Semasa membeli-belah di kampung, ternampak minuman brand ni..
The Tapping Tapir
pelik no namanya, perisa bunga raya pulak tu
tak sangka pulak bunga raya boleh dibuat jus
teman pun beli lah, curious nak rasa
bila tengok ramuannya, dalam English dia tulis 'hibiscus' tapi dalam Bahasa Melayu diterjemah kepada 'Roselle'..tapi gambar bunga raya..ontahlah..
selain perisa ni, ada 7 lagi perisa lain yang menarik
Tapir ialah sejenis haiwan yang hampir pupus. Nama lain ialah tenuk. Haiwan ni istimewa sebab dibadannya ada dua warna, putih dan hitam. Tapir Malaysia je yang ada dua warna ni
26 May 2022 ialah World Tapir Day