Sunday, 22 May 2022

Preloved to Monki

Masa untuk organise wardrobe..mana² pakaian yang dah out-of-fashion, yang dah tak muat tu, bolehlah dilipat, masuk dalam beg dan bagi pada Monki..

Siapakah Monki? kedai pakaian wanita..

Monki ada buat iklan boleh bagi baju² lama kat depa, 'Monki Cares' tagline nya..dulu², sebelum PKP..H & M ada juga buat program macam ni..Monki ni anak syarikat H & M..

Kekadang tak tahu nak bagi pada sapa baju² 'preloved' ni kan..so inilah peluang untuk dispose baju² lama..

 Papan notis di luar kedai
 
 
outlet Monki di Sunway Putra Mall

Teman pun menggugah gerobok baju, dapatlah 2 beg...baju² zaman kurus, baju yang dah boring nak pakai, yang dah berkurun lama..
 
yang dalam beg kertas tu nak hantar ke kakak, nak bagi pada jiran² dia
yang dalam beg plastik nak bagi pada Monki 

Jom ke Monki. Dah hantar, dapatlah kupon diskaun

dapat 10% diskaun kalau beli pakaian di Monki
 
kupon ni valid dalam masa 6 bulan
not applicable time promosi yang dah ada diskaun..

So, baju-baju lama tu depa buat apa? 
 
depa proses, recycle (or upcycle), buat pakaian baru dan depa jual..
harga mahal pulak tu.. 

aci tak macam ni? hehe...dah jadi hak depa kan.

contohnya..blouse ni..

diperbuat daripada recycled polyester 
 
100% diperbuat daripada recycle material
 
omputih ni telus, depa inform awal² kat customer
terpulang pada customer nak beli ke idok pakaian daripada recycle material
 
Tapi bukanlah semua baju yang dijual dikedai ni dari recycle material
adalah 2 -3 helai
 
Pakaian kat Monki ni ok jugalah, ada yang syariah-compliant
bolehlah beli, guna diskaun kupon tu..

Saturday, 21 May 2022

Restoran Salai-Salai di Jalan Tuanku Abdul Rahman

Assalamualaikum...selamat berhujung minggu..

Tengok blogger Suria Amanda up entry makan salai-salai masak lemak..teringat Restoran Salai-Salai dekat pejabat..

di tingkat bawah Wisma Motor 
disebelah kanan ada Restoran Nasi Kandar Kudu
 
Restoran Salai-Salai Jalan TAR
sumber: internet (Lapar King)
 
ooo.. ada western food juga di sebelah petang 
 

interior

Jom tengok apa yang ada. yang salai-salai masak lemak cili padi ialah itik, talapia, ikan keli, daging, ayam


ada juga lauk lain  - udang goreng, ayam goreng
kalau datang sekeluarga, ada pilihan lain untuk kanak-kanak 
 
 
 ulam-ulaman  
 
Awas!! take at your own risk...haha..
 
 
Di sini ada jual ala-carte dan juga set. Kalau set ada nasi putih, lauk salai, telur masin separuh dan sambal.

Set talapia salai -  harga RM15.90
 3 jenis ulam tu kena RM6.00, satu jenis depa charge RM2.00

kali kedua pergi, ambik set daging salai

kali ni tak ambik ulam...haha..
Kawan ofis pun sama, pernah kena charge utk ulam²an harga x berbaloi

Masak lemaknya memang padu, terbaik..recommended..

Friday, 20 May 2022

Kad raya dari Shida Radzuan

 Alhamdulillah...dapat kad raya dari blogger Shida Radzuan..

 

terima kasih, Shida..sudi layangkan kad raya tanda ingatan

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir & batin