Assalamualaikum, tak lama lagi kita nak menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak...
Ramadan Kareem!!
Bila tiba bulan puasa ni, antara yang jadi kebiasaan ialah membeli buah kurma sebagai juadah berbuka...iklan kurma berbisik dah pun keluar..hehe..tapi kita tak beli brand tu...kita ikut iklan Mydin...mengapa bayar lebih? belilah dengan harga borong..
Kedai borong Suria Wholesale
Jalan Tuanku Abdul Rahman
pelbagai jenis kurma, yang kering, yang basah, yang muda
Saya suka kurma yang liat-liat sikit, macam mariami, safawi
beli kurma safawi dan juga rotab, yang ni untuk my mother, dia suka rotab
Alhamdulillah, cantik-cantik buahnya
Bila dah ada di kedai Arab ni, riki-riki benda lain juga
Alhamdulillah, buahnya ok, bukan buah lama
beli ni juga - minyak habbatussauda' jenis sedut & titis - harga RM15
drooling tengok turkish delight ni...maneh..
sekilo RM90
Kakak beli kurma ajwa di Mahnaz, katanya ada promosi
Yang ni pula, acara tahunan company setiap kali menyambut Ramadan..
packing kurma untuk diberikan kepada klien
kurma mariami
akhir kalam, sempena menyambut bulan Ramadan waktu Maghrib nanti, saya ingin memohon kemaafan, sekiranya ada tulisan & komen yang kurang menyenang,
ampun maaf dipinta..
Selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia
jom tingkatkan amal ibadah,
rebutlah tawaran pahala yang berganda
semoga kita diberi kesihatan yang baik dibulan ini dan seterusnya..
selamat berterawih, selamat bersahur, selamat berpuasa
Update 1 Ramadan: selepas solat terawih di surau malam tadi, dapat kurma ajwa..