Tuesday, 31 May 2022

Lunch di Tazza Cafe, Hotel Prescott

Sesekali tukar selera, bila dah jemu makan ditempat biasa..

makan tengahari di cafe hotel tapi bukanlah hotel 5 bintang..

lunch di Tazza Cafe, Hotel Prescott di kawasan Medan Tuanku..

 
Hotel Presscot di Lorong Medan Tuanku 1
 
Di tingkat bawah hotel ni ada Tazza Cafe. 
 

Pertama kali makan disini semasa JJCM lepas renew roadtax 
di pejabat pos Medan Tuanku
 
Hotel ni di belakang pejabat pos Medan Tuanku

setiap hari ada set lunch

set lunch dengan minuman = RM11.90
 
set lunch yang pernah dimakan

 

yee mee claypot with air mata kucing

 

ayam lada hitam & gulai nangka

spagetti meatball with ABC dalam cawan
 

 Yang ni ala-carte, sedap-sedap semuanya

kuey tiaw goreng

mee goreng mamak

mee bandung muar
 
Overall, sedap masakannya, harga pun oklah, reasonable..

Sunday, 29 May 2022

Spa Urutan Thai Terbaik di KL/Selangor

Terbaik mengikut pandangan teman, bukanlah official survey....

Sawadikap!

Apa khabar semua? Sihat? badan sakit2 sebab penat beraya kesana kesini?

Jom pi urut badan. Urutan tradisional thai selalu jadi pilihan teman, urut yang tak pakai minyak, urut lipat-melipat.......

4 spa ni yang menjadi pilihan..random listings..

1. Thai Odyssey
 
Pertama kali pergi outlet di Berjaya Times Square. Kali kedua, outlet di Empire Shopping Gallery.
 
 
 Hiasan spa yang menarik
 
 Thai Odyssey ada banyak outlet di Lembah Klang.

2. Erawan Wellness Centre

Pertama kali pergi outlet di MyTown, khabarnya dah tutup. Second time, di NU Sentral.

 Outlet di NU Sentral

Outlet di MyTown
 
Trademark hiasan di Erawan ialah benda bulat-bulat ni

cantik pulak

3. Siam Oasis

Spa ketiga ialah Siam Oasis di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya.


4. Arokaya House

Arokaya House ni di tingkat 5, Sunway Putra Mall. Walaupun dah banyak kali pergi mall ni, tak pernah ronda di tingkat 5. Haritu pergi sebab di tingkat 5, ada kedai-kedai jual baju kurung, tudung, ala-ala arked kat Jalan TAR..

Spa Arokaya
 
harga reasonable for body massage, foot reflexology agak mahal
tukang urut takdelah berkemban mcm dlm gambar tu..huhu..
 

Harga urutan tradisional Thai lebih kurang sama, antara RM70 hingga RM120 untuk satu jam..

Selamat berhujung minggu.

Saturday, 28 May 2022

Teringat Sebastian

 Bila tengok ketam warna merah dalam tomyam ni

teringat kat Sebastian

siapakah Sebastian?

yang pernah tengok filem Disney 'the Little Mermaid' mesti tahu kan...

filem tahun 1989

karakter kartun ketam berwarna merah bernama Sebastian ni

cute sangat Sebastian ni, penasihat kepada Little Mermaid
 dia juga yang nyanyi lagu power 'Under the Sea' 
 
karakter yang malar segar
 
 
tomyam seafood
 

Happy weekend semua