Monday, 9 May 2022

Kenangan raya di kampung

Assalamualaikum semua..cuti raya, blog pun cuti...hehe..

Kenangan sambutan raya di kuale..

Di pagi raya, solat sunat hari raya di Masjid Raja Permaisuri Bainun, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Taman Chandan Puteri..

dah banyak kereta
 
Masjid Raja Permaisuri Bainun
 
Alhamdulillah, selesai solat sunat Eid'ul Fitri
 
Jom intai dewan solat yang cantik, putih berseri
 
dewan solat utama
 
bergambar kenangan, mak saya je 
yang lain, malehh..hehe..
 
anak jiran yang datang beraya
motor kapcai tak sempat dibawa keluar
 
"rasalah 'nasi impit' ini, dengan rendangnya sekali
sudilah rasa kuihku, pilih yang mana satu"
 "kuih dan muih beraneka macam, makanlah jangan hanya dipandang"

Hari raya tak pergi ke mana-mana. Sana-sini jalan sesak, jem padat. Hari Rabu, adik bongsu sekeluarga datang dari Shah Alam. Hari Khamis, adik masak laksa, makan-makan dan melepek kat rumah. Cuaca panas di kuale, takde hujan langsung. 
 
Hari Jumaat, berangkat pulang ke kotaraya KL, naik keretapi ETS. Kakak dan mak nak tinggal di kampung sampai hujung bulan..InshaaAllah..
 
kereta masih banyak di pagi hari Jumaat
turun dari atas bukit, menuju ke jam besor, berderet kereta
 
menanti keretapi

Hari ni dah mula kerja..rasanya ramai yang start kerja hari ni..officemate masih ada yang bercuti..
 
Itulah saja, cerita raya tahun ni..#startrayaKL pula

Monday, 2 May 2022

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2022

 Salam Syawal 1443H

anak bulan Syawal kelihatan di Labuan

Maaf Zahir & Batin
 
Taqabballahu minna wa minkum wa ja'alana minal 'aidin wal faizin
 
Semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk dalam kalangan orang-orang yang mendapat kemenangan 
 
Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillahilhamd..

Sunday, 1 May 2022

Keep Calm : Esok Raya!

Salam 1 Syawal, salam malam raya...

Apa khabar kawan² semua? tengah bersilat ke tu?...hehe..

Keep calm! satu Malaysia caught by surprise..buatlah apa yang termampu. Kita merancang, Allah juga merancang dan Allah ialah sebaik-baik Perancang..Subhanallah..

Alhamdulillah, teman sempat membeli-belah hari semalam (Sabtu) dan sambung pagi tadi (Ahad)..pagi tadi sesak padat pasar basah di pekan kuale...

Corat-coret hari-hari terakhir bulan puasa tahun ni..

tempat jual daging
 
gerai jual laksa kuale, laksa tepung gandum
orang utara ni mesti nak buat laksa di hari raya, menu wajib
 
bunga kantan, daun kesum permintaan ramai
bahan wajib untuk buat kuah laksa
 
dari pasar basah ke area lembah, cari kuih raya
 
tudia, self-claim..sedap bebeno ke tu?
 
Petang Sabtu..riki-riki bazar Ramadan di Chandan Putri
 
pergi pun dah lewat, ramai orang, 
banyak gerai dah habis berniaga, tak beli apa-apa pun
 
Hari Ahad, lepas solat subuh, dah keluar ke pasar, semalam ayam habis, santan pun belum beli lagi..hari raya mesti nak ada rendang..
 
padat - beratur nak beli ayam
rapat-rapat...sib baik semua pakai mask..
 
dua tempat jual santan 
santan dah mahei kome, RM14 sekilo
 
Sambung shopping di pasaraya TF Value Mart, satu-satunya hypermarket di kuale..Alhamdulillah, ada yang buka hypermarket ni..relaks je shopping di sini..

belum buka, orang ramai dah beratur
 
orang ramai serbu tempat daging

OK, dah settle semua..baru pukul 10.00 pagi..jom pi bayar zakat fitrah..

Alhamdulillah..yang wajib dah selesai


ooo..ada banner ucapan hari raya daripada ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura dan keluarga..
 
ada yang kenal ke? hehe..
 
Ok, tengah tunggu nasi impit masak
 

Masak rendang ayam juga
 

masak agar-agar bandung, cucu suka makan, mestilah atoknya buat
 
sederhana saja..
 
yang penting dapat beraya di kampung dan solat sunat raya di masjid..
 
semoga puasa & segala ibadah kita di bulan Ramadan diterima Allah swt

Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin