Friday, 1 April 2022

Random Photo - Makanan #2

Kembali dengan random photo

semua photo makanan...

Abadikan di sini...jamu mata...hehe..

lunch masakan kampung - labu masak lemak, pucuk paku goreng, 
ikan keli goreng, ayam kampung goreng, ikan masak cili 
 
tauhu sumbat, not nice, inti kentang saja
 
mie ayam berkuah from Restoran TAR
makanan Indonesia yang popular
 
Ayam penyet @ Maju Junction
Maju Junction dah tutup tapi ada restoran ayam penyet
yang mabeles kat corner lot
 
mee goreng marvellous
cafe Wisma FGV
 
kek carrot by my officemate
 
nabeyaki udon & kacang edamame
Nippon Sushi @ Subang Parade
 
lontong @ mini UTC Sentul

nasi padang @ restoran Minang Salero

pad thai @ Absolute Thai, Sunway Putra Mall
 
Onigiri teriyaki chicken from 7-E

sandwich by mozer's
dah tutup outlet ni di Pertama Complex
 
 mihun soto @ Berisi Cafe, Medan Mara
 
yong tau foo from Haal's Kitchen
 
laksam Bang Songkok
 
char kuey tiau terlebih kuah @ tmn melewar

laksa lemak Kelantan
marvellous, homecooked by my friend
 

Thursday, 31 March 2022

IRA Japanese Restaurant..

Konichiwa..

Hari Sabtu baru ni mencuba makanan Jepun di restoran baru buka di tingkat bawah Hospital KPJ, Jalan Pahang Barat. Restoran ni boleh nampak dari Jalan Pahang..

restoran di bangunan KPJ Tawakkal lama
yang mengadap Jalan Pahang

 

disediakan oleh Muslim chef
 
 Jom masuk..kita dine-in di sini
 
rupa paras dalam resto
 
Order di kaunter, ada dua orang abam Melayu 

order di kaunter ni
 
macam-macam ada, mostly sushi dan bento, ada set, ada sebiji-sebiji (ala-carte)
ok, dah order, kita photoshoot interior restoran 
takde pelanggan lain, saya seorang saja masa ni
 
contoh bento set
 
pelbagai jenis mochi
 
strawberi sando ni nampak sedap je
 

bahan-bahan untuk buat sushi

interior restoran

set bento

Sushi dah siap, jom makan
 
sushi semuanya
ada yang set, ada yang pilih sebiji-sebiji

yang gelap tu sushi serunding daging..
ada wasabi dan jeruk halia
 
total harga
 
OKlah, makanan sedap..recommended!

Tuesday, 29 March 2022

Drama Turki : 50m² (2021)

Review drama Turki lagi...

Sekali tengok drama Turki, tetiba berderet recommendation daripada netflix...haishh...

Bila nampak tajuk drama ada m² = meter persegi, teruja nak tengok. sebabnya? setiap hari bergelumang dengan m² ni...haha...hal-hal kerja...


Drama ni tayangan khas Netflix. Ada 8 episod semuanya..tapi endingnya tergantung, yang memungkinkan ada Season 2..

Sinopsis [spoiler alert] 

Hero yang digelar Shadow ialah seorang henchman (yang buat kerja kotor dan jahat) untuk bapa angkat dia bernama Servet. Servet bela Shadow sejak umur 4 tahun bila ibubapa Shadow meninggal dunia. Di awal episod 1, ada ditunjukkan Shadow pegang pisau yang berdarah dan kedua ibubapa Shadow mati kena tikam.

Servet dan Shadow

Shadow dalam diam menyiasat asal-usul keluarga dia yang membawa dia bertemu dengan Adem, seorang wartawan yang tahu mengenai Servet dan ibubapa Shadow. Adem ajak Shadow ke rumah dia sebab nak tunjuk sesuatu kepada Shadow. Adem juga sedang mencari bapa dia yang hilang entah kemana.

Bapa Adem bernama Adil ialah seorang tukang jahit di satu kawasan perumahan lama bernama Guzelce. Adil ada sebuah kedai jahit yang kecik, berkeluasan 50m², lebih kurang 538 kaki persegi.  

Bila Adil meninggal dunia, ketua JKKK perumahan Guzelce yang bernama Mukhtar mencari waris Adil. Mereka terjumpa surat2 Adil kepada anak & isteri tapi tak dipos. Daripada surat2 tu, Mukhtar dapat tahu alamat Adem. Mukhtar dan Turan pergi ke rumah Adem untuk memaklumkan kematian Adil dan nak minta Adem jadi pewaris kedai jahit bapa dia.

Mukhtar dan Turan di depan kedai Adil

Shadow berpaling tadah dan sorok senjata milik Servet. Kemudian dia pergi ke rumah Adem. Servet hantar seorang lagi henchman dia yang bernama Stain untuk bunuh Adem dan Shadow. Stain berjaya bunuh Adem tapi tak berjaya bunuh Shadow. Stain pengsan masa berlawan dengan Shadow. Dalam masa tengah havoc, Mukhtar & Turan sampai di rumah Adem. Mereka berdua tak kenal Adem.

Shadow menyamar jadi Adem. Mukhtar beritau yang Adem mewarisi kedai jahit bapa dia yang luasnya 50m². Shadow meremehkan kedai tu, dia kata 'apa dia boleh buat dengan luas 50m² tu? hee..berlagak giler..

Bila Mukhtar dan Turan balik, Stain yang masih hidup, cuba bunuh Shadow. Shadow cedera parah, dia tiada pilihan melainkan menyorok di kedai Adil sebab Servet tak tahu tempat ni. Shadow menganggap kehidupan dia di kedai Adil ialah peluang untuk dia menjadi orang baik, berbakti kepada masyarakat setempat.

Mukhtar temui Shadow cedera parah di dalam kedai Adil

Jiran2 di Guzelce menerima Shadow sebagai Adem, anak Adil. Tapi ada yang ragu-ragu. Kawasan perumahan Guzelce jadi tumpuan untuk dibangun semula. Ada penduduk yang setuju, ada yang tidak. Servet berjaya jadi pemaju pembangunan semula Guzelce bila pemaju asal ditangkap polis.

Shadow jadi ahli kejiranan Guzelce dan menolong jiran2 baru dia. Kedai Adil yang luas cuma 50m² tu pun jadi 'hot item' untuk melengkapkan misi pembangunan semula. 

Stain dan Shadow dalam kedai Adil
 
Drama ni so-so je..kisah kejiranan, kisah masyarakat, character development (hero jahat nak jadi orang baik), ada komedi, ada aksi...tapi itulah, mungkin ada Season 2 yang entah bila akan muncul..banyak persoalan belum terjawab...no proper closure..