Sunday 1 May 2022

Edisi Terhad: Yoghurt Kurma & Biskut Kurma

 Salam 29 Ramadan

Haritu ada beli dua jenis yoghurt drink brand Lactel

Lactel ni dulunya brand Nestle untuk produk² tenusunya

Yoghurt drink perisa kurma gula melaka & buah markisa
 
Yang perisa buah markisa tu sedap, yoghurt dia pekat berkrim. Yang edisi terhad perisa kurma tu, bagi saya pelik sikit rasanya sebabnya yoghurt supposed to be rasa masam, tetiba ada rasa manis-manis kurma + gula melaka. Otak tetiba confused, yoghurt drink ke ni? apa-apa pun, dah selamat dihabiskan juga..hehe..
 
Dalam entri buah kurma yang lepas, ada beritau yang mak nak buat biskut kurma. Alhamdulillah, telah selamat kejadiannya..
 
beginilah rupa paras biskut kurma ciptaan mak saya
ada inti separuh buah kurma saiz kecik dalamnya,
bentuknya free-style..haha..enak sih..
 
suasana sibuk disana-sini buat persiapan menyambut hari raya...

6 comments:

  1. Mungkin yang kurma tu supposed to be susu kurma kot kan. Rupa paras free style yang penting rasanya sedap kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yoghurt drink sempena bulan puasa...hehe..asal rasa sedap, rupa paras x penting..

      Delete
  2. Tak pernah beli yogurt kurma.
    Ooo, gitu rupanya biskut kurma. Saya pulak suka kueh makmur tu, instead of kacang tanah yang ditumbuk jadi inti, suka letak kurma. Cuma tahun ni tak sempat buat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time beli yoghurt ni..nk rasa, bulan puasa je ada jual..oo..biskut makmur inti kurma..sedap tu..

      Delete
  3. menarik biskut kurma. kalau rumah saya, tak boleh tinggal biskut makmur inti buah kurma. kegemaran ayah

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa..sedap tu biskut makmur inti buah kurma....yg ni pastri nya style biskut semperit..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!