual makanan yang sedap. Endangered foods, forever..

Mengikut penerbitnya, kriteria restoran yang terpilih dalam drama ni ialah:

  • Elderly owner(s)
  • “Worn out” or aging premises
  • No firm prospects for someone to take over
  • And, most importantly, serves great food

Semasa keluar outing, dia bertemu dengan seorang yang sama minat dengannya tapi lagi kental, yang sanggup berhabis duit untuk modify kereta. Lelaki ni dalam perjalanan nak pujuk isteri dia sebab isteri dia balik kampung. Merajuk sebab tak setuju dia habiskan duit modify kereta...hehe..

pengembara tegar yang habis duit berjuta untuk modify kereta

 

2. The Way of the Hot & Spicy (2021)

Jumlah episod :  12

 

Senak perut tengok drama makan2 ni..ultra pedas..

Drama mengenai seorang eksekutif jualan dari Osaka, Kenta Sarukawa, yang berpindah ke Tokyo. Syarikat dia menjual pelbagai jenis minuman botol dan yang paling popular ialah minuman sukan (sports drink).  

Bos dan rakan sekerja dia di Tokyo semuanya penggemar makanan pedas..bukan pedas biasa-biasa..ultra pedas..Bos dia siap tanam pokok cili habanero, cili yang paling pedas dalam dunia.

 

Kenta yang pada mulanya tak makan pedas, dah terikut dengan tabiat rakan sekerja dia. Drama ni ada diselit juga pahit manis jadi eksekutif jualan serta cabaran dan dugaan dalam bidang pemasaran.


3.  Kantaro : The Sweet Tooth Salaryman (2017)

Jumlah episod : 12

  

Drama mengisahkan Kantaro, seorang IT engineer yang sanggup tukar kerjaya jadi eksekutif jualan/pemasaran untuk syarikat penerbitan sebab nak 'hunting dessert (manisan)'.

Mak Kantaro bekerja sebagai doktor gigi. Kantaro dari kecik memang dilarang keras untuk makan makanan manis. Bila dah besar dan bekerja, dia jadi craving dessert yang popular lagi sedap. 
 
Kerja sebagai eksekutif jualan selalu je keluar pejabat. Setiap kali nak keluar, dia akan riki-riki tempat menarik untuk makan manisan. Lepas habis tugasan, dia akan pergi ke outlet tersebut dan kemudian update dalam blog....haha..macam biasa buat je..
 
Drooling tengok dessert yang dia makan, semuanya jenis premium...chocolate eclair, peach parfait, caramel pudding.. 
 
 
Cara Kantaro describe dessert, bisa bikin penasaran..



4. Izakaya Bottakuri (2018)

 Jumlah episod : 11

 

Yang ni bukan drama 'hunting kuliner' tapi kisah makan-makan dalam cafe tradisional Jepun. Drama berkisar dalam Izakaya Bottakuri yang diwarisi oleh dua orang beradik, Mine dan adik dia, Kaoru. Mine yang chef utama.
 
Walaupun nama tempat makan ni macam scary sikit, 'Izakaya Bottakuri' maknanya 'cafe yang mencekik pelanggan'..mencekik dari segi harganya...tapi ramai pelanggan tetap. Kebanyakan jadi pelanggan sejak izakaya ni dikelola oleh ibu bapa Mine dan Kaoru.

pelanggan tengah malam
tak jadi nak tutup kedai kalau pelanggan cenggini ..haha..

Selain kisah makan-makan, diselit juga kisah kehidupan dan masalah pelanggan tetap yang selalu bertandang.


5. Samurai Gourmet (2017)

 Jumlah episod : 12


Kisah hunting kuliner orang pencen. Kasumi yang dah pencen, mula meneroka kawasan tempat tinggal dia dengan berjalan kaki dan jumpa pelbagai restoran menarik. Episod yang kelakar masa Kasumi jadi 'extra' untuk satu drama, dah petang baru dapat makan, dapatlah makan free dekat set penggambaran...
 
Makanan yang familiar - Oden
 
Kasumi dan wife keluar makan oden di restoran. Cara depa makan oden berbeza dengan kita. Kita makan style berkuah, depa makan isi saja. Tak makan semua sekaligus. Lepas habis makan satu jenis, baru minta yang lain pula. Ada telur rebus juga.
 
----------------------------------------
 
Selain 5 drama diatas, ada juga drama makan-makan Jepun yang lain di Netflix. Tapi teman malas nak tengok. Antaranya drama The Curry Songs dan What Do You Eat Yesterday.
 
The Curry Songs tu adalah tengok sikit. Entah, sakit hati je tengok hero yang asyik nak makan free, kemudian pau orang lain sebab nak makan kari. Lepas tu dia pulak yang over, perangai pelik. Drama What Do You Eat Yesterday, ialah cerita 'gay couple'..pasangan pelangi..baca sinopsis je..tak teringin nak tengok..haha..
 
Menarik drama makan-makan ni...kuliner Nippon..

34 comments:

  1. Baru nak start tgk drama Jepun pulak ni hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..menarik jg drama2 Jepun di netflix..

      Delete
  2. menarik ni. boleh cuba tengok. tadi ada jugak netflix recommend Izakaya. Road to Restaurant list tu pun macam best.

    Filem/drama kalau ada pasangan pelangi, segan nak tengok depan parents

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik drama makan-makan2 ni..kelakar jg..

      drama gay couple tu tak pernah tengok..hehe..

      Delete
  3. Semua tak pernah tengok huhuuhu... Jepun pun ada drama makan-makan hunting ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jg di netflix..ada yg best, ada yg kureng..

      Delete
  4. Menarik drama-drama makanan, yang drama
    Izakaya Bottakuri' maknanya 'cafe yang mencekik pelanggan'..haha teringat bila makan kedai mamak ada la dapat komen macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekrg ni..bila harga x masuk akal, org up kat medsos..terus viral..

      Delete
  5. wah cam bestt ni
    makan2 he hee desert manisan tu bab paling suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. best drama ni..yg dessert tu, drooling je tengok..

      Delete
  6. Wah menarik semu jalan cerita. Semua pasal makanan.

    Nanti cari lah di Netflix

    ReplyDelete
    Replies
    1. recommended..best tengok depa makan..hehe..

      Delete
  7. Layan cerita macam ni buat lapau perut je.. hihi

    ReplyDelete
  8. Hehe yang minat makanan pedas sangat itu tidak dapat bayang pelakon pun kena berlakon tahan pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita yg tengok pun rasa seriau je..nampak pedas giler..

      Delete
  9. wah dah lama tak tenguk citer jepun yang menarik macam ni...tv malaysia lama tak siarkan citer jepun yang menarik macam oshin

    ReplyDelete
    Replies
    1. recommended...tv malaysia dok tayang drama korea..

      Delete
  10. ish drama lagi..makin lama makin panjang la wishlist movie i hahaha

    ReplyDelete
  11. Lepas ni boleh buat 'makan-makan jepun' pulak

    ReplyDelete
  12. Tertarik dengan drama yang pertama tu.
    Bagus penerbit buat drama untuk mengangkat tempat makan yang sebegitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ibubapa yg lebih suka anak2 mereka ada kerjaya professional dan tak pressure suruh anak teruskan bisness restoran..sebab tu restoran ni takde yg ambil alih..

      Delete
  13. Alaa.. cheq tak subscribe Netflix, nanti nanti la kot mungkin akan subscribe juga 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. oklah..netflix ni, fee pun x tinggi sgt kalau subscribe kt hp..

      Delete
  14. Tak tgk ni layan drama korea ghost doctor

    ReplyDelete
  15. drama jepun semua unexpected kan.. tapi yang first suggestion tu kelakar. boleh pulak tiap minggu kejar idol ye.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. idol tu buat 'tour concert' kt merata Jepun, anak dia yg die hard fan..anak bini dia mcm rude sikit..rasa nk hempok2 je..haha..

      Delete
  16. yg versi jepun ni ada tgk gak satu drama tu tp lupa tajuk...
    klu versi korea , mmg ada layan citer pasal foods camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama korea 'Let's Eat' tu best, kelakar..drama jepun yg 5 tu not bad jg..

      Delete
  17. sejak KPop, Kdrama hype dah jarang benar layan JDrama. Berkisahkan tentang makanan best jugak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali break away from kdrama..hehe..best jg 5 drama tu, tak heavy..more to makan2..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!