Sunday, 1 May 2022

Edisi Terhad: Yoghurt Kurma & Biskut Kurma

 Salam 29 Ramadan

Haritu ada beli dua jenis yoghurt drink brand Lactel

Lactel ni dulunya brand Nestle untuk produk² tenusunya

Yoghurt drink perisa kurma gula melaka & buah markisa
 
Yang perisa buah markisa tu sedap, yoghurt dia pekat berkrim. Yang edisi terhad perisa kurma tu, bagi saya pelik sikit rasanya sebabnya yoghurt supposed to be rasa masam, tetiba ada rasa manis-manis kurma + gula melaka. Otak tetiba confused, yoghurt drink ke ni? apa-apa pun, dah selamat dihabiskan juga..hehe..
 
Dalam entri buah kurma yang lepas, ada beritau yang mak nak buat biskut kurma. Alhamdulillah, telah selamat kejadiannya..
 
beginilah rupa paras biskut kurma ciptaan mak saya
ada inti separuh buah kurma saiz kecik dalamnya,
bentuknya free-style..haha..enak sih..
 
suasana sibuk disana-sini buat persiapan menyambut hari raya...

Saturday, 30 April 2022

Balik kampung..

Assalamualaikum, salam dari kampungku..

Bersiaran dari Kuala Kangsar, Perak..

Pagi semalam, sewaktu hujan turun waktu 6.30pagi, bergerak meninggalkan kotaraya menuju ke utara...Alhamdulillah, highway clear..as clear as blue sky..

indahnya negaraku
 
dah lama sebenarnya tak lalu di highway ni. Last balik kampung, naik keretapi
 
spot favourite, dua2 belah penuh dengan rimbunan pokok
 
udoh sampei, kome
 
Alhamdulilah selamat sampai di rumah. Keadaan rumah yang baru 3 bulan ditinggalkan...
 
pokok-pokok liar tumbuh semula

Petangnya keluar ke bandar, beli racun tumbuhan. Pekan Kuale dah mula sesak dengan kenderaan...anak-anak perantau sudah kembali pulang...bukan saja ayah bonda tersenyum gembira, peniaga-peniaga pun sama, tersenyum lebor..
 
kenderaan di jam beso roundabout

kereta mula berbaris dari arah Bukit Chandan
 
Teman-teman semua dah balik kampung ke? Jom kita raya 'kaw-kaw' tahun ni. hihi..balas dendam, dua tahun memendam rasa tapi SOP jangan dilupa..
 
ok, jumpa lagi di next entry..nanti kita blogwalking..

Wednesday, 27 April 2022

Corat-coret Aktiviti di bulan Ramadan..

 Assalamualaikum...tak lama lagi dah nak sambut raya. 

Nak abadikan aktiviti sepanjang bulan puasa tahun ni, ada yang saya terlibat, ada yang ambik dari whatsapp group..
 

Sumbangan barangan makanan di PPR Pekan Batu 5



Sumbangan Gas Memasak dan cendawan
 
aktiviti PERKIM Gerakan Belia, cawangan PERKIM yang dikelola oleh saudara baru, cawangan yang aktif membantu golongan mualaf

idea yang bagus, jarang orang bagi gas memasak & cendawan
 
  cendawan
 
agihan tong gas memasak

 
Majlis Khatam Al-Quran
di Surau An-Nuur, BBSentul 

sejadah gebu-gebas
 
Sekitar pejabat 
 
 
hiasan hari raya di bangunan pejabat
 
hamper raya untuk klien
 
sumbangan bubur lambuk
 
Alhamdulillah..pelbagai aktiviti di bulan puasa..