Monday, 9 May 2022

Kenangan raya di kampung

Assalamualaikum semua..cuti raya, blog pun cuti...hehe..

Kenangan sambutan raya di kuale..

Di pagi raya, solat sunat hari raya di Masjid Raja Permaisuri Bainun, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Taman Chandan Puteri..

dah banyak kereta
 
Masjid Raja Permaisuri Bainun
 
Alhamdulillah, selesai solat sunat Eid'ul Fitri
 
Jom intai dewan solat yang cantik, putih berseri
 
dewan solat utama
 
bergambar kenangan, mak saya je 
yang lain, malehh..hehe..
 
anak jiran yang datang beraya
motor kapcai tak sempat dibawa keluar
 
"rasalah 'nasi impit' ini, dengan rendangnya sekali
sudilah rasa kuihku, pilih yang mana satu"
 "kuih dan muih beraneka macam, makanlah jangan hanya dipandang"

Hari raya tak pergi ke mana-mana. Sana-sini jalan sesak, jem padat. Hari Rabu, adik bongsu sekeluarga datang dari Shah Alam. Hari Khamis, adik masak laksa, makan-makan dan melepek kat rumah. Cuaca panas di kuale, takde hujan langsung. 
 
Hari Jumaat, berangkat pulang ke kotaraya KL, naik keretapi ETS. Kakak dan mak nak tinggal di kampung sampai hujung bulan..InshaaAllah..
 
kereta masih banyak di pagi hari Jumaat
turun dari atas bukit, menuju ke jam besor, berderet kereta
 
menanti keretapi

Hari ni dah mula kerja..rasanya ramai yang start kerja hari ni..officemate masih ada yang bercuti..
 
Itulah saja, cerita raya tahun ni..#startrayaKL pula

28 comments:

  1. Welcome back kak!!! Ofis saya sunyi lagi..mana yang datang lemau..cuti lama sangat..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takleh nak lemau2, ada urgent kes...huhu..

      Delete
  2. cantek nya masjid dia....!! Cuti kali ni 'meriah' sket la dari thn lps kan hehee ..
    yg pasti semua dapat beraya dgn kaum family :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. interior dia cantik...seronok dpt balik kpg..hehe..

      Delete
  3. cantik sgt masjiddd!
    selamat hari raya aidilfitri..
    kat tmpt sy pon cuaca panas.. tp petang ujan pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. interior yg cantik..selamat hari raya ezy.fia...kt kpg, panas sampai ke petang...membahang..

      Delete
  4. Ada satu hari tu hujan di Lumut, raya kedua. Lain-lain hari, panas juga. Wah, balik KL naik ETS. Saya pernah merasa naik ETS, tapi dari Batu Gajah.
    Cantik masjid.
    Lain kali, ambil gambar dengan mak, ye. Teringin nak tengok nohas. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt kuale, tak hujan sepjg saya balik..selalunya mcm nilah..balik kpg naik keta dgn kakak & mak, balik KL, sorang2, naik ETS...oo..gambar saya ada dalam entry2 lama..hihi...masjid ni interior dia cantik..

      Delete
  5. Ada lagi budak2 datang beraya ek? Rumah uncle dah takde... Semua dah besar agaknya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cucu2 jiran mak saya ramai, mereka tinggal di kpg..ada yg masih kecil lagi..

      Delete
  6. cantik masjidnya. KL hujan lebat raya pertama dan kedua. 'terpaksa' tidur sebab tak boleh nak keluar beraya. petang baru keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..kalau hujan lebat, mmg x leh nak jalan2 beraya, lepak kt rumah lg best...hehe..

      Delete
  7. sonoknya beraya di kampung

    ReplyDelete
  8. salam aidilfitri...ikutkn smlm start keje masuk opis tp sbb kena kuarantin so work from home

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Fitri jg..oo..semoga dipermudahkan segala urusan..

      Delete
  9. Cantiknya masjid. Tengok pun dah rasa tenang, apa lagi kalau dapat solat di dalamnya.

    Saya pulak balik kampung di Johor sepanjang 5 hari tu hari2 hujan sebelah subuh/awal pagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. interior masjid yg warna putih nmpk tenang je...oo..hujan pagi best..sejuk suasana..

      Delete
  10. Cantik, putih berseri masjid. Selamat Hari Raya Nohas.

    ReplyDelete
  11. Seronok beraya dikampung cuma 1 hari raya tu tak ramai yang datang. Maybe sebab tak sangka raya heheee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kan dapat beraya di kampung...ramai yg baru/sambung masak2 masa 1 Syawal tu..hehe..

      Delete
  12. Replies
    1. Salam Aidil Fitri jg..maaf zahir & batin..

      Delete
  13. Salam Lebaran..
    Saya pun dah mula kerja 9/5 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Fitri, Sha....seminggu cuti raya dah ok..hehe...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!