Tuesday, 17 May 2022

Pak Su Chicken Chop

Penatnya lah, berhempas-pulas minggu lepas, stay back, hari cuti semalam, hari Ahad, datang ofis, tetiba hari ni client suruh on-hold dulu submission...tapi lega juga, sangat2 lega..tak yah pening2 kepala...haha..

Meh le kita update blog, citer tentang makan...makan chicken chop, dibawah jejantas, tepi Jalan Gombak...Pak Su chicken chop namanya, harga kaki lima, rasa 5 bintang.. 

 Lokasinya betul-betul depan Masjid Jamek Saad Abi Waqqas.

khemah-khemah depan pagar masjid
ada anggota RELA yang jaga
 
kedainya nun dibelah kiri pintu masuk masjid
 
Jom kita try, meh cari tempat duduk

tempat duduk banyak, yang ni tepi pagar masjid
bawah tangga jejantas
 
yang ni depan kedai
 
port bawah tangga jejantas
 
menu - western, nasi goreng western, pasta, side dish
 
 order signature dish - chicken chop
air kopi ais dan side dish - popia otak-otak

main dish
 
sedap chicken chopnya, berbaloi dengan harganya
 
popia otak-otak, pun sedap

Overall, sedap masakannya..recommended!
servis ok, harga pun ok

tak tau lah sekarang harga masih RM6.90 lagi ke, sebab ni makan sebelum bulan puasa haritu, sekarang ni harga barang semua dah naik kan, most probably harga dah lain..tak check pula..

20 comments:

  1. Harga baha mentah ayam dan kambing dah naik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai peniaga dah naikkan harga makanan...

      Delete
  2. ini yg kita nak...quality hotel harga tepi jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, sedap & murah, ramai yg dtg makan..

      Delete
  3. Itulah kan, mesti harga dah naik sekarang ni huhuu..🥺

    ReplyDelete
  4. anak2 suka
    murah dan sedapppp
    kena mencuba ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. recommended..sedap chicken chop nya..

      Delete
  5. Oh, kat JB ni pun dulu ada chicken chop bawah jejantas, tapi tak pasti la lepas2 covid ni ada lagi tak kedainya.

    Nampak besar CC tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..kt JB pun ada gerai bwh jejantas..hehe...besar jg porsi nya...puas lah makan..

      Delete
  6. kalau naik sikit pun saya rasa still lagi murah berbanding tempat lain. bertabahlah hari cuti pun kena kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. hopefully naik tak banyak..less than RM10.00 still ok...itulah...takut x sempat siap, kena kerja time cuti..huhu..

      Delete
  7. Lamb chop dia 9.90 je, murah tu.
    Nampak sedap, chicken chop nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum cuba lamb chop..walopun less 10sen, still bwh rm10..hehe..

      Delete
  8. Nampak sedap dan murah. Fries dia besor dan otak-otak tu pun nampak macam best je. Yummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap..berbaloi dgn harganya...popiah otak-otak tu inti dia banyak..

      Delete
  9. murah tu...western fav lamb chop

    ReplyDelete
    Replies
    1. blm try lamb chop..tapi chic chop dia mmg sedap..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!